Thursday, September 27, 2012

Makan angin

Share




















p/s: dapat beristirehat sambil makan angin memang seronok yang tak seronoknya tinggalkan anak-anak. andai mampu ingin ku hangkot semuanya ahaiii!

suka?

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday : Sepet

Share


suka?

Tuesday, September 25, 2012

Jejebon & Dapur

Share
Assalammualaikum :)




Gambar Oneng sedang termenung sebagai pembuka bicara ^^ 


Bebudak jebon ni kan suka sangattttt melepak atas kitchen cabinet. Geram betul lah! dah dihalang, dah dimarah kat situ jugak tempat pujaan hati. Favourite dorang kat dalam rumah ni adalah dapur. Sebab tu saya tak suka ke dapur. (Kukuh kan alasan saya :p )




kalau melepak kat dapur tu pastu tolong masakkan untuk saya takpe jugak. ini tidak.. buat menyepah lagi ada lah grrrrrr!




tuu haa! nampak tak budak Apek atas microwave tuh? (Sila fokuskan pandangan anda pada anak panah dan abaikan cabinet yang bersepah itu)

Itulah tempat favourite dia bersama apang-apangnya yang lain. Saya terpaksa pasang jaring pada tingkap tu sebab jejebon ni semua berani melompat keluar dari situ haihh!





segala menda kat dapur ni semua kena beralas kalau tak beralas alamatnya bebulu dorang sajek lah yang ada. Hari-hari kena lap, hari-hari kena buli, rasa macam duduk dengan mak tiri Cinderella sajek sobs..sobs..




tuu nampak tak langsir yang sememeh tuh?? tu angkara bebudak jebon ni lah! verangan kengkonon memasing nak tunjuk terer tangkap cicak. Langsir sampai dah terebeh-rebeh cicaknya tak dapat jugak!



bagi can konon!  
can mali can lah Pek!!



suka?

Thursday, September 20, 2012

Patrick The Miracle Dog

Share
Assalammualaikum w.b.t


Kisah yang akan dipaparkan ini saya terbaca di FB dikongsi oleh salah seorang sahabat FB saya. Selepas membaca saya teringin sekali nak kongsikan di sini.  Satu kisah yang sungguh menyayat hati namun berakhir dengan kegembiraan. Kisah tentang seekor anjing yang dizalimi manusia yang tidak berhati perut! Anjing yang ketika ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan setelah mengharungi pelbagai cabaran ia kembali hidup dengan kuasa tuhan.


***


16 MAC, 2011: Seekor Pitbull-mix yang teramat kurus ditemui dalam beg sampah oleh pekerja penyelenggaraan di bawah pelongsor sampah setinggi 19 tingkat. Kelihatan seakan sudah tidak bernyawa tetapi ia HIDUP! Berginilah keadaan ketika ditemui pada malam itu.





Bangunan apartment 22 tingkat itu dilengkapi dengan pelongsor sampah di setiap tingkat untuk penyewa. Dan seseorang yang tidak berhati perut yang merasakan dia tidak lagi memerlukan anjing itu telah membiarkannya kelaparan, meletakkan ia ke dalam beg sampah dan melemparkan ke bawah pelongsor sampah untuk dibiarkan mati.

Seorang pekerja penyelenggaraan yang membersihkan tong setiap beberapa hari dan pada hari Rabu 16 Mac, itulah mereka menemui anjing malang tersebut. Beg sampah itu bergerak sedikit dan apabila dibuka didapati seekor anjing dalam keadaan menyedihkan, teramat kurus, kesejukkan dan nyawa-nyawa ikan.


The City of Newark Animal Control dihubungi dan ACO Arthur Skinner mengambil anjing tersebut dan membawanya terus kepada Persatuan. Bacaan suhunya terlalu rendah sehingga tidak dapat dibaca pada thermometer. Kakitangan veterinar berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan anjing malang tersebut. Ia sentiasa dilindungi dengan pad pemanas dan selimut.


Selepas itu ia dipindahkan ke Garden State Veterinary Specialists di Tinton Fallsmasa, - sebuah hospital 24 jam. Usaha menyelamat dilakukan bersungguh-sungguh. Andai ia mati pada malam itu, sekurang-kurangnya ia akan tahu semua orang menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya dan ia dirawat dengan lembut dan penuh kasih sayang. Namun ia telah mengagumkan semua orang dengan bertahan terhadap penjagaan kecemasan 24 jam yang diberikan. Dan dia akan terus bertahan. Dia yang diberi nama, Patrick :)


Mari kita ikuti proses penyembuhan Patrick yang luar biasa!

17 March,2011 - Once stabilized, he's moved to GSVS Pet Hospital for continuous intensive care. It is now St. Patrick's Day, and the GSVS staff decide to call him Partick :)


After a few days, he could sit up again
22 March 2011 - bright lights still hurt his eyes

Here he sits among gifts his fans were already sending him



His first poop since being rescued. If there's something coming out, it means his system is working - a major milestone in his recovery















Easter, late April 2011 - six weeks into recovery

October, 2011 - 8 months into recovery


Christmas 2011 - 9 months into his recovery





February 2012 - 11 months into recovery. Patrick and his sister Lily



Memorial Day 2012 - 14 months into recovery

Livin' large..never an empty belly again






Patrick is NOT overweight! This picture is just a zoom lense closeup so it just makes him look a plump..a trick of the lens :p












Moga kamu terus sihat Patrick :)






 ***


Saya tak dapat bayangkan jika dipertemukan dengan keadaan seumpama ini. Doa saya moga kita semua diberi kekuatan untuk menghulurkan bantuan pada haiwan yang memerlukan demi untuk menyelamatkan satu nyawa. Dan moga Allah sentiasa melindungi haiwan-haiwan yang tidak berdosa ini daripada orang-orang yang zalim, amin...

suka?

Wednesday, September 19, 2012

Anak angkat

Share
Assalammualaikum :)


Subuh tadi selepas solat macam biasa saya akan keluar untuk bagi jejebon besar yang kat luar tu makan. Tetiba terdengar bunyik anak kucing menangis. Bila perati betul-betul saya nampak anak kucing tu sedang berlari-lari anak kat tepi jalan sambil menangis sensorang. Hmmm....ni mesti baru kena buang!


Saya terus pergi ke arah anak kucing tu, hoii garang! menderam bila kita datang. Saya umpan dengan makanan dia takmo jugak. Super power!! sepantas kilat, saya terus menerkam anak kucing tersebut bagaikan harimau menerkam musuh. Hebat! Cuma harimau ni agak ayu kerana berbaju kelawar di pagi hari ahaks!


Alahai kesiannya kecik lagi, matanya sepet bertahi mata. Terus saya bawak masuk, mandikan, keringkan badan, letak ubat mata dan bagi makan. Anak kucing ni tanak makan sangat, dia sibuk carik nenen nak menyusu. Saya teringatkan ibu si Gegirl sedang menyusukan anak-anaknya yang 4 hekor tu terus saya bawak budak kecik ni dan letakkan diam-diam bersama ibu Gegirl dan anak-anaknya. Ibu Gegirl menderam jugak tapi anak-anaknya macam tak kisah sangat.


Berat hati tapi terpaksa jugak tinggalkan mereka dulu sebab saya perlu bersiap untuk pergi bekerja. Dalam hati tak putus-putus berdoa, harap-harap boleh lah ibu Gegirl terima budak kecik tu dan susukan dia.


Tengahari tadi bila balik saya terus mengintai keadaan budak kecik tuh. Wahh! mereka dah bermain bersama. Nampaknya adik-adik Gegirl takde masalah nak terima budak kecik tu cuma ibu Gegirl masih menderam bila didekati. Tapi tak pula ibu si Gegirl belasah budak kecik tu...selalunya kalau bertembung dengan Cumi Jelly sampai tertanggal bulu Cumi dikerjakan, garang bebenor ibu Gegirl tuh. Harap-harapnya petanda baik lah ni...




anak angkat baru ibu Gegirl :)




adik angkat baru Gegirl :)



nampak macam budak kecik ni pulak yang jadik ketua,
bila dia keluar baru lah yang lain pon keluar sama



rasanya mereka ni sebaya kot cuma budak kecik ni tak la semontel anak-anak ibu Gegirl



p/s: moga kamu semua serasi bersama dan sihat selalu, amin....

suka?