Tuesday, July 31, 2012

Anugerah Ramadhan

Assalammualaikum.


Pagi tadi macam biasa sampai sampai ofis terus bagi makan kat Awang dan beberapa ekor kucing terbiar yang menetap kat sini. Tengah-tengah bagi makan tetiba perasan macam ada tikus melintas sembunyik kat balik pintu. Melompat jugak lah sebab terperanjat!


Sambil sambil temankan bebudak ni makan sambil sambil menjeling kat pintu tadi, kang kalau tikus tu tetiba keluar harus saya pengsan huhuu...


Tengah mencangkung tu perasan macam ada mende hitam dok jengah-jengah saya dari balik pintu tu.."eh! tikus ni nak main cak cak lak dia.." dalam hati berkata sambil angkat kain bersedia nak bukak langkah seribu. Sekali saya pandang betul-betul... 


"eh! anak kucing lahh!!
bila kamu sampai ni..? naik apa??
mana ibu kamu? tak takut ke jalan sensorang ni..."

meoww.....

"ihh..ihhh...kesiann....." membebel sensorang



hurmmm....mesti ada orang baru buang ni haihh! kecik sangat lagi rasanya sama usia macam saya memula jumpa bebudak nonet dulu. matanya sepet bertahi mata hampir tak boleh bukak. saya cuba datang dekat tapi anak kucing tu terus lari sembunyik kat balik pintu. saya tinggalkan makanan dan air kat situ dan terus pergi jumpa makcik guard.


saya bagitau kat makcik guard ada orang buang anak kucing. makcik tu pon kata dia tak tahu tapi yang seronoknya makcik guard kata dia nak anak kucing tu. makcik memang seorang yg penyayang, anaknya juga sukakan kucing. sebenarnya masa saya jaga bebudak nonet dulu makcik penah mintak si Oteh tapi saya tak bagi sebab tak nak pisahkan mereka adik-beradik rupanya terpisah juga sebab umur Oteh tak panjang. Namum akhirnya dapat juga saya bagi makcik tu anak kucing hehe..hepi rasanya.


jadi tengahari tu sebelum balik tu tertonggeng-tonggeng lah saya dalam usaha nak menangkap anak kucing tu. tujuannya untuk saya bawak balik rumah dulu, saya nak mandikan anak kucing yang busuk dan kotor nih. Walaupon bukan kucing saya tapi saya rasa bertanggungjawab nak serahkan anak kucing dalam keadaan yang baik dan bersih pada tuan barunya nanti ^^,


letak dalam kotak. dalam perjalanan nak balik rumah


sampai rumah jer saya terus mandikan budak kecik ni dengan air suam dan medicated shampoo. pastu keringkan badan dia dengan hair dryer, bersihkan telinga, letak ubat mata dan bagi ubat cacing. sempat jugak lah budak kecik ni berkenalan dengan jejebon kat rumah ni. first time jumpa biasalah memasing hissing memanjang.






tapi kejap jer....tak lama dah mula bermain dengan si Adek dan Gegirl. tumpang seronok tengok bebudak ni bermain.


video



montel boleh tahan budak kecik nih, perot moncit, bulu lembut takde kutu pon. geram tengok! cubit-cubit, cium-cium, dah ada rasa sayang sket huhuu...kalau ikutkan macam nak bela jer tapi dah janji dengan makcik guard beliau pon dah mengharap tak baik hampakan harapan orang. jadi cekalkan hati untuk bawak semula budak kecik ke pejabat untuk diserahkan pada makcik guard.


bekalkan sekali dengan wetfood kitten, ubat cacing dan ubat mata. berbakul-bakul jugak lah pesanan yang dititipkan pada makcik guard, rasa macam nak serah anak sendiri kat orang pulak huhuu...sedih! tapi saya percaya makcik boleh menjaga anak kucing tu dengan baik sebab makcik pon bukan kali pertama membela kucing dan kat rumah beliau pon dah ada beberapa ekor kucing tapi semua dah dewasa itu yang makcik teruja nak bawak budak kecik ni balik. dah lama tak ada anak kucing kat rumah katanya.


moga budak kecik tu akan hepi dengan keluarga baru dan sihat selalu. pada makcik saya doakan semoga diperluaskan lagi rezeki makcik sekeluarga, amin...

2X5






"mental la Mot...bukan mentel. yang mentel tu kamu...cakap orang konon kamu tu pon sama jer dua kali lima dah beso panjang masih gian nak menyusu. bukan mummy tak tau huhh!"





video



"haaa bak meh!  
ayat apa pulak nak keluar? 
meh mummy nak dengar..!"



Monday, July 30, 2012

Budak degil mata satu

Assalammualaikum.


Budak Wira ni kan sebenarnya dah 3 hari tak balik. Risau jangan cakap la...tiap petang berjalan kaki meronda kawasan carik dia. Tak penah lagi si Wira ni tak balik lama macam ni. Selalunya dia mesti balik pagi dan petang untuk makan.


Wira tak pegi jauh selalunya kat rumah jiran belakang rumah tu jer..dia suka tumpang tidur kat rumah sewa jiran tu, rumah tu kosong takde orang sewa jadi dia lah jadi penyewa tak diundang kat situ, bersama-sama si Citam dan BabyMushuk. Mujur jiran tu pon suka kucing jadi dia tak kisah budak bertiga tu menyewa free kat situ.  

mujur tak kisah kalau tidak terpaksa la mummy bayarkan sewa untuk korang huhuu...


Bila Wira tak balik dah fikir mesti pape jadik kat dia. Doa memang tak putus lah, doakan apa saja yang terbaik untuk dia..redha. Tup tup malam tadi sebelum isyak tu Wira muncul dengan jalan terdengkut-dengkut. Tengok takde kesan luka ke apa, ni mesti kes dia melompat dari tempat tinggi, salah landing ke kot maklum la pilot mamai baru bangun tidur. Sebab dorang ni suka sangat tidur menenggek kat tempat-tempat tinggi, paling suka tido kat atas syiling pandai jer carik lubang nak manjat haihh! Agaknya bila dah sakit tu duduk diam jelah tak bergerak, bila dah kurang sakit tu baru boleh nak balik.


Sakit sakit tu pon masih boleh lagi melompat naik turun meja makan. Dah ok la agaknya tu, harap-harap lah. Kalau makin teruk terpaksa jugak lah bawak ke Vet. 



video










sakit sakit pon habis licin jugak semangkuk :p
cepat sembuh yer Wira budak degil sayanggg

Saturday, July 28, 2012

Ragam berpuasa di hari minggu







p/s: kalau puasa time hari tak keje ni rasa lama sangat masa tu berjalan kan :p

Friday, July 27, 2012

Menanti waktu berbuka...















hehehe....kesian kan tengok bebudak nih. bulan bulan puasa ni memang sengaja bagi dorang makan 2 kali sehari jer, pagi sekali petang sekali. Selalunya 3 kali, pagi, tengahari dan petang. Tapi takpe lah bulan-bulan puasa ni ikat perot sikit, bermakna sikit raya nanti hakhak~


sejak kes yang Oneng demam teruk dulu memang tak tinggal lagi dah makanan kat dalam mangkuk dorang takut makanan tercemar, serik rasanya. cuma bekas air jer yang ada. jadi petang balik kerja karang baru la bagi dorang makan.


itupon memasing kebulur dah macam tak makan seminggu. bila kite balik tu memasing mengiau sekuat hati pastu mengekor jer kaki kita ni sampai nak tersungkur kite berjalan. tak sempat nak simpan handbag, nak bukak tudung kena lah bagi bebudak yang dah serupa ikan piranha ni makan dulu.


sementara dorang makan tu pegi la settlekan litter tray dorang scoop pupu pipi dorang, kang lepas makan bebudak ni pakat-pakat melepas berjemaah. kalau pasir tu kotor karang ada je yang selamba melepas kat tepi litter tray tu, sabo jelah!

Tuesday, July 24, 2012

Demam Ceceme







Azabnya nak bagi budak Adek ni ubat demam. Lepas kite suapkan ubat, budak Adek ni boleh pulak bertempiaran lari satu rumah sambil berjejesan air liurnya. Entah apa pesen budak sekor ni makan ubat, geram tengok! Habis satu rumah kena air liur dia terpaksalah lap atau mop tiap kali lepas bagi budak Adek ni makan ubat. Sabo jelah!


Menjangkit dengan si Gegirl sebenarnya. Dah katanya BFF kan harus lah demam sesame. Apa-apa semua nak buat sesama, makan sesama, tidur sesama, poo pee pon nak sama, sekor masuk litter tray sat lagi sekor lagi mengikut.




naik menyampah tengok :p
cepat sembuh yer sayang-sayang mummy ni....

Friday, July 20, 2012

Niat Berpuasa









yer yer Ooo...jelah si Momon tu kann... Ok takpe yang penting kita yang diwajibkan berpuasa dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna dan semoga ibadah-ibadah yang dilakukan di bulan yang penuh berkat ini diterima, dilimpahkan kurnia dengan dilipatgandakan pahala dan diberi jaminan ampunan dosa, insya'Allah...


Selamat menjalani ibadah puasa, terawih pon dah start malam ni dan jangan lupa niat puasa malam nanti  ;)



Thursday, July 19, 2012

Spiderman Betina

Assalammualaikum. Wah! Terasa dah berkurun tak update blog. Bila tiba Wordless Wednesday baru nak muncul dengan entri baru kannn hahahampeh betul! Mahapkan lah saya, saya juga adalah manusia biasa yang memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini eceh!




Hari ni nak citer pasal budak Adek nih. Ramai nampaknya yang dah salah faham dengan status jantina budak Adek nih. Jadi di sini suka saya nak maklumkan pada rakan-rakan sekalian bahawasanya budak Adek ini adalah seekor BETINA. Yer Adek ni girl yer...jangan lah biarkan kenakalan dan kelasakkan budak Adek ni mengaburi mata rakan-rakan sekalian.


Sebab tulah saya katakan si Adek dengan Gegirl tu BFF bukan couple atau pasangan bercinta ahak..hak..hak!


Memang jauh beza budak Adek tu dengan si Gegirl. Si Gegirl tu nampaklah jugak ayunya, sopannya tapi si Adek tu jangan harap lah! perangai...mengalahkan jebon! Sekarang ni Si Adek tengah kemaruk jadi Spiderman asik nak memanjat saje!




Hari tu dok panjat grill tingkap entah macam mana tersalah langkah berdebuk jatuh! Berdengkot lah sekejap jalan tu tapi sekejap jelah hilang sakit sambung semula...memang tak reti nak serik! Silap-silap badan kite ni pon dipanjatnya, nak nak time tengah basuh pinggan. Badan mummynya tu kan berlemak, sedap jelah dia membenamkan kuku! >,<




haa..ni muka Spiderman kena marah sebab me-nyepaidemen-kan diri kat langsir mummy. Habis tertarik-tarik benang kat langsir mummy tu! Memang kena jentik lah telinga tu kann....hahh! Cepaidemen lah lagi kalau berani!!!