Saturday, October 27, 2012

Tuan Puteri Bulat










Bulat dah kembali ke pangkal jalan, Bulat tak duduk rumah mak lagi dah...dia dah pulang ke tempat asal hehe.. Kisahnya sejak Mia dah pandai jalan, hari-hari si Bulat ni kena kejar dengan Mia. Pendek kata memang dah tak aman lagi laa nak duduk bersenang-lenang, beristirehat bagai. Kesiann.....keh..keh..keh


Dah kena macam tu pandai pulak balik ke tempat asal. Dengan selambanya jadik penduduk tetap kat dalam bilik kite, nak campur dengan jejebon kecik yang 6 hekor tu jangan harap lah. Sudahnya makan minum dia nak kena hantar kat dalam bilik tuu. Dah macam tuan puteri lagaknya langsung tanak keluar bilik. Sabo jelah!


Tapi takpelah orang tua kann...layankan saja. Terima kasih maklong kat Mia kalau tak kerana Mia takde lah Tuan Puteri Bulat ni nak pulang ke tempat asal hakhak...








Sunday, October 21, 2012

Rutin harian menjadi terapi

Assalammualaikum 


Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih buat teman-teman yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada saya. Terima kasih banyak-banyak. Saya amat menghargainya. Sedikit sebanyak kata-kata semangat itu menjadi penguat untuk diri saya. Terima kasih.


Patah tumbuh, hilang berganti. Tapi pada saya yang pergi tetap pergi takkan ada pengganti. Kehilangan kali ni amat terkesan sekali buat diri saya. Bukan enggan menerima takdir cuma perasaan rindu saya padanya semakin menebal.


Mungkin kerana saya meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk melihat Awang sembuh maka kepergian Awang membuatkan saya seperti hilang punca. Walaupon mengelakkan diri melihat gambar-gambar Awang ia tetap tak menghalang saya dari terus mengingatinya. Dan perasaan itu amat pedih!


Kewujudan anak-anak berkaki empat yang lainnya menuntut saya untuk terus memberi perhatian dan meneruskan rutin harian sedikit sebanyak dapat menyedarkan saya dari terus hanyut dalam kesedihan. Yer, hidup perlu diteruskan. Kerana dugaan itu pasti akan datang, suka atau tidak kita harus melaluinya.




*****



MERAH




Ini gambar Merah yang terkini. Dari 9kg berat Merah kini hanya tinggal 4++kg. Merah ada masalah gusi jadi Merah tak boleh makan makanan keras. Merah hanya boleh makan makanan yang diblender. Jadi saya akan blender kibbles dicampurkan dengan wetfood dan dibancuh air cair-cair. Merah akan makan dengan menjilat makanannya. Menurut Vet keadaan ini biasa berlaku pada kucing yang berusia. Tapi tak semua kucing akan mengalami masalah yang sama. Macam si Bulat, ibu kepada Merah masih steady lagi, alhamdulillah Bulat tak banyak masalah kesihatan.




GEGIRL



Si Gegirl pulak berak-berak cair. Mungkin disebabkan saya tukar makanan mereka. Stok blackwood dah habis sementara nak tunggu stok sampai saya belikan kibbles yang lain. Oneng pon berak-berak cair jugak tapi tak teruk macam si Gegirl ni. Kesian dia...harap-harap cepat lah stok Blackwood tu sampai...




MAMOLLY




MaMolly baru lepas dikembiri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Patutnya kena kurung tapi si Molly ni tak suka dikurung asik mengamuk dalam cage. Bila dilepas asik lah memanjat tingkap nak keluar haihh...pening kepala dibuatnya. Degil betul budak sekor nih, berjalan mengigil-gigil pon masih degil.




Harap lukanya cepat sembuh walaupun budak Molly ni lasak..



Kesibukkan melaksanakan rutin harian dalam menjaga bebudak jebon ni seakan menjadi terapi kepada kesedihan saya. Tapi bila teringat tuu...bergenang jugak air mata.

Memori bersamanya akan tersimpan kemas dalam ingatan saya. Sentiasa....

Thursday, October 18, 2012

Awang telah kembali

Panggilan dari Cik Marie petang tadi amat mengejutkan saya. Cik Marie bertanya satu khabar berita tentang Awang yang dia sendiri kurang pasti. Cepat-cepat saya buka page MDDB. Tergamam! terkejut! terpempam dengan apa yang saya lihat dan baca.


It is with great sadness that we are announcing that Awang died just now 20 minutes after undergoing amputation. The vet called to say that the blood poisoning and liver damage was to extensive to counter. We really had big hopes for Awang. This tragedy is a big blow to us.




Air mata saya tak berhenti mengalir setelah mengetahui berita kematian Awang. Pedihnya hati hanya tuhan yang tahu. Saya menangis sambil menyentuh gambar Awang yang terpapar di skrin desktop.


'Awang pergi meninggalkan saya....' Mimpi itu...mimpi saya pada malam itu menjadi kenyataan. Mungkin ketika itu Awang terlalu merindui saya. Dan saya pasti, Awang juga tahu saya amat merinduinya.... Mimpi itu seakan nyata, bila terjaga saya terus menangis dan menghantar sms kepada Ivy dan Chika memberitahu tentang mimpi saya. Rupa-rupanya Awang nak saya tahu bahawa dia tak mampu lagi untuk bertahan dan dia akan pergi. Awang nak saya tahu.....


Awang kamu adalah makhluk ciptaan tuhan yang hebat. Kamu dapat menyatukan kami manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Kamu berjuang untuk terus hidup dan enggan mengalah dengan bencana yang menimpa kamu. Namun akur dengan ketentuan-Nya. Kini tiba ajal kamu. Suatu masa nanti, akan tiba masa kami semua. Segalanya telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. 


Bersyukur kerana kamu pergi ketika dikelilingi orang-orang yang sayang dan prihatin akan kamu. Bukan ketika kamu terbiar di jalanan dan tidak dipedulikan.


Mummy sayangkan kamu tetapi Dia menyayangi kamu lebih lagi kerana itu kamu diambil untuk kembali pada-Nya. Jangan takut sayang...kamu kini kembali di sisi pencipta yang satu. Pasti ada hikmahnya, pasti itu yang terbaik buatmu kerana sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui.


Awang hanyalah satu kisah di antara beribu lagi haiwan yang terbiar di luar sana. Masih terlalu banyak haiwan terbiar yang memerlukan perhatian dan sedikit belas ehsan daripada kita. Bantulah mereka semampu kita, jangan dinafikan kewujudan dan pergerakkan mereka di bumi yang kita kongsi bersama.


Moga kita semua tidak mudah putus asa, diberi kekuatan dan sentiasa dibukakan hati untuk membantu mereka yang memerlukan meskipun haiwan apatah lagi sesama manusia.








p/s: terima kasih buat semua kawan-kawan yang bersimpati dan turut terasa kehilangan Awang, terima kasih kerana menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya, saya amat menghargainya..

Budak Key eLL














*****

Keadaan terkini Awang. Liver enzyme masih terlalu tinggi untuk buat surgery. Vet akan ulang buat blood test sehingga liver enzyme kembali normal. Yang buat saya lega, kata Ivy "Awang is eating a lot. Don't worry"  

Syukur alhamdulillah Awang masih berselera untuk makan, kalau Awang tak mahu makan tentu lebih banyak masalah akan timbul. Semoga Awang kuat melawan sakitnya. Semoga Awang kuat semangat untuk terus hidup! Amin......



Gambar terkini budak Key eLL yang dikirim oleh Ivy :)

Wednesday, October 17, 2012

Rindu










...................





..............





..........





.......





.....




...












Monday, October 15, 2012

Berita tentang Awang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera :) 


Berita gembira mengenai Awang!!

Untuk pengetahuan semua, Awang  kini telah berada di Animal Medical Centre (AMC), Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.


Tanpa disangka kisah Awang mendapat perhatian ramai pihak. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Awang. Beberapa rakan animal lover mencadangkan supaya saya mendapatkan pertolongan daripada MDDB (Malaysian Dogs Deserve Better). Dan setelah menghubungi pihak MDDB mereka memberikan kerjasama dan telah mewar-warkan kisah Awang di page mereka dan bersetuju untuk menanggung kos rawatan Awang :))



Setelah kisah Awang diwar-warkan ramai pihak yang tampil ingin menghulurkan bantuan. Kebanyakkannya dari Selangor dan KL. Oleh kerana jauh, lebih ramai yang bersedia memberi bantuan dari segi kewangan. Tapi masalah utama saya sekarang adalah untuk menangkap Awang dan membawanya ke klinik. Buntu bila memikirkan sebab saya tak tahu bagaimana caranya. Sehinggalah seorang gadis bernama Ivy menghubungi saya dan menyatakan kesanggupan beliau untuk datang dari KL untuk membantu menangkap Awang dan seterusnya membawa Awang ke AMC, sebuah klinik panel MDDB di Kuala Lumpur.


Terujanya saya bila dapat panggilan dari Ivy. Macam tak percaya ada yang sanggup bersusah-payah membantu saya dan Awang walaupon tak saling mengenali. Setelah berbincang, Ivy bersetuju untuk datang mengambil Awang pada hari Jumaat (12hb Okt).


Pada malam tu saya tak boleh tidur mengenangkan macam mana lah agaknya keadaan hari esok.
Risau Awang tak muncul, risau macamana nak masukkan Awang dalam sangkar, risau boleh ker Awang bertahan naik kereta jauh-jauh. Eh! macam-macam lah benda yang dirisaukan. Tak putus-putus saya berdoa moga Yang Maha Kuasa permudahkan segala urusan saya untuk esok harinya.


Tapi syukur kepada tuhan, segala dipermudahkan oleh-Nya. Awang muncul tepat pada waktunya. Dengan tak disangka Awang tiba-tiba masuk ke dalam tandas dengan sendirinya jadi mudah untuk mengepung dia. Sangkar yang baru Ivy beli juga muat-muat pintu tandas tu. Bila Awang dah terkepung dalam tandas makin mudah untuk kami mendorong Awang masuk ke dalam sangkar tu. Syukur sangat sangat! segala urusan menjadi mudah :)




me, Awang n Ivy
million thanks to you Ivy....ur an angel!!





Masa tengok Awang dalam sangkar ni saya dah tak tahan lagi, sedih sangat sangat...hilang rasa malu, saya menangis teresak-esak di situ. Sebenarnya saya gembira sebab Awang dapat diselamatkan dan bakal mendapat rawatan yang sepatutnya cuma saya sedih bila mengenangkan akan berpisah dengan Awang. Tapi saya tahu Awang berada di tempat yang selamat, dan ini semua dilakukan untuk kebaikkan Awang.





Gambar pertama yang Ivy hantar kepada saya setelah sampai di AMC. Mulut Awang diikat sebagai langkah berjaga-jaga kerana Awang adalah anjing liar, bimbang dia menyerang andai terasa dirinya terancam.




Tapi setelah Awang faham semua orang sebenarnya nak menolong dia Awang semakin tenang dan takut lagi :) 




Ini pula gambar yang dihantar oleh Cik Marie. Cik Marie, Chika dan Ruby datang ke AMC untuk melawat Awang di sana. Terima kasih kawan-kawan :)

Untuk pengetahuan semua, Awang akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar mami Ana Lewis setelah Awang sihat nanti. Berita yang amat menggembirakan saya kerana saya tahu saya tak perlu berpisah selamanya dengan Awang. Saya boleh datang melawat Awang bila-bila masa kan mami?? heheee....





Saya sempat ber-video call dengan Awang :))
terima kasih Chika dan Cik Marie kerana merealisasikan permintaan saya hihih...




Menurut kata Vet, keadaan Awang semakin baik. Awang berselera makan walaupon mengalami septisemia. Menurut kata Vet lagi, Awang telah membebaskan dirinya yang terperangkap pada jerat babi itu dengan menarik kakinya sehingga terpatah dua.





Jika Awang tidak melakukannya tentu Awang telah mati kebuluran dan akibat septicemia. Awang anjing yang hebat!  Awang mempunyai semangat yang kuat untuk terus hidup.




Awang telah dijadualkan untuk pembedahan dan kepada sesiapa yang ingin menyumbang dana untuk kos rawatan Awang bolehlah berbuat demikian menerusi Animal Medical Centre Sdn Bhd, Maybank Account No. 514075606748 (special bank account for MDDB). Segala sumbangan daripada rakan-rakan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.


Saya ambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan TERIMA KASIH kepada MDDB kerana sudi bekerjasama mendapatkan bantuan untuk Awang. TERIMA KASIH kepada IVY KUAN yang sanggup bersusah-payah datang dari jauh untuk membantu Awang. TERIMA KASIH kepada MAMI ANA LEWIS kerana sudi menjadikan Awang sebahagian daripada keluarganya. Dan TERIMA KASIH juga kepada semua rakan-rakan yang mendoakan Awang. Tanpa anda semua, saya tak mampu untuk melakukannya seorang diri. TERIMA KASIH sekali lagi kerana membantu saya untuk membantu Awang. Saya tak mampu membalas semua kebaikkan dan pertolongan yang diberikan. Semoga Yang Maha Kuasa memberkati anda semua yang berhati mulia.


TERIMA KASIH!!

Wednesday, October 10, 2012

Aduhai Awang kasihannya kamu :'(

Assalammualaikum :( 


Sebenarnya saya menyimpan perasaan sedih di sebalik entri entri hepi saya. Awang seekor anjing yang selalu saya bagi makan di tempat kerja telah menghilangkan diri. Dari sebelum saya bercuti hari tu Awang dah menghilangkan diri. Sehingga lah pabila saya balik bercuti dan kembali bekerja Awang masih tak memunculkan diri.


Risau dan tak sedap hati, saya bertanya pada makcik guard tentang Awang. Bila makcik guard mula bercerita dada saya sebak, terbayang-bayang saya wajah ceria Awang sambil menggoyang-goyangkan ekornya tiap kali bertemu saya.


Menurut kata makcik guard, ada dua ekor anjing hitam dah termasuk dalam jerat babi yang dipasang seorang berbangsa india yang selalu memasang perangkap babi di hutan di bawah sana. Pakcik guard yang menjaga bangunan yang berdekatan dengan hutan mendengar salakan anjing selama seminggu sehinggalah salakan anjing tak kedengaran lagi :((


Saya dah terbayang-bayang Awang bersama seekor lagi rakannya yang selalu saya beri makan. Sedihnya hati, tak dapat saya bayangkan macamana mereka menanggung sakit, terbiar dan terperangkap pada jerat tu berhari-hari sehingga akhir nyawa mereka. Setiap kali saya lalu di kawasan hutan tu dada saya sebak bila mengenangkan nyawa Awang melayang di situ.


Namun jauh di sudut hati saya masih mengharapkan Awang kembali muncul seperti biasa. Bila melihatkan makanan Awang ada sebungkus penuh lagi di dalam kereta makin remuk hati saya. Bergenang air mata tiap kali saya teringatkan Awang.


Kehilangan Awang diganti dengan seekor lagi ibu anjing yang membawa dua ekor anaknya bersembunyi di kawasan tempat kerja saya. Setiap kali saya beri makan pada ibu anjing tu pasti saya akan teringatkan Awang. Sehinggalah semalam petang, macam biasa sebelum pulang ke rumah saya akan tinggalkan makanan di tempat persembunyian ibu anjing tu. Dengan tidak semena-mena seekor anjing hitam kurus dan kudung datang menerpa ke arah saya. Terkejut! saya sangkakan anjing tu nak menyerang saya tapi bila dia berada betul-betul di depan saya terus anjing tu mengoyang-goyangkan ekornya. Bila saya perhatikan betul-betul....AWANG!!


"Allahuakbar! Awang......astagfirullah al-azim....Awang...kesiannya kamu. Kamu selamat Awang.... syukur alhamdullilah. Awang...terima kasih ya Allah" saya mencangkung dan menangis semahu-mahunya di situ.


Terkejut sangat sampai sakit dada saya, terkejut dengan keadaan Awang dengan kurusnya dengan kakinya yang dah kudung.

   










Saya sempat belikan dua ketul ayam goreng kat kedai depan tu untuk Awang. Laju betul dia makan sampai tercekik-cekik. Lama saya duduk termenung menemankan Awang makan. Sedih mengenangkan nasib dia, bergadai nyawa mencari makan. Kasihan Awang.....Saya tinggalkan Awang petang tu dengan berat hati.


"Doa mummy sentiasa bersama kamu Awang, semoga kamu sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari mala petaka..." 




p/s: tunggu vet bukak pukul 10 nanti saya nak belikan ubat untuk kaki Awang, mohon rakan-rakan doakan Awang cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Tuesday, October 9, 2012

Surat untuk bos


Encik Bos
Bilik Bos
Johor, Malaysia.

_____________________________________________________

Meowwmania
Bilik Meowwmania
Johor, Malaysia


Tuan,


PER: SURAT TUNJUK SEBAB

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Wahai Bos yang baik hati, pertamanya saya nak bos tatap wajah makhluk ciptaan tuhan di bawah ini. Comel bukan? Untuk makluman bos, budak comel lagi comot ini adalah anak saya bos...



Namanya Puteh. Nama timangan pula 'Teteh Ancem Boy'




Untuk makluman bos lagi, beliau inilah yang selalu menyebabkan saya sampai lewat ke pejabat. Saya tak sampai hati bos....tak sampai hati nak bangunkan beliau yang sedang tidur lena.




Maka saya kejutkan beliau dengan penuh kasih sayang. Baik kan saya? Bos pon baik jugak *kelip kelip mata*


Sehubungan itu, saya harap bos faham situasi dan keadaan saya dan menerima punca sebab yang telah saya kemukakan dengan lapang dada.

Sekian, harap bos maklom.


Saya yang menurut perintah,

      xoxo

Monday, October 8, 2012

Bunga seekor







dalam reramai jejebon kecik ni si Gegirl yg paling sensitip sekali, pantang kite tinggi suara sikit terus merajuk menjauhkan diri. maklom la dia sorang jer puteri yg tinggal kat dlm rumah ni. ibarat bunga sekuntum dikelilingi kumbang gitu (lima hekor lagi kumbangnya) perasan hot letteww :p