Thursday, June 21, 2012

Si Ibu Kucing & Si Gegirl

Assalammualaikum. 


CAK!!! Comel kan...
budak comel ni adalah salah seekor stray kat kawasan rumah saya, gegirl nih.


Ini ibu dia..asalnya gegirl ni dua beradik sekor ekor panjang sekor ekor pendek tapi yang ekor pendek mati sakit. Saya perasan yang ekor pendek tu sakit bila dia mula tak mahu makan. Dorang ni selalu sembunyi kat dalam timbunan kayu yang berlonggok kat belakang rumah saya jadi bila si ekor pendek sakit saya mula bimbang sebab dia tak mahu keluar makan.

Pernah beberapa kali saya cuba nak tangkap tapi si ekor pendek ni makin masuk jauh ke dalam timbunan kayu tu. Sehinggalah pada suatu hari tu saya balik waktu lunch dan ternampak si ekor pendek terbaring dalam longkang dapur saya sudah tak bernyawa. Menitis air mata saya pada waktu tu, nampaknya si ekor pendek nak mudahkan kerja saya. Bayangkanlah kalau dia mati dalam timbunan kayu tu memang agak susah lah saya nak menguruskannya tapi sebaliknya yang berlaku. Mungkin sebagai tanda terima kasih dan ucapan selamat tinggal dari si ekor pendek untuk saya.

Si ekor pendek sakit tak lama cuma tiga hari saja, mudah-mudahan dia tidak tersiksa dan pergi dengan senang. Tenanglah kamu di sana sayang, di sisi Pencipta Yang Maha Kuasa.



Walaupon bagi makan hari-hari mereka ni masih takut dengan saya. Bila nak bagi makan tu saya akan letak mangkuk makanan pastu terus masuk dalam rumah, bila saya dah masuk barulah dorang ni keluar dari tempat persembunyian dan makan. Sekarang ibu dan si gegirl dah mula berani masuk dalam rumah saya cuma bila saya datang dekat mereka akan cepat-cepat keluar.



Si gegirl ni sebenarnya pon tak berapa sihat, dia selsema asik bersin saja dan terpaksa bernafas ikut mulut kesian betul saya tengok. Saya dah belikan ubat selsema dari Vet, siap tunjuk gmbr si gegirl ni pada Vet lagi sbb saya tak boleh nak agak berapa usia dan berat dia. Ubatnya kecik jer tapi Vet pesan supaya saya bagi separuh saja drpd sebijik pil tu dan kena bagi dua kali sehari. Harap-harap sembuhlah hendaknya.



Si ibu ni garang sangat! Tu si Adek sudah kena belasah dgn si ibu kucing sebab mengskodeng mereka huhuu...kesian Adik. Sebenarnya ibu kucing ni bunting lagi sebab tu dia garang agaknya. Kesian kan... macam tu lah nasib kucing jalanan. Saya berharap suatu hari nanti ibu kucing dan si gegirl ni akan mula percaya pada saya supaya saya boleh mandulkan mereka.

5 comments:

Nur Misnan said...

ala tomeynya muka dia.. gigit karang nak..
weeee.. kalau jumpa Kopi musti dia nak
ngurat.. har3..

Kopi sebenarnya gigil bila jumpa aweks.. penakut

Kak Lia said...

si gegerl tu pakai celak...cantikkk

Ms.fida said...

eiiiiiiiiiii momel momel muackss !

NaOMi said...

shomelll...ibunya pon shomell gak...Kesian Adek,ingat nk manja2,dh kena penyepak...hihihihi

Naz said...

cantik ibu dia