Tuesday, November 27, 2012

Ngompol (kencing malam)

Assalammualaikum :)


Bangun subuh tadi terdengar seperti orang mencuci sesuatu dari luar. Intai dari tingkap saya nampak abah sedang mencuci tikar buluh. Hmmm....seperti ada sesuatu yang tak kena. Saya bermonolog sendiri sambil menggaru kepala yang tak gatal.


Masa salam mak sebelum nak pergi kerja tu tanya la kat mak "Mak apa jadik dengan tikar buluh mak yang kat dapur tu..? Mak pon menjeling sambil berkata "Si Momon kencing kannn.. Abah yang bangun dulu dia nampak jadi dia pon basuh la.."


Tergelak saya dengar jawapan mak hehe... Mak kata memula mak dah nampak Momon tidur atas kerusi kat dapur malam tu, ingat nak keluarkan tapi sebab tengok si Momon tengah sedap tidur mak tak sampai hati nak kejutkan. Rupanya pepagi buta si Momon pulak yang bagi kejutan kat mak huhuu... Tak pandai balas budi betol budak Momon ni taw!







Tapi sebenarnya Momon memang tak pernah buat hal. Daripada kecik dia tak pernah melepas kat dalam rumah. Mungkin sebab malam tadi hujan cuaca sejuk, Momon pulak terkurung nak kejutkan orang, orang semua tidur dalam bilik. Dah tak tahan sangat agaknya maka dia pon melepas atas tikar pastu dengan selamba pegi sambung tidur balik huhuu...Mon...Mon...mujur kamu dapat mak abah yang baik hati (bodek sikit) :p

5 comments:

maszull said...

assalamualaikum mummy...hehehehe kelakar jer kan..;)

ctpayong said...

sorrylah mommy. janji momom xbuat lagi.

m4rilyn said...

bukan atuk n nenek?

Kak Lia said...

hahaha...jgn ajo adik2 lain ngompolll tauuuu

Mijoe said...

Mon ! pakai pampers la lepas ni...:p