Saturday, August 25, 2012

Raya 2012

Share
Assalammualaikum w.b.t 


haluuuuuuuuuuu.............apa khabar? Wah! seronoknya bercoti raya lama-lama ni kan, puas beraya! Yang tak seronoknya bila naik atas penimbang, berpinar bijik mata tgk nombor kat atas scale tu kan hahaha...okeh takpe nama pon raya segala diet-miet harus diketepikan terlebih dahulu ahaks!


Untuk entri pertama raya haruslah tepek gambar raya banyak-banyak (alasan malas nak menulis). Tanpa melengahkan masa lagi ayuh kita saksikan gambar-gambar yang terpilih untuk menjadi tatapan pembaca meowwmania sekalian :p





Inilah ayahanda dan bonda saya. Walopon berbeza warna mereka tetap hidup bahagia sentiasa ngeee.... Sebenarnya datuk belah abah saya seorang mualaf, beliau dahulunya berbangsa india dan telah memeluk islam semenjak zaman bujangnya sebelum berkahwin dengan nenek saya lagi. Dua orang dalam adik-beradik datuk telah memeluk islam. Tapi wajah abah saya langsung takde iras orang india kan? Abah cuma iras tang kaler sahaja hikhik...

Datuk belah mak pulak berasal dari Indonesia. Mak kata masa datuk datang, Semenanjung Malaysia ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya belum Malaysia lagi, passport passport ni pon belum ada lagi. Datuk bukak tanah di daerah Muar berjumpa dengan nenek dan terus menetap di sini.

Jadi maknanya saya ni mix la kan... India+Indonesia haha...mix la sangatttt. Kedua-dua datuk dan nenek belah mak dan abah saya dah tiada. Al-Fatihah untuk mereka.




Bonda diapit oleh dua orang anak-anak mix-nya hekhek... Saya dan adik bongsu saya, ibu Mia takde sebab turn mereka beraya di kampung belah sana terlebih dahulu. Orang kata wajah dua adik saya seiras abah dan wajah saya seiras mak. Itu orang kata, entah lah saya pon tak tahu...yang saya tahu wajah saya dah tentulah seiras Katrina Kaif muahaha....





Raya pertama macam biasa beraya bersama sanak-saudara belah abah terlebih dahulu. Suasana di pagi raya, beratur tunggu turn untuk bersalam-salaman memohon maaf dan sesi memberi duit raya.




Raya kedua baru dapat beraya dengan budak kenit ni yeay! 



Mia dengan muka terkejut bersama ibunya ^^




Raya kedua tu pergi beraya ke rumah sanak-saudara belah mak pula. Jenuh melayan budak kenit ni dalam kereta. Dok ulang-ulang bacakan buku tu untuk dia huhuu...




Cak!! 
Dah sampai kampung :)




Kejap jer budak kenit ni pakai baju kurung. Sampai-sampai kampung terus salin baju gaun.





Dah pakai baju gaun baru boleh senyum. Kalau tidak muka ketat sahaja. Eh! Mia tu senyum ke sengeh :D





tulah keje saya, usung budak kenit ni sambil collect duit raya. badan tu dah la kussss smangat! dengan beratnya dengan aktifnya tak reti duduk diam, senget-benget tudung kita ni, baju sampai terebeh-rebeh memang takde can-lah maklongnya nak melawa  huhh!





Beraya atas pangkin. 
Memang syok beraya di kampung, suasananya..makanannya..memang meriah!




Kami suka nelah nambu!!









Sekian.



p/s: konon banyak sangat la gambarnya haha...sikit jer ponn...tak daya lah nak ber-camwhore, segala tenaga telah digunakan untuk melayan budak kenit yg sorang ituh 

suka?

9comments: