Wednesday, June 13, 2012

Perbicaraan Kes Petknode

Assalammualaikum.


Ingat lagi kes PETKNODE CAT BOARDING yang berlaku tahun lepas? Boleh baca cerita selanjutnya di Rencana Utama, Kosmo! Online. Tragedi yang berlaku pada Hari Raya tahun lepas apabila pusat jagaan kucing yang diamanahkan untuk menjaga kucing-kucing yang ditinggalkan tetapi sebaliknya diabaikan sehingga menyebabkan kesakitan, penderitaan dan juga meragut nyawa beberapa ekor kucing yang ditinggalkan di sana.


 ***

Laporan dari mStar Online.


Rabu Jun 13, 2012

PETALING JAYA: Dua lelaki yang mengendalikan pusat jagaan kucing sementara mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, terhadap 30 pertuduhan mengabaikan kebajikan 30 ekor kucing hingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan itu, tahun lepas.

Shahrul Azuan Adanan, 29, dan Yushairi Khairuddin, 29, yang merupakan orang kena saman, pada Selasa menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K B Elena Hong Tze Lan. Pada Disember lepas, mereka mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu.

Bagi 30 pertuduhan itu, Shahrul Azuan dan Yushairi didakwa dengan niat bersama telah mengabaikan kebajikan memberi makanan dan minuman serta tempat penyimpanan dan penjagaan, tanpa sebab munasabah yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap kucing-kucing tersebut.


Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pusat jagaan kucing itu, di Petknode Online Pet Store, No. F001B, Level 1, Plaza Seasons Square Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, Selangor, antara 3 hingga 4 Sept 2011.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 28 Jun untuk menjatuhkan hukuman.


Terdahulu peguam Syariful Nizam Shahruddin yang mewakili Shahrul Azuan dan Yushairi menjelaskan kepada mahkamah apa yang berlaku merupakan pengabaian kerana tidak memberikan makanan dan minuman kepada kucing-kucing tersebut, bukan kezaliman.


Elena pula berkata berdasarkan laporan bedah siasat, haiwan itu seolah-olah diabaikan terlalu lama.


Pegawai Pendakwa Jamadi Badri daripada Jabatan Veterinar memberitahu mahkamah kedua-dua orang kena saman itu perlu mengetahui kemampuan mereka untuk mengambil jumlah haiwan peliharaan.


Sementara itu, lebih 30 orang pencinta haiwan peliharaan berpakaian serba merah hitam berkumpul di luar mahkamah. - BERNAMA


Yushairi Khairuddin (kanan) dan Shahrul Azuwan Adanan (kiri) 


Orang yang bertanggungjawab terhadap penderitaan berpuluh ekor kucing sehingga membawa kepada kematian demi kerana tamakkan wang! Semoga kamu berdua mendapat pembalasannya kalau tak di dunia tapi PASTI di akhirat sana. 


Ingatlah baik manusia mahupon haiwan, sesungguhnya doa yang teraniaya itu akan termakbul apalagi doa haiwan yang tidak berdosa.


Rasulullah saw bersabda, : ...Dan takutlah terhadap doa orang yang dianiaya atau dizalimi kerana antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim)

7 comments:

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
Ish! Emo lah jadinya ni. Takkan kena denda RM200 aje!!!!! GERAMMMMMMM!!!!! purrr....meow!

Kak Lia said...

muke boleh senyum ek? takat 200 tu..tk berbaloiiiii...

HyRoSSa NeNy said...

SENYUM???? oh my geli tgk muke org2 zalim mcm ni... tp kenape undang2 kite peruntukan hukuman yg seolah tak setimpal ek... kalau la haiwan tu boleyh dn pandai menjaga diri sendiri,mesti kite same2 bersaing ngan mereka untuk dapatkan kerja... betul tak??? jadi kenape kite yg berakal ni boleyh dgn rase tak berhati perot tu biarkan mereka kelaparan... "setiap bahagian dr rezeki Allah SWT untuk kite itu ade hak mereka yg lain"

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Jadi kena tunggu lagi lah ni.. apa kata mahkamah penjara kan dorang, sebab duit boleh di bayar.. biar dorang merasa plak kena kurung. takyah kasi makan ! geram !!
BOLEH SENYUM LAGI?????????

Nur Misnan said...

boleh tersengeh2 plak.. cuba seminggu tak bg makan kat penjara tuh baru tau rasanya...

Ms.fida said...

Sakit hati tul...aku doakan dua2 hanjing ni DIPENJARAKAN !

NaOMi said...

senyum la puas2...tak selamat dunia & akhirat...nie klon dajal yg sesat kat bumi Allah nie...beware..!!!