Monday, June 25, 2012

Momon langgar motor

Share
Assalammualaikum w.b.t





nampak tak luka kat atas mulut budak Momon tuh...? haaa itu akibat dolat tak dengar cakap mummy. Si Momon ni terlanggar motor ketika nak melintas jalan, bukan motor langgar dia yer tapi dia yang langgar motor  >,<




aloloo...ciannya dia....kesian betul lah tengok muka budak nih tapi tulah DEGIL! suka benor main kat seberang jalan sana. Abah yang nampak kejadian tu, si Momon berlari meluru melintas jalan dan kebetulan ada sebijik motosikal lalu kat situ mujur Mon sempat brek tu yang kena sikit jer kalau tidak....haihh tak tau lahh...





cuci luka, letak gel gamat then kurung dalam bilik tapi kejap jerlah lepas itu sibok nak keluar bilik abis semua barang dijatuhkan, pintu dicakar mengamok sebab kena kurung..eeee..geram betol tengok budak nih!


Pagi tadi sebelum pergi pejabat sempat tangkap budak ni kurung kat dalam rumah, entah apa lah kabo rumah tu bila balik nanti huhuu...


Momon DEGIL !!

suka?

17comments: