Friday, September 7, 2012

Aktiviti MerdekaRaya 3

:: Kejadian di Magick River ::


Semasa dalam perjalanan ke KL tu Chika ada call dia kata pagi Ahad tu mami nak ajak ke magick river di Kuala Kubu Baru. Teruja mendengarnya tapi tetiba teringat pulak tak bawak bikini :p Jadi mintak lah belas ehsan Chika nak pinjam baju beliau walopon tahu dan sedia maklum saya ni bukan lah se-size dgn beliau.


Pada hari kejadian tu Chika meminjamkan saya sehelai t-shirt dan seluar. Tup..tup! bila pakai muat!! Wahh saya dah kurus! saya dah kurusssss... PANGGG!!! (lempang diri sendiri) sudah-sudah la tu berangan, jangankan badan, jari pon belum tentu boleh sekurus Chika taw...wekkk!! (ejek diri sendiri)


Mereka yang turut serta adalah mami Ana Lewis, Chika, Cik Marie (yg ni mmg tak boleh tinggal :p) Papa Meow dan retis mangga Kamal. Kakak dan Win tak ikut sebab dah balik semalamnya. Adik-adik Kakak kan ramai tak boleh tinggal lama-lama. Cian Kakak...next time kita mandi sesama yer.. Eh! :p


Bergerak pagi, tak mandi pon HAHA..siap singgah kat pasar KKB lagi beli sarapan. Alah takde orang tanya pon dah mandi ke blom ngeee


Dalam perjalanan ke magick river.....











Tiba di magick river....



pemandangan yang indah dan permai


airnya sejuk dan jernih


udara segar dan nyaman


saujana mata memandang



penunggu magick river hehe...




sampai-sampai jer sarapan dulu..


kena isi perot...


karang nak berenang kuak lentang, kuak kupu-kupu segala bagai..


budak ni pon kenyang dapat makan, siap panggil geng lagi datang



disebabkan air terlalu sejuk,
rendam kaki dulu sesambil ber-camwhore
eh! Cik Marie sori laa...muka ai besar sangat hehe..



cakk!! baru nampak muka Cik Marie bersama spek baru itteww



POSING TIME!!



















*sila klik untuk tumbesaran


batu-batuan kat sini licin sebab berlumut siap boleh buat gelongsor lagi tau...haa meh tengok!




oleh kerana berat badan yang terlebih, langsung tak menggelungsur terpaksa tolak badan sendiri dengan tangan hahahah...




Chika lain laa laju jer menggelungsur baik tak lemas ngeeee.....
eh! tapi Chika terer berenang tau



haa tengok! terer tak Chika berenang :D


Dah puas bermandi-manda tu kami pon pulang. Sebelum tu singgah makan, jumpa lah budak kenit yang pandai buat muka kesian. Jalan berdengkot-dengkot alahai memang kesian sangat bila tengok. Bila bagi makan tak mahu mungkin dia cuma mahukan perhatian dan belaian kasih sayang.


Beruntung sangat budak ni, sekarang dia dah pon selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Chika. Terima kasih Chika, terima kasih Mami..saya doakan moga diperluaskan lagi rezeki untuk keluarga Mami, amin...




budak muka kesian yang diberi nama Che Su :)



Sekian, tamat lah sudah aktiviti MerdekaRaya saya. 
Terima kasih sudi baca ^^

4 comments:

aKuLanGit said...

yeayy...buleh tido lagi

ery D cat said...

che su :)

m4rilyn said...

hahaha suke tgk yg gelongsor tu

linda said...

best nye mandi sungaiii