Wednesday, October 10, 2012

Aduhai Awang kasihannya kamu :'(

Share
Assalammualaikum :( 


Sebenarnya saya menyimpan perasaan sedih di sebalik entri entri hepi saya. Awang seekor anjing yang selalu saya bagi makan di tempat kerja telah menghilangkan diri. Dari sebelum saya bercuti hari tu Awang dah menghilangkan diri. Sehingga lah pabila saya balik bercuti dan kembali bekerja Awang masih tak memunculkan diri.


Risau dan tak sedap hati, saya bertanya pada makcik guard tentang Awang. Bila makcik guard mula bercerita dada saya sebak, terbayang-bayang saya wajah ceria Awang sambil menggoyang-goyangkan ekornya tiap kali bertemu saya.


Menurut kata makcik guard, ada dua ekor anjing hitam dah termasuk dalam jerat babi yang dipasang seorang berbangsa india yang selalu memasang perangkap babi di hutan di bawah sana. Pakcik guard yang menjaga bangunan yang berdekatan dengan hutan mendengar salakan anjing selama seminggu sehinggalah salakan anjing tak kedengaran lagi :((


Saya dah terbayang-bayang Awang bersama seekor lagi rakannya yang selalu saya beri makan. Sedihnya hati, tak dapat saya bayangkan macamana mereka menanggung sakit, terbiar dan terperangkap pada jerat tu berhari-hari sehingga akhir nyawa mereka. Setiap kali saya lalu di kawasan hutan tu dada saya sebak bila mengenangkan nyawa Awang melayang di situ.


Namun jauh di sudut hati saya masih mengharapkan Awang kembali muncul seperti biasa. Bila melihatkan makanan Awang ada sebungkus penuh lagi di dalam kereta makin remuk hati saya. Bergenang air mata tiap kali saya teringatkan Awang.


Kehilangan Awang diganti dengan seekor lagi ibu anjing yang membawa dua ekor anaknya bersembunyi di kawasan tempat kerja saya. Setiap kali saya beri makan pada ibu anjing tu pasti saya akan teringatkan Awang. Sehinggalah semalam petang, macam biasa sebelum pulang ke rumah saya akan tinggalkan makanan di tempat persembunyian ibu anjing tu. Dengan tidak semena-mena seekor anjing hitam kurus dan kudung datang menerpa ke arah saya. Terkejut! saya sangkakan anjing tu nak menyerang saya tapi bila dia berada betul-betul di depan saya terus anjing tu mengoyang-goyangkan ekornya. Bila saya perhatikan betul-betul....AWANG!!


"Allahuakbar! Awang......astagfirullah al-azim....Awang...kesiannya kamu. Kamu selamat Awang.... syukur alhamdullilah. Awang...terima kasih ya Allah" saya mencangkung dan menangis semahu-mahunya di situ.


Terkejut sangat sampai sakit dada saya, terkejut dengan keadaan Awang dengan kurusnya dengan kakinya yang dah kudung.

   








video


Saya sempat belikan dua ketul ayam goreng kat kedai depan tu untuk Awang. Laju betul dia makan sampai tercekik-cekik. Lama saya duduk termenung menemankan Awang makan. Sedih mengenangkan nasib dia, bergadai nyawa mencari makan. Kasihan Awang.....Saya tinggalkan Awang petang tu dengan berat hati.


"Doa mummy sentiasa bersama kamu Awang, semoga kamu sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari mala petaka..." 




p/s: tunggu vet bukak pukul 10 nanti saya nak belikan ubat untuk kaki Awang, mohon rakan-rakan doakan Awang cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

suka?

23comments: