Thursday, August 30, 2012

Haiwan Ternakan Tunduk Menyerah Apabila Mendengar Kalimah Basmalah dan Takbir

Share
Assalammualaikum w.b.t






  • Share


Malu apabila melihat video ini. Kambing-kambing ini dengan segera tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila mendengar kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih. Betapa patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka. Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah-kalimah mulia ini? Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita agar sama-sama bermuhasabah.


Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.

Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:


فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)


Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH. Di dalam video-video ini, ia cuba membawa perspektif yang jarang mampu dilihat oleh manusia. Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih itu sendiri. Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”. Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan. Saksikan video-video berikut:









Saya tertarik dengan kata-kata Sam Kouka di dalam video ini:

“Mereka tenang dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri mereka untuk dikorbankan apabila mendengar nama ALLAH. Mereka kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”


Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.


Jika dibandingkan dengan cara orang kafir menyembelih, bukan sahaja mereka tidak berlembut dan tidak mengambil kira perasaan haiwan, malah haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali sebelum disembelih. Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh ALLAH berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.


Ini hanya secebis hikmah yang bisa dilihat manusia dan diambil pengajaran daripadanya. Betapa semua arahan ALLAH itu memberi kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq. Justeru, berimanlah dengan ALLAH. Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya. Ambillah ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.


“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau akan selamat sejahtera.



*****


Terasa seperti satu tamparan hebat bila mendengar kata-kata  Sam Kouka mengenai haiwan-haiwan ternakan ini : 

"Mereka kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”

Haiwan-haiwan ternakan yang tidak mempunyai akal fikiran ini boleh tunduk menyerah diri tatkala mendengar kalimah Allah dilaungkan. Bersedia mengorbankan diri demi untuk memenuhi keperluan manusia. Betapa tinggi iman mereka terhadap pencipta mereka. Sedangkan kita manusia yang dikurniakan akal fikiran selalu lalai dalam mengerjakan perintah-perintah Allah.


Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar daripada kejadian ini untuk sama-sama bermuhasabah diri dan mempertingkatkan lagi keimanan kita pada Dia yang satu. InsyaAllah....

suka?

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday : Penyambut Tetamu

Share


suka?

Monday, August 27, 2012

Cumi & Duit Raya

Share











suka?

Saturday, August 25, 2012

Raya 2012

Share
Assalammualaikum w.b.t 


haluuuuuuuuuuu.............apa khabar? Wah! seronoknya bercoti raya lama-lama ni kan, puas beraya! Yang tak seronoknya bila naik atas penimbang, berpinar bijik mata tgk nombor kat atas scale tu kan hahaha...okeh takpe nama pon raya segala diet-miet harus diketepikan terlebih dahulu ahaks!


Untuk entri pertama raya haruslah tepek gambar raya banyak-banyak (alasan malas nak menulis). Tanpa melengahkan masa lagi ayuh kita saksikan gambar-gambar yang terpilih untuk menjadi tatapan pembaca meowwmania sekalian :p





Inilah ayahanda dan bonda saya. Walopon berbeza warna mereka tetap hidup bahagia sentiasa ngeee.... Sebenarnya datuk belah abah saya seorang mualaf, beliau dahulunya berbangsa india dan telah memeluk islam semenjak zaman bujangnya sebelum berkahwin dengan nenek saya lagi. Dua orang dalam adik-beradik datuk telah memeluk islam. Tapi wajah abah saya langsung takde iras orang india kan? Abah cuma iras tang kaler sahaja hikhik...

Datuk belah mak pulak berasal dari Indonesia. Mak kata masa datuk datang, Semenanjung Malaysia ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya belum Malaysia lagi, passport passport ni pon belum ada lagi. Datuk bukak tanah di daerah Muar berjumpa dengan nenek dan terus menetap di sini.

Jadi maknanya saya ni mix la kan... India+Indonesia haha...mix la sangatttt. Kedua-dua datuk dan nenek belah mak dan abah saya dah tiada. Al-Fatihah untuk mereka.




Bonda diapit oleh dua orang anak-anak mix-nya hekhek... Saya dan adik bongsu saya, ibu Mia takde sebab turn mereka beraya di kampung belah sana terlebih dahulu. Orang kata wajah dua adik saya seiras abah dan wajah saya seiras mak. Itu orang kata, entah lah saya pon tak tahu...yang saya tahu wajah saya dah tentulah seiras Katrina Kaif muahaha....





Raya pertama macam biasa beraya bersama sanak-saudara belah abah terlebih dahulu. Suasana di pagi raya, beratur tunggu turn untuk bersalam-salaman memohon maaf dan sesi memberi duit raya.




Raya kedua baru dapat beraya dengan budak kenit ni yeay! 



Mia dengan muka terkejut bersama ibunya ^^




Raya kedua tu pergi beraya ke rumah sanak-saudara belah mak pula. Jenuh melayan budak kenit ni dalam kereta. Dok ulang-ulang bacakan buku tu untuk dia huhuu...




Cak!! 
Dah sampai kampung :)




Kejap jer budak kenit ni pakai baju kurung. Sampai-sampai kampung terus salin baju gaun.





Dah pakai baju gaun baru boleh senyum. Kalau tidak muka ketat sahaja. Eh! Mia tu senyum ke sengeh :D





tulah keje saya, usung budak kenit ni sambil collect duit raya. badan tu dah la kussss smangat! dengan beratnya dengan aktifnya tak reti duduk diam, senget-benget tudung kita ni, baju sampai terebeh-rebeh memang takde can-lah maklongnya nak melawa  huhh!





Beraya atas pangkin. 
Memang syok beraya di kampung, suasananya..makanannya..memang meriah!




Kami suka nelah nambu!!









Sekian.



p/s: konon banyak sangat la gambarnya haha...sikit jer ponn...tak daya lah nak ber-camwhore, segala tenaga telah digunakan untuk melayan budak kenit yg sorang ituh 

suka?

Thursday, August 16, 2012

Nak raya dah....

Share














suka?

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday : Salam Aidilfitri

Share


suka?

Tuesday, August 14, 2012

Kisah Apek

Share
Assalammualaikum w.b.t 




heheheeeee *tersengih*



sebenarnya kan...kite kan....nak...nak....nak mintak maap hehehee.....



sebenarnya kan....kite kan....ada buat salah hehehe....





sebenarnya kan....














budak Adek tu kan...














Adek tuu.....














budak Adek tu kannn......















sebenarnya kannnn....














Adek tu kannn.....
















dia kannnnnnn































JANTAN !!!  larikkkkkkkkk........








huhuhuu....betul! sumpah! Sebelum ni kan memang takde bola yg dua bijik tuu....semalam tetiba jer boleh ada. AJAIB! hahaha....


Saya rasa kan...kehebatan saya dalam menentukan jantina kucing dah semakin lemah. hurmmm....saya perlu berbuat sesuatu. Nah! sekarang budak Cumi Jelly tu pon saya dah tak berapa pasti, si Cumi itu jantan kah? atau betina kah? Tapi budak Gegirl memang kompem betina. Dah puas saya belek-belek semalam. KOMPEM! Si Gegirl tu betina. Fuhh!


Mujur lah saya letak nama dia Adek kalau saya letak nama Nur Nilam Sari ke, tak ke haru. Mujur jugak belum belikan tudung oren yang Adek mintak aritu kalau tidak.....tak tau lah apa jadik dengan budak Adek tuh ngeeee.......


Saya dah buat keputusan, disebabkan budak Adek ni jantan dan impian nak menjadikan dia anak yang bongsu tidak kesampaian. Maka saya ubah lah nama Adek ni menjadi Apek. Jadi sila lah berkenalan dengan Apek, nak ngorat pon boleh (untuk yang gegirl sahaja) :p






















suka?

Friday, August 10, 2012

Bila Cumi Jelly berpuasa...

Share











suka?

Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday : Buah Hati mummy

Share


suka?

Tuesday, August 7, 2012

Tudung Raya

Share



















p/s: sebenarnya mummy yang blom beli tudung raya, ada sesape yang blom shoping raya? jom shoping sesame ^^,

suka?

Monday, August 6, 2012

Cumi Jelly

Share
Assalammualaikum w.b.t 


uhuk! uhukk! *batuk*
maapkan saya...tak berapa sihat sangat, demam tapi da baik batuk yang payah nak baik
uhuk..uhukk! *batuk lagi*


ni nak citer...saya dapat anak baru. malam jumaat lepas, dengar kucing mengiau kuat, keluar tengok tengok ada kucing kecit. tak tau lah kalau budak ni tersesat atau sengaja diletakkan kat depan rumah saya. sebab budak ni berdiri betul-betul kat depan pintu bila saya keluar dia terus lari kat cecelah pokok.


terus saya ambik cecepat bimbang kalau kalau dia lari ke jalan raya pulak. tengok tengok budak kecit ni sihat, badan montel, mata bersinar macam dibela orang. tak kan cantik cantik macam ni orang buang? pastu saya tengok lagi..oh! betina....patut laa.


Ada sesetengah orang ni suka kucing tapi suka yang jantan saja, yang betina tak suka sebab nanti beranak-pinak, membiak. Saya ni tinggal kat kawasan kampung ala ala pekan koboi la gitu. Orang-orang kat sini tak terbuka lagi bab bab nak bawak kucing ke klinik, apa lagi nak suruh dikembirikan kucing tu, jauh sekali lah membazir katanya.. Kalau ada pon boleh dikira dengan jari kaki huhuu...


Mungkin atas sebab tu jugak klinik haiwan kerajaan kat sini pon macam hidup segan mati tak mahu. tanya ini tak buat...tanya itu tak cukup peralatan haihh...kecewa sungguh! Bagi yang prihatin tu nak tak nak terpaksa la jugak keluarkan duit hantar ke klinik swasta yang kos rawatan dan ubatannya sangat MAHAL sebab klinik haiwan kat sini tak banyak. Takde pilihan suka tak suka terpaksa la jugak hantar ke klinik swasta....nak biar memang tak sampai hati la kan.


haihh...takpe lah...harap-harap dua tiga tahun lagi berubah lah keadaan kat sini. moga bertambahlah klinik-klinik haiwan kat sini. okok asik mengeluh jer saya ni, tak baik kan. Sekarang saya nak kenalkan anak baru saya, memperkenalkan...


*drumroll please...* 



::CUMI JELLY::


pertama kali tengok budak ni macam sedappp sangat, rasa macam nak kunyah-kunyah jer.. tu yang letak namanya Cumi Jelly haha...nasib kamu la Cumi dapat mummy sengal :D


jejebon biasalah memasing tunjuk taring, hissing tak sudah-sudah. yang dah boleh menerima kenyataan cuma si Adek ngan Gegirl. Mungkin sebab sama-sama kecik kan.


















hehe..tapi rasanya takde masalah kot, ikut pengalaman kalau bawak balik anak kucing ni lebih mudah diterima kucing terdahulu daripada kita bawak balik kucing dewasa. Lambat-laun elok lah deme tu seme ^_^

suka?

Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday : Kenangan paling comel

Share


suka?