Sunday, October 21, 2012

Rutin harian menjadi terapi

Assalammualaikum 


Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih buat teman-teman yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada saya. Terima kasih banyak-banyak. Saya amat menghargainya. Sedikit sebanyak kata-kata semangat itu menjadi penguat untuk diri saya. Terima kasih.


Patah tumbuh, hilang berganti. Tapi pada saya yang pergi tetap pergi takkan ada pengganti. Kehilangan kali ni amat terkesan sekali buat diri saya. Bukan enggan menerima takdir cuma perasaan rindu saya padanya semakin menebal.


Mungkin kerana saya meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk melihat Awang sembuh maka kepergian Awang membuatkan saya seperti hilang punca. Walaupon mengelakkan diri melihat gambar-gambar Awang ia tetap tak menghalang saya dari terus mengingatinya. Dan perasaan itu amat pedih!


Kewujudan anak-anak berkaki empat yang lainnya menuntut saya untuk terus memberi perhatian dan meneruskan rutin harian sedikit sebanyak dapat menyedarkan saya dari terus hanyut dalam kesedihan. Yer, hidup perlu diteruskan. Kerana dugaan itu pasti akan datang, suka atau tidak kita harus melaluinya.




*****



MERAH




Ini gambar Merah yang terkini. Dari 9kg berat Merah kini hanya tinggal 4++kg. Merah ada masalah gusi jadi Merah tak boleh makan makanan keras. Merah hanya boleh makan makanan yang diblender. Jadi saya akan blender kibbles dicampurkan dengan wetfood dan dibancuh air cair-cair. Merah akan makan dengan menjilat makanannya. Menurut Vet keadaan ini biasa berlaku pada kucing yang berusia. Tapi tak semua kucing akan mengalami masalah yang sama. Macam si Bulat, ibu kepada Merah masih steady lagi, alhamdulillah Bulat tak banyak masalah kesihatan.




GEGIRL



Si Gegirl pulak berak-berak cair. Mungkin disebabkan saya tukar makanan mereka. Stok blackwood dah habis sementara nak tunggu stok sampai saya belikan kibbles yang lain. Oneng pon berak-berak cair jugak tapi tak teruk macam si Gegirl ni. Kesian dia...harap-harap cepat lah stok Blackwood tu sampai...




MAMOLLY




MaMolly baru lepas dikembiri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Patutnya kena kurung tapi si Molly ni tak suka dikurung asik mengamuk dalam cage. Bila dilepas asik lah memanjat tingkap nak keluar haihh...pening kepala dibuatnya. Degil betul budak sekor nih, berjalan mengigil-gigil pon masih degil.




Harap lukanya cepat sembuh walaupun budak Molly ni lasak..



Kesibukkan melaksanakan rutin harian dalam menjaga bebudak jebon ni seakan menjadi terapi kepada kesedihan saya. Tapi bila teringat tuu...bergenang jugak air mata.

Memori bersamanya akan tersimpan kemas dalam ingatan saya. Sentiasa....

8 comments:

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww ni buat kita sedih jugak citer macam ni. purrr....meow!

azrina ahmad said...

be strong ok

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

patah tumbuh hilang berganti, tapi jangan dilupa walau sekali.. ewah. mamolly, jgn lasak2, terbukak jahitan tu nanti lagi sakit

HyRoSSa NeNy said...

mummy... be strong k...

u noe wut... when our tyme comes.. pasti... awang adelah antara yg menarik tangan mommy untuk ke syurga... ^_^

tunfatimah said...

Sabar ye.....mmg dh lumrah kehidupan, semua yg hidup akan pergi....
Mudah2an akan lebih kuat n tabah

saya said...

alahaiii...mmg susah hati kalo budak2 tu sakit. serba tak kena rasanya. saya pon susah hati kalo budak2 saya tu sakit. pasal awang...sabarlah. saya pon turut sedih juga. biarlah dia pergi dengan selesa. Yang pergi kita ingati, yang ada kita sayangi....

ctpayong said...

assalamualaikum

if you're somewhere in JB, kakCT boleh tunjukkan kedai yg bnyk stok b/wd. worst come ti worst, kakCT boleh minta uncle kedai tu simpankan.

kucing ni pon mcm baby jugak...tukar mknan je mesti cirit birit kan.

maszull said...

assalamualaikum mummy...kesian nyer tengok gambo semuanya tu nampak sedih jer...;)