Monday, August 6, 2012

Cumi Jelly

Assalammualaikum w.b.t 


uhuk! uhukk! *batuk*
maapkan saya...tak berapa sihat sangat, demam tapi da baik batuk yang payah nak baik
uhuk..uhukk! *batuk lagi*


ni nak citer...saya dapat anak baru. malam jumaat lepas, dengar kucing mengiau kuat, keluar tengok tengok ada kucing kecit. tak tau lah kalau budak ni tersesat atau sengaja diletakkan kat depan rumah saya. sebab budak ni berdiri betul-betul kat depan pintu bila saya keluar dia terus lari kat cecelah pokok.


terus saya ambik cecepat bimbang kalau kalau dia lari ke jalan raya pulak. tengok tengok budak kecit ni sihat, badan montel, mata bersinar macam dibela orang. tak kan cantik cantik macam ni orang buang? pastu saya tengok lagi..oh! betina....patut laa.


Ada sesetengah orang ni suka kucing tapi suka yang jantan saja, yang betina tak suka sebab nanti beranak-pinak, membiak. Saya ni tinggal kat kawasan kampung ala ala pekan koboi la gitu. Orang-orang kat sini tak terbuka lagi bab bab nak bawak kucing ke klinik, apa lagi nak suruh dikembirikan kucing tu, jauh sekali lah membazir katanya.. Kalau ada pon boleh dikira dengan jari kaki huhuu...


Mungkin atas sebab tu jugak klinik haiwan kerajaan kat sini pon macam hidup segan mati tak mahu. tanya ini tak buat...tanya itu tak cukup peralatan haihh...kecewa sungguh! Bagi yang prihatin tu nak tak nak terpaksa la jugak keluarkan duit hantar ke klinik swasta yang kos rawatan dan ubatannya sangat MAHAL sebab klinik haiwan kat sini tak banyak. Takde pilihan suka tak suka terpaksa la jugak hantar ke klinik swasta....nak biar memang tak sampai hati la kan.


haihh...takpe lah...harap-harap dua tiga tahun lagi berubah lah keadaan kat sini. moga bertambahlah klinik-klinik haiwan kat sini. okok asik mengeluh jer saya ni, tak baik kan. Sekarang saya nak kenalkan anak baru saya, memperkenalkan...


*drumroll please...* 



::CUMI JELLY::


pertama kali tengok budak ni macam sedappp sangat, rasa macam nak kunyah-kunyah jer.. tu yang letak namanya Cumi Jelly haha...nasib kamu la Cumi dapat mummy sengal :D


jejebon biasalah memasing tunjuk taring, hissing tak sudah-sudah. yang dah boleh menerima kenyataan cuma si Adek ngan Gegirl. Mungkin sebab sama-sama kecik kan.


















hehe..tapi rasanya takde masalah kot, ikut pengalaman kalau bawak balik anak kucing ni lebih mudah diterima kucing terdahulu daripada kita bawak balik kucing dewasa. Lambat-laun elok lah deme tu seme ^_^

16 comments:

puteri said...

Comeynya... Semoga cepat sembuh ya... jgn lupa mkn ubat... semoga awk di murahkan rezeki....

Suara Kalbu said...

Ya Allah, comel gebus gebas Cumi Jelly ni

Meow mania, pos kat rumah akak jer lah hihihi

m4rilyn said...

tantik yaaaa Cumi Jlly...macam kakak Dedel

maszull said...

assalamualaikum mummy...alorr cute nyer die kenalah dgn namanya...:)

Iela Lullaby said...

skali tgk cm gegirl la dia kn Cik MM?

Tomei2 kucig kn...best je..heee

nk tumpg geget2 jgk la bleh? ^_^

Kak Lia said...

kadel & kadekk...hahhaa....rasa cam nk nyanyi lagu hindi je..kekeke

Hi cumi jelly..nk picittt bolehh

Misz Pinkie Winkie said...

sedapp nma cumi jelly..a'ah rasa nak telan jerk teruss..

Ms.fida said...

ahhhh pengsan kejap....cumel bangat !

Cik tikah said...

Eeee... comelnya!

Magical Furville said...

Mcm Gegirl! Entah2 sama mak bapak!
:-)

anakcikbob said...

maceh MM selamatkan beliau.
beliau caannnnntik sangat.
melalui tilikan, beliau ni baik, lincah tapi tak nakal. hehe..

Kazen said...

muka kucing tu bujur cam tuan die laa...haha :)

aby said...

comel cumi tuh ..
kadel!!! ..
dalam bahasa tamil bukan ke bermaksud girlfen ....

Nur Misnan said...

weeee.. tomeynyer cummi.. Nampak topi abis dia gomol2..

HyRoSSa NeNy said...

mummy...bagi titew satu ank tucen bule???? =)

NaOMi said...

Ciannya dia...comelll....dok baek ye cayang...namo noti2...