Thursday, May 10, 2012

Sayang Si MaMolly

Share
Assalammualaikum.



Sebelum pergi Melaka haritu si MaMolly kena serang dengan kucing jantan yang dulu serang dia. Tapi kali ni kucing jantan tu dapat gigit kaki Molly. Agak teruk jugak lah luka kat kaki Molly sampai tembus kucing jantan tu gigit.




Geram betul saya dengan tuan kucing jantan tu. Dah bela kucing tu jaga lah betul-betul. Ini bela kucing sukati jer nak bagi makan ke tak dah kucing tu merayau carik makanan bila bertembung dengan kucing lain memang diperambat lah. Tak pasal-pasal kucing kita jadik mangsa.


Kucing tu memang suka merayap kat rumah saya sebab saya selalu sediakan semangkuk makanan untuk stray yang kat luar jadi dia menumpang makan kat sini tapi masalahnya dia tak boleh langsung bertembung dengan kucing-kucing saya. Haihh...nak marah pon tak boleh lagi-lagi bila tengok dia tengah makan kelaparan tak sampai hati saya nak halau. Jadi sekarang ni saya letakkan mangkuk utk stray tu nun kat belakang jauh sikit dari rumah untuk mengelakkan kucing jantan tu bertembung dengan kucing-kucing saya.






Kaki Molly membengkak sebab angkut nanah bila pecah tu meleleh-leleh darah dengan nanah. Kesian Molly.. Lepas dah pecah tu saya ingat akan sembuh lar..saya cuma cuci luka tu dan letak ubat tapi tak sembuh-sembuh. Luka kat kaki Molly sentiasa bernanah dan berdarah. Balik dari Melaka tu bila saya tengok kaki Molly masih takde perubahan saya bawak Molly ke Vet.






Vet bagi ubat untuk luka dan antibiotik untuk seminggu. Lepas makan ubat tu esoknya saya lihat perubahan yang ketara pada kaki Molly kakinya dah tak bernanah dan mula kering. Syukur alhamdulillah.... serasi ubat tu pada dia. Sekali makan jer dah nampak perubahan positif.








Dan ini keadaan kaki Molly yang terkini. Lukanya semakin sembuh dan hari ni saya tengok bulu-bulu kat keliling tu pon dah mula tumbuh. Cuma Molly masih trauma dia langsung taknak keluar rumah poo pee pon sanggup menumpang tempat bebudak nonet. Kesian dia...moga MaMolly tak trauma lagi.




"jaga kamu yer...dapat tangkap siap kamu mummy sunatkan!" *cakap sambil cekak pinggang kat kucing jantan tersebut*

suka?

16comments: