Friday, November 23, 2012

NuffnangX

Share
Assalammualaikum :)


Haaa....korang tahu tak apa itu NuffnangX? Keee...korang sume dah tahu, saya jer yang tertinggal  O_o


Sebenarnya dah lama terpandang perkataan NuffnangX tapi buat tak tahu jer, e-mail pon ada dapat tapi malas nak ambil tahu hihuu..buruk betol perangai.


Ok lah ni nak bagitahu pada yang belom tahu, apakemendenya NuffnangX ini? Sebenarnya NuffnangX adalah application yang membolehkan kita berblog-reading atau membaca blog kegemaran pada smartphone tanpa perlu menunggu loading blog yang lama akibat daripada layout sesebuah blog itu terlalu berat. Contoh macam blog meowwmania ni lah... blog bapak berat segala gadget nak diletak... sama naik la berat dengan tuan blog dia ngeee..


Jadi NuffnangX ni macam dashboard kat smartphone kita lah. Ala ala macam Instagram atau Twitter jugak, dengan mudah kita dapat melihat entri-entri terkini blog-blog yang kita follow. Ngertik ibu ibu dan bapak bapak sekalian??


Kalau udah ngertik bagus yaa....kalau masih ngak ngertik ngertik lagi. Ibu ibu dan bapak bapak sekalian boleh lah menonton video NuffnangX di bawah ini yaa...




klik jangan males! 


Ok sekarang dah faham, langkah seterusnya korang perlu muat turun NuffnangX pada smartphone korang. Applikasi ini adalah untuk semua pengguna Apple dan Android. Free sajerk...


lepas selesai download ikon seperti ini akan muncul


Seterusnya dengan menggunakan komputer, layarilah NuffnangX.com untuk mendaftarkan diri.
Tip: kalau korang dah ada akaun Nuffnang, korang boleh terus daftar masuk dengan e-mel dan kata laluan yang sama!




Sila ikut arahan yang diberikan dan setelah berjaya mendaftar masuk, pada gambar profil korang kat bahagian kiri atas tu klik “claim your blog.



Lepas tu korang hanya perlu taip nama blog korang dan mengesahkannya mengikut arahan seperti yang ditunjukkan di rajah bawah ini.




Kod yang diberikan seperti langkah ketiga di bawah perlu disalin dan ditampalkan di bahagian “add a gadget” di halaman “layout settings” blog korang. Cuma klik “add HTML/Java Script” dan tampalkan kod tersebut sebelum meneruskan ke langkah terakhir pendaftaran NuffnangX!





Setelah, selesai membuat pendaftaran, sila ikut semua blog kegemaran korang di NuffnangX hanya dengan satu klik! Seterusnya, layari blog mereka dan cari logo NuffnangX. Dengan satu klik sahaja, blog mereka akan segera disenaraikan sebagai ‘Favourite‘ korang! Cool kan? ;)

So lepas ni bila korang menggunakan aplikasi NuffnangX, semua blog yang korang follow akan dipaparkan mengikut turutan entri terkini.




Contoh paparan dari smartphone



Oleh itu tunggu apa lagi Nuffnangers? Jom muat turun aplikasi NuffnangX sekarang!



suka?

2comments: