Thursday, May 31, 2012

Kurang asam takpe jangan kuang hasam!!

Share










apsal anak-anak haku ni kuang hasam kuang hasam belaka?!! 
>,<

suka?

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday : Puteh

Share

muka dah macam penyamon huhh!

suka?

Wordless Wednesday : Oneng mamam

Share
video



mummy sukeh =D

suka?

Tuesday, May 29, 2012

Jangkitan kuman yang menyebabkan kucing berak berdarah.

Share
Assalammualaikum.



Kehilangan Oteh dan Oneng yang masih dalam proses penyembuhan memberi satu pengajaran yang berharga buat saya dan ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan semua.




Empat beradik ni memang dari kecil dulu macam tak berapa sihat kalau sakit tu empat-empat ekor sekali sakit, badan memasing pon kurus memanjang jer risau betul. Kejadian baru ni demam berjangkit dari si Omot ke Omel dan berakhir dengan Oneng dan Oteh. Alhamdulillah si Omel dan Omot sembuh. Si Oteh dan Oneng sebaliknya melarat daripada demam, muntah dan kemudian berak cair bercampur darah.


Menurut kata Vet berak bercampur darah ni selalunya terjadi pada anak kucing yang berumur 6 bulan ke bawah. Kucing dewasa jarang kena sebab dah imun. Bermula dengan berak cair kemudian najisnya bercampur darah. Paling teruk usus anak kucing boleh jadik transparent dan nipis sebab kuman tu akan musnahkan dinding usus sebab tulah ada darah pada najis kucing kerana berlaku pendarahan dalam usus. Badan akan mula kurus sebab hilang selera makan, dehydrated dan boleh menyebabkan kematian.


Penyebabnya berpunca daripada jangkitan kuman yang hidup dalam usus anak kucing. Jangkitan tu biasanya daripada najis si ibu. Tapi yang peliknya bebudak nonet ni dah lama terpisah dari ibunya jadi camana dia dapat jangkitan tu ekk...hurmm mungkin sebab ada jejebon yang menumpang poo kat litter tray bebudak nonet kot. Tapi kata Vet penyakit ni juga boleh disebabkan oleh makanan yg telah dicemari oleh lipas atau lalat. Kerana lipas dan lalat ni boleh menjadi pembawa kepada penyakit tersebut .


Yelah kengkadang makanan dlm bowl dorang tu kan sentiasa ada jadi mungkin cik lalat atau cik lipas dah hinggap kat situ kan. So mungkin salah satu tulah puncanya. Jadi lepas ni memang TAK BOLEH sentiasa ada makanan kat dlm bowl dan bebudak jebon juga DILARANG KERAS untuk menggunakan litter tray bebudak nonet.


budak ni dah semakin pulih, alhamdulillah....




p/s: terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang bermurah hati berdoa untuk 'anak-anak' saya dan turut berkongsi kesedihan dan memberi kata-kata semangat untuk saya. semoga perkongsian ini mendapat manfaatnya buat rakan-rakan semua. Salam kasih sayang dari saya untuk semua ^_^

suka?

Monday, May 28, 2012

Oteh dah tiada. Oneng masih bertahan..

Share







insya'Allah sayang.....


semalam pagi masa bagi Oteh makan saya perasan badan Oteh sejuk sangat. tengahari tu Oteh terbaring lesu tak bermaya. bila saya panggil namanya Oteh cuma menggerak-gerakkan mata. saya cakap pada Oteh.. "Oteh nak pergi, pergi la sayang...mummy sayang Oteh sangat-sangat" kata saya sambil mengusap Oteh. Saya bacakan Al-Fatihah tiga kali dan saya hembuskan pada Oteh, "semoga dipermudahkan untuk kamu sayang..sesungguhkan kamu suci dan tiada dosa"doa saya untuk Oteh kerana saya tahu masa Oteh sudah hampir tiba.


Dalam pukul 3 lebih hampir ke pukul 4 petang tu saya lihat Oteh masih terbaring di situ. saya sentuh Oteh dan ketika itu saya sedar Oteh baru saja pergi..inna lillahi wa inna ilayhi raji'un... Saya panggil mak. Air mata kami mengalir bersama. Mak di sisi menenangkan saya, abah membantu saya menguburkan Oteh.  Oteh pergi dalam keadaan tenang, tiada tanda dia kesakitan dan Oteh pergi dalam keadaan bersih tanpa sebarang kotoran. Oteh kelihatan tenang seperti sedang lena tidur, syukur alhamdulillah....




:: gambar terakhir Oteh dalam simpanan saya ::





Selamat tinggal sayang, semoga kamu tenang di sana.


suka?

Friday, May 25, 2012

Mohon doa rakan-rakan untuk Oneng dan Oteh saya

Share





suka?

Thursday, May 24, 2012

Kesian Momon hikhik...

Share











ala Mon jangan sedey...tapi kan walopon Mon juling,
Mon seiras dengan sorang bollywood celebrity taw



eh tak lah...
nak tahu sape..cer tengok nih




|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V









huakakakakkaakkakakaa....

suka?

Wednesday, May 23, 2012

Jaga kamu yer ibuBulat !!

Share







suka?

Wordless Wednesday : Mia & Maklong

Share

suka?

Tuesday, May 22, 2012

Spaghetti & Sambal Udang

Share
Assalammualaikum.


Mak saya kan tiap kali ada orang datang rumah mesti mak akan cakap "alahh dapur lynn tu buat hiasan jer.." Jadi saya nak BUKTIkan pada mak saya dan pada saudara-mara dan sahabat handai yang telah datang ke rumah saya bahawasanya dapur saya itu bukan hanya sekadar perhiasan semata! Dengan ini saya dengan rasminya akan mengasapkan dapur saya dengan bahan-bahan berikut :





dan bahan-bahan tersebut akan menjadiii....


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



TADAAA!!!!




Spaghetti Carbonara Mushroom yang maha pedas!



Sila scrool balik gambar bahan-bahan di atas dan kira berapa jumlah CILI PADI KAMPUNG yang telah saya humban ke dalam spaghetti tersebut. Kesian pada resepi spaghetti yang telah dipesongkan demi untuk memenuhi selera tekak saya. Biasanya orang guna lada sulah tapi saya lebih suka guna cili padi kampung yang gemok-gemok pendek nih, tahap kepedasannya sangat memikat selera saya. Sampai meleleh segala air mata air hidung barulah puas hati!


Tu makan dalam mangkuk kecik diet lah konon tapi makan bertambah, dua mangkuk jugak saya bedal. Diet lah sangat kann.... Saya sebenarnya taknak lah riak atau takabbur TAPI Spaghetti Carbonara Mushroom yang saya buat ni memang mabeles! Tak caye tanya saya hakhak...


Makanya saya tak lah datang makan kat rumah mak tapi bila petang tu mak tanya saya "taknak makan nasik ke?" "taknak lah dah kenyang makan spaghetti" kata saya dengan eksennya. Mak cakap "mak masak sambal udang tadi.." Gulp! Sambal udang?? Saya teringat spaghetti tadi ada lagi cuma kuahnya dah habis jadi saya ambik lah sambal udang mak saya tadi untuk di makan bersama spaghetti. Perghhh!! Sedap gilos spaghetti ni makan dgn sambal udang! Kalah carbonara mushroom saya tadik kahkah...Tulah lenkali jangan nak riak nak takabbur sangat. Mana boleh nak lawan dengan masakan air tangan mak sendiri kann


Keesokkan harinya semangat nak memasak tu masih menyala. Saya dah berkira-kira nak masak cili padi ayam. Lepas kemas rumah dan mandikan jejebon saya nak ke kedai membeli ayam tetiba saya nampak mak sedang menyiang ketam kat luar dapur. Maka berkuburlah niat suci murni saya tadi dan saya terpaksa akur bahawa dapur saya tu hanyalah hiasan yang entah bila akan berasap lagi ahaks! Kalau saya masak tak sedap sila salahkan mak saya sebab mak saya tak memberi dorongan dan semangat yang sepatutnya untuk saya rajin memasak muahahaha..


Tapi sebenarnya saya faham. Mak tu saje jer dok perli-perli saya tapi bila saya tak datang makan dia akan sibuk bertanya pulak. Saya sendiri sebagai mummy kepada patblas hekor jebon rasanya saya faham perasaan seorang ibu.. takut anaknya tak makan, takut anaknya lapar...WALOPON anaknya dah tua bangka. Tua bangka okeh bukan tua kerepot. Camtulah kalau dah namanya EMAK kan...


Oleh itu sayangilah dan hargailah kedua orang tua kita selagi ada hayat mereka atau kita. Tak terbalas rasanya segala pengorbanan yang mereka lakukan demi untuk menjaga dan membesarkan kita. Saya sayang mak saya hikhik!


Salam Rejab untuk semua. Moga Allah memberi keberkatan dan rahmatnya kepada kita sepanjang bulan Rejab dan Sya'ban dan semoga Allah memberi kesempatan kepada kita untuk berada dalam bulan Ramadhan mendatang. Salam kasih sayang juga untuk semua ^_^

suka?

Friday, May 18, 2012

Acah mak enon :D

Share








Omel baik Omot pulak demam pastu jangkit kat Oneng. So sekarang ni bagi ubat demam sorang sikit kat budak berempat ni. Bebudak ni suka tidur bergumpal, dahh.. berjangkit demamnya. Cepat sembuh yer sayang sayang sume!!

suka?

Wednesday, May 16, 2012

Momon naik angin

Share
Assalammualaikum w.b.t




video


Momon memang belum ngam dengan bebudak empat 'O' (Oneng, Oteh, Omot, Omel). Kalau dia masuk bilik memang dia sorang jelah yang conquer bilik tuh orang lain kem salam lah nak lepak sesama.


masa Momon masuk dalam bilik ni si Oteh curik masuk sekali, saya tak perasan. tetiba dengar budak Momon ni dok hissing hissing.. sekali tengok rupanya ada si Oteh. apa lagi naik hangin lah si Momon...dok growling hissing bagai.


bila kite marah siap palingkan muka lagi tanda protes...kuang asam tak? kuang asam tak?? kuang asam kann...


kuang..kuang..kuanggg :D

suka?

Wordless Wednesday : Neng Ngo Neng

Share

suka?

Tuesday, May 15, 2012

Momon kena sumpah!

Share





si Tanggang tu anak yang derhaka dengan ibu dia sampai ibu dia sumpah si Tanggang tu jadik batu! haaa...kamu degil degil ni tanak dengar cakap mummy kang mummy sumpah kamu! nak??!






mummy nak sumpah kamu jadik macam budak punk yang rambut dia berkaler-kali tuh!



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V














momon jadik budak punk! :D








tak pon mummy sumpah kamu jadik gemok!


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V









momon gemok!! :D








tapi lagi best kalau mummy sumpah mon jadik juling!


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V












momon juling!! 
huakakakakakakakakkakakakaaaa.........







suka?

Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu, MAK!!

Share
Assalammualaikum.



13hb Mei 2012 Hari Ibu. Ada yang kata sambutan Hari Ibu ni haram entah lah bagi saya apa-apa pon yang kita buat yang penting niat kita. Dengan adanya Hari Ibu ni bagi saya dapat lah kita buat sesuatu yang istimewa untuk ibu kita kan..nak belanja makan ke, nak beli kek ke, nak buat surprise apa-apa ke kann. Memang hari-hari pon kita sayang ibu kita tapi bukan hari-hari kita dapat buat sesuatu yang istimewa untuk menghargai ibu kita. Jadi saya sambut Hari Ibu ni adalah semata-mata untuk menggembirakan ibu saya.


Sambutan Hari Ibu kali ni macam biasa saya tak bagi mak masak. Saya cakap "mak hari ni tak yah masak sebab orang nak masak!" huahua..takde maknanyeee... Sebenarnya saya bawa mak makan-makan kat luar jer. Kebetulan beberapa hari sebelum tu mak ada suarakan nak makan asam pedas ikan sungai. Jadi senang lah tak yah pening pening pikir nak bawak mak makan kat mana. Jadinya semalam saya bawak mak, abah dan adik-adik semua makan asam pedas kat Selera Best Istana.




Restaurant ni agak femes jugak lah kat Kluang.....terkenal dengan masakan asam pedas ikan sungai dari Empangan Semberong. Lokasinya tak jauh dari tol Ayer Hitam sebelum sampai Zen Xin, ladang buah naga. nak pegi sini kena pegi awal kalau lambat memang ambil bau jelah.



bagi penggemar ikan sungai dan asam pedas memang wajib datang kat sini. Asam pedasnya cukup pedas, cukup masam, cukup garam memang mabeles lah! Ikan yang dimasak sangat fresh dan dimasak sempurna tak berbau. Sebab abah saya ni sebenarnya tak makan ikan sungai tapi kat sini beliau boleh makan.




Bukan asam pedas jer ikan masak lemak cili api pon ada. Sayur tak banyak biasanya urap, pecel dan ulam-ulaman sahaja. Tapi disebabkan kesedapan asam pedas tu makan gitu saja dah sedap tak payah nak bersayur-sayur bagai. Ikan goreng dia pon sedap, manis! mungkin sebab ikan fresh kan...perghhh meleleh air liur rasa, padahal baru semalam mencekik huhuu...


Dah la takmo citer pasal asam pedas lagi kesian kot kot ada mak buyung yang baca ni wat dosa jer kalau dorang kepingin heheeee....



Kek Hari Ibu.
malamnya pulak adik beli kek dan domino pizza
jadi diet terpaksa lah diabaikan pada hari itu ngeee~


***


Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu(tak kira masih hidup atau telah tiada) " nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"



Doa ini untuk orang tua yang masih hidup:

'Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..."



Untuk yang sudah meninggal dunia:


"Ya Allah Ya Tuhan ku, ampuni lah segala dosa-dosa orang tuaku, tempatkanlah ibuku / bapaku di tempat orang-orang yang beriman.





mak bersama budak tombam rambut terpacak =D




Selamat Hari Ibu, mak!
orang sayaaaaanggggggg mak!!

suka?