Tuesday, July 31, 2012

Anugerah Ramadhan

Assalammualaikum.


Pagi tadi macam biasa sampai sampai ofis terus bagi makan kat Awang dan beberapa ekor kucing terbiar yang menetap kat sini. Tengah-tengah bagi makan tetiba perasan macam ada tikus melintas sembunyik kat balik pintu. Melompat jugak lah sebab terperanjat!


Sambil sambil temankan bebudak ni makan sambil sambil menjeling kat pintu tadi, kang kalau tikus tu tetiba keluar harus saya pengsan huhuu...


Tengah mencangkung tu perasan macam ada mende hitam dok jengah-jengah saya dari balik pintu tu.."eh! tikus ni nak main cak cak lak dia.." dalam hati berkata sambil angkat kain bersedia nak bukak langkah seribu. Sekali saya pandang betul-betul... 


"eh! anak kucing lahh!!
bila kamu sampai ni..? naik apa??
mana ibu kamu? tak takut ke jalan sensorang ni..."

meoww.....

"ihh..ihhh...kesiann....." membebel sensorang



hurmmm....mesti ada orang baru buang ni haihh! kecik sangat lagi rasanya sama usia macam saya memula jumpa bebudak nonet dulu. matanya sepet bertahi mata hampir tak boleh bukak. saya cuba datang dekat tapi anak kucing tu terus lari sembunyik kat balik pintu. saya tinggalkan makanan dan air kat situ dan terus pergi jumpa makcik guard.


saya bagitau kat makcik guard ada orang buang anak kucing. makcik tu pon kata dia tak tahu tapi yang seronoknya makcik guard kata dia nak anak kucing tu. makcik memang seorang yg penyayang, anaknya juga sukakan kucing. sebenarnya masa saya jaga bebudak nonet dulu makcik penah mintak si Oteh tapi saya tak bagi sebab tak nak pisahkan mereka adik-beradik rupanya terpisah juga sebab umur Oteh tak panjang. Namum akhirnya dapat juga saya bagi makcik tu anak kucing hehe..hepi rasanya.


jadi tengahari tu sebelum balik tu tertonggeng-tonggeng lah saya dalam usaha nak menangkap anak kucing tu. tujuannya untuk saya bawak balik rumah dulu, saya nak mandikan anak kucing yang busuk dan kotor nih. Walaupon bukan kucing saya tapi saya rasa bertanggungjawab nak serahkan anak kucing dalam keadaan yang baik dan bersih pada tuan barunya nanti ^^,


letak dalam kotak. dalam perjalanan nak balik rumah


sampai rumah jer saya terus mandikan budak kecik ni dengan air suam dan medicated shampoo. pastu keringkan badan dia dengan hair dryer, bersihkan telinga, letak ubat mata dan bagi ubat cacing. sempat jugak lah budak kecik ni berkenalan dengan jejebon kat rumah ni. first time jumpa biasalah memasing hissing memanjang.






tapi kejap jer....tak lama dah mula bermain dengan si Adek dan Gegirl. tumpang seronok tengok bebudak ni bermain.


video



montel boleh tahan budak kecik nih, perot moncit, bulu lembut takde kutu pon. geram tengok! cubit-cubit, cium-cium, dah ada rasa sayang sket huhuu...kalau ikutkan macam nak bela jer tapi dah janji dengan makcik guard beliau pon dah mengharap tak baik hampakan harapan orang. jadi cekalkan hati untuk bawak semula budak kecik ke pejabat untuk diserahkan pada makcik guard.


bekalkan sekali dengan wetfood kitten, ubat cacing dan ubat mata. berbakul-bakul jugak lah pesanan yang dititipkan pada makcik guard, rasa macam nak serah anak sendiri kat orang pulak huhuu...sedih! tapi saya percaya makcik boleh menjaga anak kucing tu dengan baik sebab makcik pon bukan kali pertama membela kucing dan kat rumah beliau pon dah ada beberapa ekor kucing tapi semua dah dewasa itu yang makcik teruja nak bawak budak kecik ni balik. dah lama tak ada anak kucing kat rumah katanya.


moga budak kecik tu akan hepi dengan keluarga baru dan sihat selalu. pada makcik saya doakan semoga diperluaskan lagi rezeki makcik sekeluarga, amin...

11 comments:

aKuLanGit said...

heshh,bahye tol,syok je baca titibe je ada part suspen ;p

eh,biasala budak2...gaduh nya kejap je,pastu elok je duk baik main skali haa :D

m4rilyn said...

alhamdulillah

Adek tu sangat baikhati dia :)

Cik tikah said...

Semoga tuan blog ni dimurahkan rezeki sb tlg kucing. Aminnnn

NaOMi said...

Comel la...sian kena buang2 cam gitu je..tak paham betul dgn org yg suka buang2 kucen nie..

HyRoSSa NeNy said...

aaa... tomey nye ank tucen...ade sekor kucing warne kelabu kat rumah... hari2 balik dok kejar die sebab nk bawak nek kat umah... tapi selalu tak dpt sbb die lagi terer selinap2... hehe..

Cik NeyNa said...

semoga awak pon diperluaskan rezeki...

Joy E. Saga said...

Meowmania sgt baik hati! Mintak2 lah Makcik tu sekali kala bagi gambar untuk kita mengikuti perkembangan si kecik nie :-)

nur anis said...

comelnya comelnya...wahhhh..saya tengok pun geram tau...

Suara Kalbu said...

Comelnya dia. Geram,

alhamdulillah dipertemukan dengan awak dan makcik tu. Semoga kamu semua dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat sentiasa.

maszull said...

assalamualaikum mummy...seronokkan kalau ada banyak kucing ni selalu jer dpt bergurau ngan mereka moga sikecik tu bahagia dpt tinggal ngan makcik guard tu...:)

anakcikbob said...

kalau eden dah poluk skali, eden terus sayang. T__T