Wednesday, September 5, 2012

Aktiviti MerdekaRaya

Share
Assalammualaikum w.b.t



Cuti hari kemerdekaan hari tu ambil kesempatan ber-MerdekaRaya bersama kawan-kawan pencinta haiwan di KL. Dah lama tak bersua muka, rindu sangat dengan kawan-kawan yang jauh di mata. Jadi cuti panjang hari tu memang masa yang sesuai nak berpoya-poya bersama mereka. Maka terbanglah saya ke kolumpo dengan menaiki bas (bas pon boleh terbang okeyy) Ketibaan saya disambut oleh acik Mya.  Terima kasih acik ^^


Destinasi yang dituju adalah Tadika Kakak GtHans. Kedatangan saya terlebih dahulu disambut oleh anak-anak adik-adik Kakak di hadapan tadika. Kakak lambat keluar sebab sibuk basuh berak adik-adik yang kat belakang :p























Sampai-sampai jer Kakak jamu dengan laksa kakak yang terkenal tuu...perghhh! memang sodap sehingga menghirup pinggan. Mya pulak bawak kari ayam yang mabeles! Lepas tu cik Marie sampai membawa kek coklat yang sedap! Terima kasih Cik Marie walopon kek tu kek beli kikiki...




Tak lama lepas tu Pak Ngah pulak datang bawak Musang King yang menggiurkan. Diikuti dengan Chika dan Umi Shakina. Memang terbaik lah memasing datang takde yang tangan kosong cuma saya jer yang datang bawak perot kosong hikhik...


Terima kasih kengkawan!! 
Terharu sangat kedatangan disambut dengan pelbagai juadah hidangan ngeee....



Dalam seronok-seronok tu ada jugak kisah sedihnya. Adik Kakak si Abg Ate sakit tak boleh kencing. Kesian Abg....hari tu pulak hari cuti Vet banyak yang tutup mujur Pak Ngah sempat telefon Vet yg dekat ngan rumah Pak Ngah tu dan kebetulan bukak apalagi macam lipas kudung kami bergerak ke sana sebab klinik tutup pukul 4.30, masa Pak Ngah call tu pon dah pukul 4. Mujur ada pemandu F1 sempat jugak kami sampai ke klinik hehe... Abg Ate kena tahan di kllinik untuk rawatan.




Alhamdulillah....hari Ahad tu Abg dah pon keluar :)





malamnya tu kami ke Wangsa Maju dalam misi mencari burger bakar.




Papa meow pon ada datang bersama sahabatnya. Thalhah pula datang bersama isterinya. Dalam ramai-ramai adik Kakak, Win yang paling beruntung sebab dapat join kitorang makan beger bakar tapi Win makan asap jer laa hehe...




adik-adik Kakak GtHans :)



Esoknya kami menghadiri undangan perkahwinan Sharz di Kuala Selangor. Jadi bersambung esok lah yer...tu pon kalo rajin nak sambung ler hue..hue..

suka?

5comments: