Wednesday, September 19, 2012

Anak angkat

Share
Assalammualaikum :)


Subuh tadi selepas solat macam biasa saya akan keluar untuk bagi jejebon besar yang kat luar tu makan. Tetiba terdengar bunyik anak kucing menangis. Bila perati betul-betul saya nampak anak kucing tu sedang berlari-lari anak kat tepi jalan sambil menangis sensorang. Hmmm....ni mesti baru kena buang!


Saya terus pergi ke arah anak kucing tu, hoii garang! menderam bila kita datang. Saya umpan dengan makanan dia takmo jugak. Super power!! sepantas kilat, saya terus menerkam anak kucing tersebut bagaikan harimau menerkam musuh. Hebat! Cuma harimau ni agak ayu kerana berbaju kelawar di pagi hari ahaks!


Alahai kesiannya kecik lagi, matanya sepet bertahi mata. Terus saya bawak masuk, mandikan, keringkan badan, letak ubat mata dan bagi makan. Anak kucing ni tanak makan sangat, dia sibuk carik nenen nak menyusu. Saya teringatkan ibu si Gegirl sedang menyusukan anak-anaknya yang 4 hekor tu terus saya bawak budak kecik ni dan letakkan diam-diam bersama ibu Gegirl dan anak-anaknya. Ibu Gegirl menderam jugak tapi anak-anaknya macam tak kisah sangat.


Berat hati tapi terpaksa jugak tinggalkan mereka dulu sebab saya perlu bersiap untuk pergi bekerja. Dalam hati tak putus-putus berdoa, harap-harap boleh lah ibu Gegirl terima budak kecik tu dan susukan dia.


Tengahari tadi bila balik saya terus mengintai keadaan budak kecik tuh. Wahh! mereka dah bermain bersama. Nampaknya adik-adik Gegirl takde masalah nak terima budak kecik tu cuma ibu Gegirl masih menderam bila didekati. Tapi tak pula ibu si Gegirl belasah budak kecik tu...selalunya kalau bertembung dengan Cumi Jelly sampai tertanggal bulu Cumi dikerjakan, garang bebenor ibu Gegirl tuh. Harap-harapnya petanda baik lah ni...




anak angkat baru ibu Gegirl :)




adik angkat baru Gegirl :)



nampak macam budak kecik ni pulak yang jadik ketua,
bila dia keluar baru lah yang lain pon keluar sama



rasanya mereka ni sebaya kot cuma budak kecik ni tak la semontel anak-anak ibu Gegirl



p/s: moga kamu semua serasi bersama dan sihat selalu, amin....

suka?

12comments: