Thursday, April 12, 2012

Panic Attacks

Share
Assalammualaikum.



Semalam kan si Oneng telah membuatkan saya panic selama duaplohdua minit. Kisahnya semalam petang saya bawak bebudak nonet semua keluar bermain kat luar. Bebudak nonet suka lah, memasing berlari-lari, melenting-lenting. Bila jumpa pokok rambutan memasing jakon memanjat.



Oteh


Oneng



Si Oteh ngan si Oneng lah yang paling tinggi memanjat. Saya yang melepak dalam hammock kat bawah pokok cuma memerhati dari bawah. Risau jugak kalau bebudak tu tak reti nak turun. Si Oteh berani betul dari dahan tinggi tu dia nekad terjun. Yang si Oneng pulak masih terkial-kial mencari jalan nak turun sambil mengiau. Nak tak nak saya terus memanjat sama. Panggil-panggil si Oneng tapi dia tetap tanak datang. Saya ni pon bukannya berani sangat memanjat-manjat nih. Gayat! Satu tangan memeluk erat batang pokok satu tangan lagi dok mengapai-gapai si Oneng tapi tak sampai huhuu...


Tiba-tiba.....

"astagfirullah al-azim.....ko buat apa kat atas pokok tu?" abah bersuara.

"nak turunkan kucin teheheeee....." saya punya suara

"dah turun! bior abah turunkan" cekak pinggang

"yelah..yelah..." terkial-kial turun


belum sempat saya sampai ke tanah 'bedebuk!' si Oneng dah sampai dulu. Oneng jatuh!! Melompat saya mendapatkan Oneng. Oneng diam jer nafasnya kuat. Saya dukung Oneng terus bawak masuk dalam rumah. Beberapa minit berlalu Oneng masih diam tak bergerak. Saya dah takut. Bagi air taknak bagi wetfood pon tak nak. Saya usap-usap badan Oneng sambil baca Fatihah berulang kali. Oneng baring sambil pejamkan mata.


Saya tinggalkan Oneng kat dalam bilik, saya pergi ke rumah sebelah mengadu pada mak sambil menahan air mata. Mak cakap bebudak tu tak biasa lagi kenapa keluarkan dia. Rasa menyesal mula menyelubungi diri saya. Saya balik semula ke rumah berdebar nak bukak pintu bilik bimbang apa yg saya takutkan akan berlaku. Tapi bila pintu terbuka saya nampak si Oneng bangun dan terus berlari mendapatkan saya. Syukur alhamdulillah!! Saya bawak Oneng ke dapur dan hidangkan wetfood Oneng makan macam takde pape yang berlaku. Mungkin dia terkejut sekejap tadi.


Lepas ni memang jangan harap la kamu dapat memanjat lagi yer Neng-ngo-Neng. Buat takut mummy jek! *sambil cium Oneng bertalu-talu

suka?

13comments: