Tuesday, June 12, 2012

Si Adik

Share



Pagi Ahad aritu tengah dok menyapu kat depan rumah dengar bunyik anak kucing mengiau kuat. Pusing-pusing, carik-carik, tunduk-tunduk, tonggeng-tonggeng sekali jumpa budak kecik nih tengah dok menjerit sekuat hati. Toleh-toleh jugak kot kot ada ibu atau adik-badik yang lain tapi takde so terus lah hangkot bawak balik rumah.


Belek-belek tengok budak ni sihat takde kesan luka ke pape cuma kotor sebab menyorok dalam longkang jadi terus mandikan. Lepas mandi keringkan dengan hair-dryer, memang bersih badan budak nih takde kutu atau kurap cuma badannya kurussss nampak tulang. Dah mangie tu terus letak dlm cage. Budak kecik ni makan, minum, poo, pee macam biasa cuma mulut tak berenti menangis. Bernanah jugak lah telinga ni dok mendengar budak ni melalak sampai jejebon yang kat dalam rumah tu pon memasing kembang jer bulunya.


Semalam petang hajat nak bawak budak ni ke klinik tak kesampaian gara-gara pulang lewat dari tempat kerja. Jadi balik-balik tu terus jengok budak kecik ni kat dalam bilik, entah apalah kabonya. Senyap jer takde bunyi pape ingatkan budak ni tido, sekali tengok budak kecit ni tengah leka main dengan lelabah. Memang pagi tadi sebelum pegi ke pejabat saya letakkkan sekotak mainan kat dalam cage dia. Sejak Oteh 'pergi' memang saya tak keluarkan mainan tu sengaja saya simpan dalam kotak sebab sedih bila terpandang mainan tu sebab dulu Oteh yang rajin main mainan tu semua.


Gembira bukan kepalang bila tengok budak kecik ni bermain dan tak menagis lagi. Terus saya dukung-dukung, timang-timang, cium-cium. Bila keluarkan dari cage, budak kecik ni nampak si Molly terus dia kejar Molly. Si Molly menyinga lah sebab budak kecik ni menyondol nak menetek kat dia hehe..kesian gian nak menyusu rupanya. 


Lunch break nanti nak singgah petshop nak beli susu untuk budak kecik nih...



video

tengok! Adik dah tak nangis lagi ^_^
cepat besar yer Adik....

suka?

11comments: