Tuesday, December 4, 2012

Mel Omel Omel

Assalammualaikum :)


Hari ni mummy hepiiiiii sangat! Walopon semalam macam nak patah pinggang dikejekan jejebon kat rumah tu tapi syukur ada kegembiraan disebalik semua tu.


Sebenarnya si Omel sakit. Sakit tetiba jer...hari ahad petang tu mummy rebuskan dada ayam untuk jejebon semua. Lepas makan lepaskan lah dorang semua bermain kat luar. Bila malam tu perasan si Omel duduk kat balik langsir. Bila bangun pagi Omel masih kat situ dengan posisi yang sama, tak berubah langsung!


Dah agak mesti ada yang tak kena, bila tengok tu bulu Omel dah kembang semacam, pegang kepala pon rasa panas. Saya agak mesti Omel keracunan sebab petang tu takde tanda-tanda dia sakit, bukan main berselera lagi Omel makan ayam rebus. Mungkin masa main kat luar tu Omel termakan rumput yang diracun tak pon dia termakan serangga yang beracun.


Cari cari dalam peti sejuk mujur pil charcoal ada lagi tapi wetfood habis pulak yang ada a/d sahaja...ah! boleh lah dah terdesak. Saya pon hancurkan separuh pil charcoal tu untuk dicampur dengan a/d dan sedikit air dan saya suapkan Omel makan. Kat ofis tu hati saya tak tenteram, bila teringatkan Omel saya berdoa banyak-banyak. Petang balik kerja sekali lagi saya bagi dia makan. Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara pada Omel. Omel dah nampak segar dan dia mula nak makan sendiri.




Lepas makan Omel mula menjilat-jilat badan membersihkan diri, tanda-tanda dia dah sihat. Kucing kalau sakit dia memang taknak bersihkan badan sendiri.





Syukur sangat! Saya teringat kata-kata mak, ketika itu saya sedang terlalu sedih kerana Teteh sakit. Walaupon dah bawa ke Vet, masih tak nampak perubahan pada Teteh. Saya terus menangis dan menyalahkan diri sebab lambat perasan Si Teteh sakit.


Dan pada ketika itulah mak menasihatkan saya, mak kata kalau dah ditakdirkan umurnya masih panjang ubat yang dimakan pasti akan menjadi penawar cuma cepat atau lambat sahaja. Tapi andai ditakdir ajalnya dah sampai segala ubat yang diberi takkan menampakkan kesan sebab yang menyembuhkan bukan ubat tetapi Dia Yang Maha Kuasa. Mencari ubat dan penawar itu adalah ikhtiar kita. Tuhan suka kita mintak tolong pada Dia tapi sebelum tu kita kenalah ikhtiar dan selepas itu berdoa. Apa saja keputusannya maka itulah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui. Kalau kita boleh fikir macam tu tentu kita akan redha dengan setiap apa yang telah ditentukan untuk kita. Dan kompem dan pastilah setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya *senyum*  Eh! melalut-lalut pulak saya nih ihihihi...maklum lah tengah emosi hikhik...





Ok berbalik pada cerita si budak Omel ni. Pagi tadi pon tengok Omel macam dah sihat sangat! Krup krap krup krap dia makan kibbles hehe..sonok sangat. Cuma mata belah kiri tu berair, mata Omel ni memang sensitif sikit. Kerap berair, bila letak ubat baik nanti selang seminggu dua berair lagi. Tak tau la kenapa.


Kalau masih ingat, dulu masa Omel kecik dia lah yang paling kronik sekali sakit mata. Antara empat beradik dia yang paling lambat baik.


Omel masa kecik.

comot sebab sakit mata.

Sampai dah besar ni lah mata Si Omel problem. Harap-harap tak serius lah.

Kecian Omel cayang mummy coyang ni....cayang dia muahh muahh!!

7 comments:

Iela Lullaby said...

Aunty pn cyg Omel jgk..muah2..

Mge ank2 bulus Mummy sntiasa sihat2 ye..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

muka Omel masa kecik dah macam org tua, dah besar amboi hensem nya ! Pil charcoal tu utk apa ye MM?

ery D cat said...

cpt betul membesar anak2 bulus yer...hr tu rs mcm mereka2 ni kecik2 je lg...alhamdulillh semuanya baik2 shj...:)

Misz Pinkie Winkie said...

cyggg jugak kat omel..muahhhh juta2 kali

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

its good kalu mommy buat blood test si omel sbb ciri2 itu spt. ada virus FIP. kalau early detect, vet boleh advice what is the best for omel. ini pengalaman dari kes cikTam.

usaha itu ikhtiar yg lebihnya tawakkal.

insya Allah.

Lara sushi said...

sangat takuttt kalau tengok anak2 bulus diam je..moga omel terus sembuhhh..aamiinnn

linda said...

Slm... charcoal pill tu bole beli kt mana ye?