Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu, MAK!!

Assalammualaikum.



13hb Mei 2012 Hari Ibu. Ada yang kata sambutan Hari Ibu ni haram entah lah bagi saya apa-apa pon yang kita buat yang penting niat kita. Dengan adanya Hari Ibu ni bagi saya dapat lah kita buat sesuatu yang istimewa untuk ibu kita kan..nak belanja makan ke, nak beli kek ke, nak buat surprise apa-apa ke kann. Memang hari-hari pon kita sayang ibu kita tapi bukan hari-hari kita dapat buat sesuatu yang istimewa untuk menghargai ibu kita. Jadi saya sambut Hari Ibu ni adalah semata-mata untuk menggembirakan ibu saya.


Sambutan Hari Ibu kali ni macam biasa saya tak bagi mak masak. Saya cakap "mak hari ni tak yah masak sebab orang nak masak!" huahua..takde maknanyeee... Sebenarnya saya bawa mak makan-makan kat luar jer. Kebetulan beberapa hari sebelum tu mak ada suarakan nak makan asam pedas ikan sungai. Jadi senang lah tak yah pening pening pikir nak bawak mak makan kat mana. Jadinya semalam saya bawak mak, abah dan adik-adik semua makan asam pedas kat Selera Best Istana.




Restaurant ni agak femes jugak lah kat Kluang.....terkenal dengan masakan asam pedas ikan sungai dari Empangan Semberong. Lokasinya tak jauh dari tol Ayer Hitam sebelum sampai Zen Xin, ladang buah naga. nak pegi sini kena pegi awal kalau lambat memang ambil bau jelah.



bagi penggemar ikan sungai dan asam pedas memang wajib datang kat sini. Asam pedasnya cukup pedas, cukup masam, cukup garam memang mabeles lah! Ikan yang dimasak sangat fresh dan dimasak sempurna tak berbau. Sebab abah saya ni sebenarnya tak makan ikan sungai tapi kat sini beliau boleh makan.




Bukan asam pedas jer ikan masak lemak cili api pon ada. Sayur tak banyak biasanya urap, pecel dan ulam-ulaman sahaja. Tapi disebabkan kesedapan asam pedas tu makan gitu saja dah sedap tak payah nak bersayur-sayur bagai. Ikan goreng dia pon sedap, manis! mungkin sebab ikan fresh kan...perghhh meleleh air liur rasa, padahal baru semalam mencekik huhuu...


Dah la takmo citer pasal asam pedas lagi kesian kot kot ada mak buyung yang baca ni wat dosa jer kalau dorang kepingin heheeee....



Kek Hari Ibu.
malamnya pulak adik beli kek dan domino pizza
jadi diet terpaksa lah diabaikan pada hari itu ngeee~


***


Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu(tak kira masih hidup atau telah tiada) " nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"



Doa ini untuk orang tua yang masih hidup:

'Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..."



Untuk yang sudah meninggal dunia:


"Ya Allah Ya Tuhan ku, ampuni lah segala dosa-dosa orang tuaku, tempatkanlah ibuku / bapaku di tempat orang-orang yang beriman.





mak bersama budak tombam rambut terpacak =D




Selamat Hari Ibu, mak!
orang sayaaaaanggggggg mak!!

12 comments:

ery D cat said...

selamat hari ibu mak..eh mokcik...seiras betul wajah MM..:)

Chika said...

kite pun dh dua hari mkn asam pedas.... sedapnyer....

m4rilyn said...

Mon bagi ape kat Mummy?

NurMisnan said...

Selamat hari MAK untuk MAK..
sodapnya asam pedes dgn cake..
manyak buah.. Posto2.. hik3

grOundnUt said...

Sonok nye celeb hari ibu bersama Ibu terchenta..nak wat camno..Kacang ni jauh di mata ibu, tapi dekat jugak di hati ibu..hehehe..^^

e.t.t.y said...

mak buyung terliur tengok kek tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Misz Pinkie Winkie said...

hihihih..
terliurr nak carik ikan sungai..
asam pedas dah dapat..
uhuk..uhuk...

aby said...

selamat membahagikan ibuu ...

asam pedas tu lagi best klu ikan dipisahkan dari kuah ..
kuah sentiasa panas, bila org nak baru masukan bendi dan ikan kt kuah tu ...
baru uumpppp ...

rambut pacak!!!!
he..he..

Suara Kalbu said...

Adehhhhhhhhhhhhhh...pepagi dah nampak asam pedas. Saje la awak ni huhuhuhu....


Selamat Hari Ibu untuk semua ibu. Termasuk la juga kita sebab jadi ibu pada anak-anak bulus kita hihihi

saya said...

selamat hari ibu utk mak.... eh, eh..nampak mcm best je temapt makan tu. nak jugak la. tapi jauhnyaaa..kluang tuu..

Truly_me said...

adoi. ye sayerla mak buyong itu.. huhuhuh..

Mijoe said...

selamat hari ibu mak KK!!