Tuesday, June 5, 2012

Si Merah selembut marshmallow

Share

haa...si Merah ni memang sengaja saya bagi dia makan bertenggek camnih. Sebabnya si Merah kalau tengah makan tetiba datang orang lain mengacau memang tak jadi lah si Merah ni makan, dia akan berundur mengalah pastu pergi.



Walopon budak Merah ni BOSA GODANG dia tak pernah menggunakan keBESOran-nya tu untuk mengambil kesempatan atau membuli adik-adiknya. Merah selalu mengalah tak kira pada adik-adik kandung sendiri mahupon adik-adik hangkotnya yang lain.



tersembunyi kelembutan di sebalik wajah ganas inih..
hatinya selembut marshmallow..
Merah adalah seorang 'apang' yang penyayang.




Dan Merah sangat menghormati ibunya si IbuBulat. Pernah sekali Merah bergurau kasar dengan si Puteh sehingga Puteh menjerit kesakitan. si Bulat yang tengah tidur terjaga terus berlari ke arah Merah dan Puteh lalu menyerang dan menampar Merah sehingga tergolek cat.  

"Kamu tu abang yang tua jadi sila mengalah dengan adik kamu!" 

Mungkin itu yang si Bulat marahkan. Kalau si Merah ni melawan, terang lagi bersuluh dia pasti menang tapi perkara sebaliknya berlaku, Merah langsung tak melawan dia terus diam menikuskan diri tunduk dlm keadaan menyerah sehingga Bulat berpaling pergi. Kagum bila haiwan yang takde akal boleh ada rasa hormat terhadap ibunya.


Tapi tak semua lah macam tu. Kalau budak Mon dengan Min ni jangan haraplah. Kadang tu ibunya jalan melintas kat depan dia tak buat salah apa-apa pon tetiba dihambatnya. Padahal KakakBaby tu sangat penyayang dengan anak-anaknya. Sampai sekarang ni, si Min kalau tidur masih menyondol nak menyusu melepaskan gian. KakakBaby biarkan jer langsung tak marah, tak menendang. Punyalah sayang dengan anak-anaknya cuma si Mon ngan Min ni jer yang tak tahu diuntung huhh!



Dasar anak manja!!




MUTIARA KATA : Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. 


Maseyyyy.......

suka?

13comments: