Tuesday, May 29, 2012

Jangkitan kuman yang menyebabkan kucing berak berdarah.

Share
Assalammualaikum.



Kehilangan Oteh dan Oneng yang masih dalam proses penyembuhan memberi satu pengajaran yang berharga buat saya dan ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan semua.




Empat beradik ni memang dari kecil dulu macam tak berapa sihat kalau sakit tu empat-empat ekor sekali sakit, badan memasing pon kurus memanjang jer risau betul. Kejadian baru ni demam berjangkit dari si Omot ke Omel dan berakhir dengan Oneng dan Oteh. Alhamdulillah si Omel dan Omot sembuh. Si Oteh dan Oneng sebaliknya melarat daripada demam, muntah dan kemudian berak cair bercampur darah.


Menurut kata Vet berak bercampur darah ni selalunya terjadi pada anak kucing yang berumur 6 bulan ke bawah. Kucing dewasa jarang kena sebab dah imun. Bermula dengan berak cair kemudian najisnya bercampur darah. Paling teruk usus anak kucing boleh jadik transparent dan nipis sebab kuman tu akan musnahkan dinding usus sebab tulah ada darah pada najis kucing kerana berlaku pendarahan dalam usus. Badan akan mula kurus sebab hilang selera makan, dehydrated dan boleh menyebabkan kematian.


Penyebabnya berpunca daripada jangkitan kuman yang hidup dalam usus anak kucing. Jangkitan tu biasanya daripada najis si ibu. Tapi yang peliknya bebudak nonet ni dah lama terpisah dari ibunya jadi camana dia dapat jangkitan tu ekk...hurmm mungkin sebab ada jejebon yang menumpang poo kat litter tray bebudak nonet kot. Tapi kata Vet penyakit ni juga boleh disebabkan oleh makanan yg telah dicemari oleh lipas atau lalat. Kerana lipas dan lalat ni boleh menjadi pembawa kepada penyakit tersebut .


Yelah kengkadang makanan dlm bowl dorang tu kan sentiasa ada jadi mungkin cik lalat atau cik lipas dah hinggap kat situ kan. So mungkin salah satu tulah puncanya. Jadi lepas ni memang TAK BOLEH sentiasa ada makanan kat dlm bowl dan bebudak jebon juga DILARANG KERAS untuk menggunakan litter tray bebudak nonet.


budak ni dah semakin pulih, alhamdulillah....




p/s: terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang bermurah hati berdoa untuk 'anak-anak' saya dan turut berkongsi kesedihan dan memberi kata-kata semangat untuk saya. semoga perkongsian ini mendapat manfaatnya buat rakan-rakan semua. Salam kasih sayang dari saya untuk semua ^_^

suka?

12comments: