Friday, November 16, 2012

Untuk GAZA

Share
Assalammualaikum w.b.t


Hari Jumaat pertama di tahun baru 1434 Hijrah. Syukur alhamdulillah kita masih dapat hidup aman dan selesa di bumi Malaysia. Semoga negara kita akan dapat terus mengekalkan keamanannya, Insya'Allah.


Saya terpanggil untuk berkongsi status-status tentang apa yang berlaku pada rakyat di Palestin dari page IKRAM Siswa Universiti Teknologi Malaysia. Di bumi Gaza kini, saudara kita sedang berhadapan dengan musuh, bertarung dengan maut, demi mempertahankan akidah. Sedih dan sayu hati melihat saudara seislam kita ditindas di sana. Betapa beruntungnya kita hidup di bumi Malaysia ini.





Ayuh kawan-kawan kita titipkan doa untuk keselamatan rakyat Gaza dan kehancuran Zionis laknatullah. Bacakan Qunut Nazilah untuk saudara-saudara kita di sana...


*klik untuk bacaan yg lebih jelas


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher 
musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada 
kejahatan-kejahatan mereka 
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa 
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah 
Ya Allah 
Ya Allah 
Ya Allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka 
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka 
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin.....





KECAMAN BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM!!


مَن لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْر المُسلمين فَلَيْسَ مِنْهم

Kecaman dari  Nabi S.A.W sendiri;

Maksudnya: Sabda Rasulullah SAW :  

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia sebahagian daripada mereka"
Riwayat Thabarani di dalam ( المعجم الأوسط ) dan Hakim di dalam ( المستدرك ) daripada Huzaifah r.a.


BUKANLAH DIA SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA (ORANG ISLAM!)



Bahkan di dalam buku Fiqul Awlawiyyat (fiqh keutamaan), Yusuf Qardhawi menerangkan bahawa prioriti menyelamatkan nyawa dan membantu umat Islam yang tertindas, mahupun dilanda bencana di seluruh dunia (dalam kes ini, rakyat Palestin) melebihi dari keutamaan mengerjakan ibadah haji. ini disokong dalil dari Al-Qur'an;

سُوۡرَةُ التّوبَة
۞ أَجَعَلۡتُمۡ سِقَايَةَ ٱلۡحَآجِّ وَعِمَارَةَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ كَمَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَجَـٰهَدَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ لَا يَسۡتَوُ ۥنَ عِندَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (١٩) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَـٰهَدُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٢٠)

Maksudnya: Surah Al-Tawba

" Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim. (19) (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (20) "


***



Ketika membaca status rakan-rakan di FB, saya gembira kerana ramai yang prihatin tentang apa yang sedang berlaku di bumi Palestin. Antara status yang menarik perhatian saya adalah :


"You don't have to be a Muslim to care and aware about the plights of the Palestinians. You just need to be a human"



suka?

2comments: