Friday, June 29, 2012

Omel kemalangan

Share
Assalammualaikum w.b.t


Syukur alhamdulillah...segala puji hanya bagi Allah.


Saya baru balik dari Vet. Omel kemalangan malam tadi, sama kes dengan Momon. Omel langgar motor. Cuma keadaannya lebih teruk dari Momon. Lukanya di bahagian kepala tapi takde apa-apa yang serius!


Vet cuma bagi injection tahan sakit, antibiotik dan ubat demam sebab Omel demam sikit. Vet kata dia ingat kucing saya teruk sebab malam tadi masa saya call, dia bayangkan keadaan kucing saya mesti teruk. Mana tak nya masa call tu saya dalam keadaan panic, menangis pulak tu. Risau, sedih, takut semua ada. Dah la kat sini takde Vet yang bukak malam. Masa call Vet tu pon dia cuma minta saya letak ais pada luka Omel untuk hentikan darah dan kurangkan bengkak sementara nak tunggu bawak ke kliniknya esok pagi.


Saya rasa helpless sangat! Bila tengok air liur Omel meleleh-leleh, Omel terkencing, terberak..air mata jangan cakap lah. Sambil tuam dengan ais tu sambil mulut saya terkumat-kamit membaca segala surah yang saya tahu dengan niat untuk kurangkan kesakitan yang Omel rasai. Saya pon tak pasti sampai pukul berapa saya duduk berteleku menemankan Omel, yang saya perasan Omel dah diam dia dah tak mengerang lagi. Barulah saya dapat menghela nafas lega pada ketika itu, bersyukur sangat-sangat!


Bangun subuh tadi saya lihat keadaan Omel bertambah baik, lukanya langsung tak membengkak. Omel bangun dan mengiau ketika saya memanggil namanya. Hati saya lega dan bertambah lega selepas membawa Omel ke Vet. Kalau dilihat keadaan Omel malam tadi seakan sudah sampai ajalnya memang tak sangka Omel terselamat. Kata orang berpantang maut sebelum ajal. Memang magic!


Tapi itu semua adalah bukti kekuasaan Allah tiada yang mustahil. Subhanallah!

suka?

18comments: