Thursday, September 20, 2012

Patrick The Miracle Dog

Share
Assalammualaikum w.b.t


Kisah yang akan dipaparkan ini saya terbaca di FB dikongsi oleh salah seorang sahabat FB saya. Selepas membaca saya teringin sekali nak kongsikan di sini.  Satu kisah yang sungguh menyayat hati namun berakhir dengan kegembiraan. Kisah tentang seekor anjing yang dizalimi manusia yang tidak berhati perut! Anjing yang ketika ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan setelah mengharungi pelbagai cabaran ia kembali hidup dengan kuasa tuhan.


***


16 MAC, 2011: Seekor Pitbull-mix yang teramat kurus ditemui dalam beg sampah oleh pekerja penyelenggaraan di bawah pelongsor sampah setinggi 19 tingkat. Kelihatan seakan sudah tidak bernyawa tetapi ia HIDUP! Berginilah keadaan ketika ditemui pada malam itu.





Bangunan apartment 22 tingkat itu dilengkapi dengan pelongsor sampah di setiap tingkat untuk penyewa. Dan seseorang yang tidak berhati perut yang merasakan dia tidak lagi memerlukan anjing itu telah membiarkannya kelaparan, meletakkan ia ke dalam beg sampah dan melemparkan ke bawah pelongsor sampah untuk dibiarkan mati.

Seorang pekerja penyelenggaraan yang membersihkan tong setiap beberapa hari dan pada hari Rabu 16 Mac, itulah mereka menemui anjing malang tersebut. Beg sampah itu bergerak sedikit dan apabila dibuka didapati seekor anjing dalam keadaan menyedihkan, teramat kurus, kesejukkan dan nyawa-nyawa ikan.


The City of Newark Animal Control dihubungi dan ACO Arthur Skinner mengambil anjing tersebut dan membawanya terus kepada Persatuan. Bacaan suhunya terlalu rendah sehingga tidak dapat dibaca pada thermometer. Kakitangan veterinar berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan anjing malang tersebut. Ia sentiasa dilindungi dengan pad pemanas dan selimut.


Selepas itu ia dipindahkan ke Garden State Veterinary Specialists di Tinton Fallsmasa, - sebuah hospital 24 jam. Usaha menyelamat dilakukan bersungguh-sungguh. Andai ia mati pada malam itu, sekurang-kurangnya ia akan tahu semua orang menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya dan ia dirawat dengan lembut dan penuh kasih sayang. Namun ia telah mengagumkan semua orang dengan bertahan terhadap penjagaan kecemasan 24 jam yang diberikan. Dan dia akan terus bertahan. Dia yang diberi nama, Patrick :)


Mari kita ikuti proses penyembuhan Patrick yang luar biasa!

17 March,2011 - Once stabilized, he's moved to GSVS Pet Hospital for continuous intensive care. It is now St. Patrick's Day, and the GSVS staff decide to call him Partick :)


After a few days, he could sit up again
22 March 2011 - bright lights still hurt his eyes

Here he sits among gifts his fans were already sending him



His first poop since being rescued. If there's something coming out, it means his system is working - a major milestone in his recovery















Easter, late April 2011 - six weeks into recovery

October, 2011 - 8 months into recovery


Christmas 2011 - 9 months into his recovery





February 2012 - 11 months into recovery. Patrick and his sister Lily



Memorial Day 2012 - 14 months into recovery

Livin' large..never an empty belly again






Patrick is NOT overweight! This picture is just a zoom lense closeup so it just makes him look a plump..a trick of the lens :p












Moga kamu terus sihat Patrick :)






 ***


Saya tak dapat bayangkan jika dipertemukan dengan keadaan seumpama ini. Doa saya moga kita semua diberi kekuatan untuk menghulurkan bantuan pada haiwan yang memerlukan demi untuk menyelamatkan satu nyawa. Dan moga Allah sentiasa melindungi haiwan-haiwan yang tidak berdosa ini daripada orang-orang yang zalim, amin...

suka?

10comments: