Sunday, September 9, 2012

Mencari Keluarga Baru Untuk Si Comel

Share
Assalammualaikum :) 


Hari ni kali pertama saya dapat melihat adik-adik si Gegirl. Dah besar, montel, sihat dan dah pandai makan. Tak pasti berapa ekor kesemuanya cuma 4 ekor yang dapat saya lihat. Mereka masih liar dan sukar didekati. Tak pasti di mana ibu si Gegirl ni sembunyikan anak-anaknya cuma baru hari ni saya nampak mereka berkeliaran di kawasan belakang rumah saya.


Saya bercadang nak kembirikan ibu Gegirl dan mencarikan keluarga baru untuk anak-anaknya. Oleh kerana mereka ni kucing tak bertuan saya bimbang kalau-kalau mereka dibuang. Lebih sedih lagi kalau cuma anak-anaknya saja yang dibuang. Sebab anak-anak kucing ni berkeliaran dan 'membuang' di laman jiran-jiran. Tentu ada yang tak suka dan marah :(


Saya harap dapat carikan mereka keluarga baru secepat mungkin. Kalau ada yang berminat boleh email saya di meowwmania@gmail.com atau PM saya di Facebook. Penghantaran insya'Allah akan saya usahakan yang penting mereka dapat keluarga baru yang sudi memberikan kasih sayang. Dan saya akan hantar ke Vet untuk di-nyah-cacing dan di-nyah-kutu sebelum diserahkan.





dua ekor sedang menyusu dan dua ekor lagi tidur terselit 
kat celah kerusi  :(



yang belah kanan seiras Gegirl yang belah kiri tu cantik kalernya kan
dua ekor yang tengah tidur terselit tu berwarna kuning
jantina mereka belum dapat dipastikan



Mohon sebarkan pada rakan-rakan yer kot-kot ada yang sedang mencari si comel untuk dijadikan peneman dan penghibur. Bantu saya untuk membantu mereka. Terima kasih ^^

suka?

7comments: