Monday, October 15, 2012

Berita tentang Awang

Share
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :) 


Berita gembira mengenai Awang!!

Untuk pengetahuan semua, Awang  kini telah berada di Animal Medical Centre (AMC), Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.


Tanpa disangka kisah Awang mendapat perhatian ramai pihak. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Awang. Beberapa rakan animal lover mencadangkan supaya saya mendapatkan pertolongan daripada MDDB (Malaysian Dogs Deserve Better). Dan setelah menghubungi pihak MDDB mereka memberikan kerjasama dan telah mewar-warkan kisah Awang di page mereka dan bersetuju untuk menanggung kos rawatan Awang :))



Setelah kisah Awang diwar-warkan ramai pihak yang tampil ingin menghulurkan bantuan. Kebanyakkannya dari Selangor dan KL. Oleh kerana jauh, lebih ramai yang bersedia memberi bantuan dari segi kewangan. Tapi masalah utama saya sekarang adalah untuk menangkap Awang dan membawanya ke klinik. Buntu bila memikirkan sebab saya tak tahu bagaimana caranya. Sehinggalah seorang gadis bernama Ivy menghubungi saya dan menyatakan kesanggupan beliau untuk datang dari KL untuk membantu menangkap Awang dan seterusnya membawa Awang ke AMC, sebuah klinik panel MDDB di Kuala Lumpur.


Terujanya saya bila dapat panggilan dari Ivy. Macam tak percaya ada yang sanggup bersusah-payah membantu saya dan Awang walaupon tak saling mengenali. Setelah berbincang, Ivy bersetuju untuk datang mengambil Awang pada hari Jumaat (12hb Okt).


Pada malam tu saya tak boleh tidur mengenangkan macam mana lah agaknya keadaan hari esok.
Risau Awang tak muncul, risau macamana nak masukkan Awang dalam sangkar, risau boleh ker Awang bertahan naik kereta jauh-jauh. Eh! macam-macam lah benda yang dirisaukan. Tak putus-putus saya berdoa moga Yang Maha Kuasa permudahkan segala urusan saya untuk esok harinya.


Tapi syukur kepada tuhan, segala dipermudahkan oleh-Nya. Awang muncul tepat pada waktunya. Dengan tak disangka Awang tiba-tiba masuk ke dalam tandas dengan sendirinya jadi mudah untuk mengepung dia. Sangkar yang baru Ivy beli juga muat-muat pintu tandas tu. Bila Awang dah terkepung dalam tandas makin mudah untuk kami mendorong Awang masuk ke dalam sangkar tu. Syukur sangat sangat! segala urusan menjadi mudah :)




me, Awang n Ivy
million thanks to you Ivy....ur an angel!!





Masa tengok Awang dalam sangkar ni saya dah tak tahan lagi, sedih sangat sangat...hilang rasa malu, saya menangis teresak-esak di situ. Sebenarnya saya gembira sebab Awang dapat diselamatkan dan bakal mendapat rawatan yang sepatutnya cuma saya sedih bila mengenangkan akan berpisah dengan Awang. Tapi saya tahu Awang berada di tempat yang selamat, dan ini semua dilakukan untuk kebaikkan Awang.





Gambar pertama yang Ivy hantar kepada saya setelah sampai di AMC. Mulut Awang diikat sebagai langkah berjaga-jaga kerana Awang adalah anjing liar, bimbang dia menyerang andai terasa dirinya terancam.




Tapi setelah Awang faham semua orang sebenarnya nak menolong dia Awang semakin tenang dan takut lagi :) 




Ini pula gambar yang dihantar oleh Cik Marie. Cik Marie, Chika dan Ruby datang ke AMC untuk melawat Awang di sana. Terima kasih kawan-kawan :)

Untuk pengetahuan semua, Awang akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar mami Ana Lewis setelah Awang sihat nanti. Berita yang amat menggembirakan saya kerana saya tahu saya tak perlu berpisah selamanya dengan Awang. Saya boleh datang melawat Awang bila-bila masa kan mami?? heheee....





Saya sempat ber-video call dengan Awang :))
terima kasih Chika dan Cik Marie kerana merealisasikan permintaan saya hihih...




Menurut kata Vet, keadaan Awang semakin baik. Awang berselera makan walaupon mengalami septisemia. Menurut kata Vet lagi, Awang telah membebaskan dirinya yang terperangkap pada jerat babi itu dengan menarik kakinya sehingga terpatah dua.





Jika Awang tidak melakukannya tentu Awang telah mati kebuluran dan akibat septicemia. Awang anjing yang hebat!  Awang mempunyai semangat yang kuat untuk terus hidup.




Awang telah dijadualkan untuk pembedahan dan kepada sesiapa yang ingin menyumbang dana untuk kos rawatan Awang bolehlah berbuat demikian menerusi Animal Medical Centre Sdn Bhd, Maybank Account No. 514075606748 (special bank account for MDDB). Segala sumbangan daripada rakan-rakan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.


Saya ambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan TERIMA KASIH kepada MDDB kerana sudi bekerjasama mendapatkan bantuan untuk Awang. TERIMA KASIH kepada IVY KUAN yang sanggup bersusah-payah datang dari jauh untuk membantu Awang. TERIMA KASIH kepada MAMI ANA LEWIS kerana sudi menjadikan Awang sebahagian daripada keluarganya. Dan TERIMA KASIH juga kepada semua rakan-rakan yang mendoakan Awang. Tanpa anda semua, saya tak mampu untuk melakukannya seorang diri. TERIMA KASIH sekali lagi kerana membantu saya untuk membantu Awang. Saya tak mampu membalas semua kebaikkan dan pertolongan yang diberikan. Semoga Yang Maha Kuasa memberkati anda semua yang berhati mulia.


TERIMA KASIH!!

suka?

16comments: