Friday, June 15, 2012

Jangan memandang hina pada mereka.

Assalammualaikum w.b.t



Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada. Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam alQuran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model?


Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Namun, janganlah terlalu menyayangi haiwan sehingga mengatasi kasih sayang sesama manusia sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga contohnya.


Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.


Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan. Antara kisahnya...


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:

"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu." 


Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan. Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.


Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.” 


Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.


Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Bagi yang tidak gemar memelihara haiwan jangan bimbang, Rasulullah tidak mewajibkan kita membela haiwan tetapi cukuplah sekadar mengasihani dan tidak menzalimi mereka.







9 comments:

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
Ditujukan entry ini kepada dua makhluk tak berhati perut yang kata dia tak menzalimi kucing tu.....jahanamlah tempat mereka nanti. Gerammmmm!!! purrr....meow!

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

betul tu, berbuat baik sesama haiwan juga pasti ada balasan yang baik.

p/s : macam kenal je tempat dalam gambar tu??

Iela Lullaby said...

Betul tu....sjauh mne pn kite maju...

Slagi kite mengabaikn haiwan,menzalimi haiwan malah myeksa mereka..tidak maju jgkla dri kte mhu pn hidup yg kte bngga2 kn nie..

Salam cik MM,

Selama 4ari bertrut2 sy mgmbil mse utk mgabiskn bce blog awk dr thn 2009-2012..

Thumbs up for u!

Sy pn ske kucig...dlu de 5 ekor...skrg nie tggal sekor je...

meowwmania said...

Cat-from-Sydney,
mmg geram sgt! lg geram bila hukuman yg tak setimpal dikenakan pd mereka..tapi takpe Allah itu Maha Adil..mereka pasti akan terima pembalasannya!!

Mrs. Yana,
hehe..itulah Bentong Farm Santuary ;)

lela Lullaby,
ohh terima kasih kerana sggp luang masa utk habis baca blog sy, terharu sgt..tak banyak sikit harap dpt memberi info yg berguna ^_^

UniMeOw said...

erm,,penah dgr gak kisah2 2...

haiwan pon makhluk Allah gak kan,,wtpe nak zalimi dyekor...sob3~~

aby said...

salam mm, entri yg menarik. Tp saya bimbang entri mcm ni akan menipiskan lg iman org2 yg nipis iman. Asas pd ahli syurga dn neraka adalah pd mntaati perintahnya dn meninggalkan larang terutama dlm bab2 ibadat. Dikuatiri bila dibawakan hadis psl pmpuan tolong anjing tu mnjadi ahlil syurga akan ada yg pegang hadis dgn mngabai solat sbb telah mnyangi haiwan

hud aikara said...

betul tu...

Afiq Jaguh said...

Izin sebarkan hadis itu

meowwmania said...

@Afiq Jaguh,
silakan :)