Friday, May 11, 2012

Awang Hitam

Share
Assalammualaikum.





ni Awang anjing kat ofis saya. Awang ni sebenarnya betina tapi Makcik guard bagi nama Awang, Awang Hitam katanya. Awang ni muncul masa saya jaga bebudak nonet kat ofis. Tiap hari masa saya bagi bebudak nonet makan mesti Awang muncul jadi sejak dari hari tu saya mula bagi Awang makan.


Awang ni baik dan sangat faham bahasa. Saya selalu pesan pada Awang tolong jaga adik-adik (bebudak nonet). Pernah satu malam si Oneng terlepas keluar dari bilik stor dan esok pagi tu makcik guard perasan si Oneng tengah bermain kat luar sensorang dan Awang berada tak jauh dari Oneng dan hanya duduk diam memerhatikan Oneng. Agaknya satu malam Awang menjaga Oneng. Terharu saya bila makcik guard tu cerita pada saya.


Semakin sayang saya pada Awang. Saya tinggalkan makanan Awang pada makcik guard dan pesan supaya bagi Awang makan bila dia datang. Tapi sejak saya bawak balik bebudak nonet Awang dah jarang datang. Sedih jugak saya, terasa rindu pada dia.





Ini gambar terbaru Awang. Awang kurus sangat sampai nampak tulang. Rupanya Awang baru saja melahirkan anak-anaknya sebanyak 9 ekor. Patut lah Awang kurus sangat. Sedih tengok keadaan dia. Makcik guard cakap Awang letak anak-anaknya kat semak belakang sana. Alahai....bertambah sedih saya. Sedih bila saya tak mampu nak buat apa-apa untuk bantu Awang dan anak-anaknya mendapatkan hidup yang lebih selesa.




video



Bagi Awang makan itu jer yang mampu saya lakukan sekarang. Makanan Awang sentiasa ada saya simpan dalam kereta. Tapi saya tak boleh cari Awang hanya tunggu Awang datang pada saya sebab Awang sentiasa berpindah-randah membawa anak-anaknya. Kadang pagi-pagi Awang dah tunggu saya kat pagar depan, kadang-kadang petang baru Awang muncul. Kalau pagi biasanya saya akan beli ayam goreng dua ketul untuk Awang sampai orang kedai tu pon dah faham sangat bila nampak saya datang "ayam dua ketul?" kata beliau.


Tiap kali saya bagi Awang makan saya akan tunggu sampai Awang habis makan. Sedih betul saya tengok keadaan Awang yang kurus tu mesti Awang penat menjaga dan menyusukan anak-anaknya yang sembilan ekor tu. Saya pesan pada Awang supaya selalu datang agar saya boleh bagi dia makan tapi mungkin sejak ada anak ni Awang tak dapat nak tinggalkan anaknya selalu. Bayangkan lah 9 ekor yang nak jaga dan disusukan. Sebak hati saya bila memikirkan.


mummy doakan semoga kamu dan anak-anak kamu sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat dan semoga rezeki kamu sentiasa dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa. Amin yarabbal alamin...


Awang kamu sentiasa dalam ingatan mummy. Mummy akan sentiasa doakan kamu. Mummy janji! Hanya doa yang pasti dapat mummy berikan pada kamu.

suka?

15comments: