Monday, December 3, 2012

Jejebon bawak geng

Share
Aduiii...sakitnya kepala.

Hari ni serba tak kena, ada jer mende yang menggeramkan hati nurani huhuu... PC kat ofis rosak, mujur bawak laptop tapi payah nak print pulak. Kena transfer kat pendrive pastu pegi menumpang kat orang sebelah. Pastu kunci kereta pulak hilang. Dah macam orang gila mencarik, satu ofis dok tawap. Last-last jumpa dalam beg laptop..haron betol!


Lunch time balik rumah tengok tengok jejebon kecik 6 hekor yang duduk dalam rumah semua kat luar. Ah sudah! 




Si Omot yang tak reti menggunakan cat flap menunjukkan ke-terer-an-nya dengan keluar masuk melalui cat flap tersebut. Perati cat flap tu lelama. Hmmm...macam ada yang tak kena. Lah! mana pintunya? dah gondol!! patut laaa.....



Patah seribu hatiku....bila mengenangkan segala yang kita bina bersamaaa.....(tetiba lagu Shila Amzah berkumandang)


hapeeee lah korang nih.....ngape lah ganas benor?? suka nak menjahanamkan rete bende kat dalam rumah ni, dah puas lah hati korang kannn..?? arghhhhhh..................




bila cat flap tu dah hilang pintunya maka stray yang kat belakang rumah tu pon sesuka hati ler keluar masuk dari cat flap gondol ittew...masuk makan, keluar, masuk balik golek-golek kat dalam pastu keluar, masuk, keluar, masuk... pengsan! (yg pengsan tu saya)



dorang siap main kejar-kejar lagi dalam rumah uwaaa....entah apa lah kabonya bila balik rumah petang nanti uwaaaaaa...jejebon bawak geng uwaaaaaaaa................................

suka?

14comments: