Thursday, October 18, 2012

Awang telah kembali

Panggilan dari Cik Marie petang tadi amat mengejutkan saya. Cik Marie bertanya satu khabar berita tentang Awang yang dia sendiri kurang pasti. Cepat-cepat saya buka page MDDB. Tergamam! terkejut! terpempam dengan apa yang saya lihat dan baca.


It is with great sadness that we are announcing that Awang died just now 20 minutes after undergoing amputation. The vet called to say that the blood poisoning and liver damage was to extensive to counter. We really had big hopes for Awang. This tragedy is a big blow to us.




Air mata saya tak berhenti mengalir setelah mengetahui berita kematian Awang. Pedihnya hati hanya tuhan yang tahu. Saya menangis sambil menyentuh gambar Awang yang terpapar di skrin desktop.


'Awang pergi meninggalkan saya....' Mimpi itu...mimpi saya pada malam itu menjadi kenyataan. Mungkin ketika itu Awang terlalu merindui saya. Dan saya pasti, Awang juga tahu saya amat merinduinya.... Mimpi itu seakan nyata, bila terjaga saya terus menangis dan menghantar sms kepada Ivy dan Chika memberitahu tentang mimpi saya. Rupa-rupanya Awang nak saya tahu bahawa dia tak mampu lagi untuk bertahan dan dia akan pergi. Awang nak saya tahu.....


Awang kamu adalah makhluk ciptaan tuhan yang hebat. Kamu dapat menyatukan kami manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Kamu berjuang untuk terus hidup dan enggan mengalah dengan bencana yang menimpa kamu. Namun akur dengan ketentuan-Nya. Kini tiba ajal kamu. Suatu masa nanti, akan tiba masa kami semua. Segalanya telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. 


Bersyukur kerana kamu pergi ketika dikelilingi orang-orang yang sayang dan prihatin akan kamu. Bukan ketika kamu terbiar di jalanan dan tidak dipedulikan.


Mummy sayangkan kamu tetapi Dia menyayangi kamu lebih lagi kerana itu kamu diambil untuk kembali pada-Nya. Jangan takut sayang...kamu kini kembali di sisi pencipta yang satu. Pasti ada hikmahnya, pasti itu yang terbaik buatmu kerana sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui.


Awang hanyalah satu kisah di antara beribu lagi haiwan yang terbiar di luar sana. Masih terlalu banyak haiwan terbiar yang memerlukan perhatian dan sedikit belas ehsan daripada kita. Bantulah mereka semampu kita, jangan dinafikan kewujudan dan pergerakkan mereka di bumi yang kita kongsi bersama.


Moga kita semua tidak mudah putus asa, diberi kekuatan dan sentiasa dibukakan hati untuk membantu mereka yang memerlukan meskipun haiwan apatah lagi sesama manusia.








p/s: terima kasih buat semua kawan-kawan yang bersimpati dan turut terasa kehilangan Awang, terima kasih kerana menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya, saya amat menghargainya..

23 comments:

Naz said...

redha ngn pemergian dia..

UniMeOw said...

cedih....:'(

awang tabah sangat...uhukkk... tp xpe la,,masanya dh tiba...huuuu...

rip awang.....

ery D cat said...

sy tumpang sedih...menangis tgk gmbar dia dan baca entri ni..Tuhan lebih sygkan dia...bersbr yer MM..dia tau kamu sygkan dia dan semua yg terlibat...RIP awang...

NoRHaNa CorNER said...

R.I.P Awang...Lyn sabar byk2 ye

Chika said...

Terima kasih lyn. Terima kasih kerana sedaya upaya membantu awang. Takziah atas kehilangan awang. Awang dah tenang disana. Sgt tinggi harapan kami untuk bersama awang tapi Dia lebih sayangkan awang. Btol kata lyn, masih banyak yg dijalanan yg memerlukan kita. Sama2 kite bantu apa yg terdaya

azrina ahmad said...

be strong ok :'( we all gonna miss her so much.

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
Redha dan bersabarlah....purrr....meow!

Misz Pinkie Winkie said...

rip awang..
dia telah kembali kepada pencipta yg satu..
sabar yerk...:'(

Mijoe said...

macamana KK sayang pada Awang, macam tu la apa yang Awang rasa pada KK, dan jugak semua yg bersusah payah membantu dan mengambil berat terhadap Awang.

Kalau Awang boleh berkata-kata..dah tentu tak terhingga banyaknya ucapan terima kasih dari Awang untuk semua yang telah berusaha menjaga kebajikannya... :(

Cheq Mai said...

Menitik air mata baca kisah Awang.. tambah sayu lagi bila mengetahui yangAwang telah kembali. Allah Maha Mengetahui atas segalanya.. R.I.P. Awang..

Iela Lullaby said...

RIP awang..

Smge kita bjumpe smula di sne..


Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ye, mungkin Awang bagi tanda untuk MM melalui mimpi. Sayangnya, umur dia tak panjang. dia pasti bersyukur sangat sebab akhir2 hayat dia, ada ramai yang membantu

tunfatimah said...

am so sorry for Awang's loss. Sabar ye.....mmg sedih sgt, tp sudah ketentuan dia sampai sini je...U have done yr part n as u said, Awang dh satukan ramai tak kira bangsa.....dh cuba semampu yg bole, cuma umur dia tak panjang. Tapi dia pergi dengan keadaan yg disayangi...n dia sempat jumpa u dlm mimpi...wpun akak tak de sama, tp rasa sedih mmg tak bole nak dicontrol.......redha ye....

yna muhani said...

'Sampai Masa Ku Pergi Jua..Tidak Ku Minta Lahir Kedunia'..
itu lah bait2 lagu utk menggambarkan perasaan Awang,Lyn dah lakukan yg terbaik..begitu juga dgn Ivy,Marie,Chika & Mummy..
Sesungguhnya ALLAH lebih menyanyangi dia..Dia pun SAYANGKAN kita semua...
RIP Awang sygku..'Menyanyangimu dari jauh'

hud aikara said...

ketika membaca entry ini, air mata saya mengalir laju...RIP awang sayang....

Qib Collection & Beauty said...

sedihnya...RIP Awang.. :(

Lara sushi said...

RIP awang... :(

memang sangat sedih sebab dah ikut cerita awang ni apalagi sis..sabar dan tabahkan hati ye..

ctpayong said...

tengok tittle aje kakCT dah xboleh nak tahan airmata.

semoga kisah ini menjadi satu contoh agar lebih ramai lagi di kalangan kita di luar ini punya hati ehsan terhadap haiwan ciptaan Allah, insyaAllah.

=*_*=Phat Cat with Phat Lady said...

Sedihh...sangat2 wlupun x mengikuti kisah awang 100% tp yang pasti, awak dah buat yg terbaik untuk awang dah pastinya awang mendoakan kebaikan untuk awak yg x putus asa membantu dia.

Semoga kisah ini menjadi penguat semangat utk yg lain supaya sedar betapa haiwan2 jalanan juga perlu dibantu.. insyaAllah.. Allah jua Maha Mengetahui & akan membalas kebaikan awak. Amin

maszull said...

assalamualaikum mummy...sedihnya bila baca n3 ni kesian Awang moga dia dapat bersemadi dgn tenang di sana...:(

aby said...

salam mm ..
awal aby telah buat reply tp nampak tk ada ..
kena buat balik ..
wlupun sedih dengan pemergian awang .. tp harus redho dgn setiap ciptaan nya pasti ada berakhirnya ..
semoga mm teruskan kerja2 murni dalam membantu haiwan2 yg terbiar ..

HyRoSSa NeNy said...

Rest In Peace Awang...

mommy... sedih sangat... mase bace ni terus menitis air mate... tapi Dia lebih sayangkan awang...

Simps said...

you are very kind hearted girl.