Monday, July 30, 2012

Budak degil mata satu

Assalammualaikum.


Budak Wira ni kan sebenarnya dah 3 hari tak balik. Risau jangan cakap la...tiap petang berjalan kaki meronda kawasan carik dia. Tak penah lagi si Wira ni tak balik lama macam ni. Selalunya dia mesti balik pagi dan petang untuk makan.


Wira tak pegi jauh selalunya kat rumah jiran belakang rumah tu jer..dia suka tumpang tidur kat rumah sewa jiran tu, rumah tu kosong takde orang sewa jadi dia lah jadi penyewa tak diundang kat situ, bersama-sama si Citam dan BabyMushuk. Mujur jiran tu pon suka kucing jadi dia tak kisah budak bertiga tu menyewa free kat situ.  

mujur tak kisah kalau tidak terpaksa la mummy bayarkan sewa untuk korang huhuu...


Bila Wira tak balik dah fikir mesti pape jadik kat dia. Doa memang tak putus lah, doakan apa saja yang terbaik untuk dia..redha. Tup tup malam tadi sebelum isyak tu Wira muncul dengan jalan terdengkut-dengkut. Tengok takde kesan luka ke apa, ni mesti kes dia melompat dari tempat tinggi, salah landing ke kot maklum la pilot mamai baru bangun tidur. Sebab dorang ni suka sangat tidur menenggek kat tempat-tempat tinggi, paling suka tido kat atas syiling pandai jer carik lubang nak manjat haihh! Agaknya bila dah sakit tu duduk diam jelah tak bergerak, bila dah kurang sakit tu baru boleh nak balik.


Sakit sakit tu pon masih boleh lagi melompat naik turun meja makan. Dah ok la agaknya tu, harap-harap lah. Kalau makin teruk terpaksa jugak lah bawak ke Vet. 



video










sakit sakit pon habis licin jugak semangkuk :p
cepat sembuh yer Wira budak degil sayanggg

8 comments:

Iela Lullaby said...

klu tk nmpak sehari pn dh susah atie kn cik MM,ni kn lg 3 ari..

cpt sembuh ye wira...jgn wat mummy awk risau2 g tau..cian mummy

puteri said...

moga cepat sembuh... sama lah kita, meow kita pun suka panjat tempat tinggi - tinggi. kekadang kita yg risau... :)

maszull said...

assalamualaikum mummy...kesian nyer Wira dah sakit pun boleh berjalan2 lg...:)

Momo said...

ala tomey.. macam kucing sye la bulunye...hehe

m4rilyn said...

biasa la tu Wira...mummy kamu tu pernah nak jadik polis kot...sbb tu banyak soal. ngeeee

Kak Lia said...

mata 1...body tk balance msa nk landing...hehehe...

anakcikbob said...

makan atas katil mau xhabes. kikiki..
btw, setuju dengan komen kak lia.

aKuLanGit said...

mummy dia x cenonoh.. ;p