Friday, November 30, 2012

Tunjuk ajar ku sifu

Panic...panic!!


Oh! maafkan saya. Assalammualaikum...
Salam Jumaat untuk semua *senyum*


Saya baru perasan. Sejak saya add coding untuk NuffnangX itu hari, ruangan komen saya tidak kelihatan! Sedangkan saya dah publish komen-komen yang masuk. Alorr....camane nih? Kenapa jadik gitu? ni yang tak best nih *sigh*


Hanya NuffnangX Conversations sahaja yang kelihatan. Semua komen pada entri saya elek! takde! hilang! Bila view dari smartphone baru nampak komen tu. Menci taw! tasuka la camni wuwuwuu...*nanges*


Ada sesiapa yang boleh tunjuk ajar saya?? Jika ada silalah...jangan malu jangan segan sila tampil ke hadapan. Saya mohon sangattttt......tunjuk ajar ku siput sedut syruuppp...


eh! salah...tunjuk ajar ku sifu!!





 sadap yuu!!!!




Tuesday, November 27, 2012

Ngompol (kencing malam)

Assalammualaikum :)


Bangun subuh tadi terdengar seperti orang mencuci sesuatu dari luar. Intai dari tingkap saya nampak abah sedang mencuci tikar buluh. Hmmm....seperti ada sesuatu yang tak kena. Saya bermonolog sendiri sambil menggaru kepala yang tak gatal.


Masa salam mak sebelum nak pergi kerja tu tanya la kat mak "Mak apa jadik dengan tikar buluh mak yang kat dapur tu..? Mak pon menjeling sambil berkata "Si Momon kencing kannn.. Abah yang bangun dulu dia nampak jadi dia pon basuh la.."


Tergelak saya dengar jawapan mak hehe... Mak kata memula mak dah nampak Momon tidur atas kerusi kat dapur malam tu, ingat nak keluarkan tapi sebab tengok si Momon tengah sedap tidur mak tak sampai hati nak kejutkan. Rupanya pepagi buta si Momon pulak yang bagi kejutan kat mak huhuu... Tak pandai balas budi betol budak Momon ni taw!







Tapi sebenarnya Momon memang tak pernah buat hal. Daripada kecik dia tak pernah melepas kat dalam rumah. Mungkin sebab malam tadi hujan cuaca sejuk, Momon pulak terkurung nak kejutkan orang, orang semua tidur dalam bilik. Dah tak tahan sangat agaknya maka dia pon melepas atas tikar pastu dengan selamba pegi sambung tidur balik huhuu...Mon...Mon...mujur kamu dapat mak abah yang baik hati (bodek sikit) :p

Friday, November 23, 2012

NuffnangX

Assalammualaikum :)


Haaa....korang tahu tak apa itu NuffnangX? Keee...korang sume dah tahu, saya jer yang tertinggal  O_o


Sebenarnya dah lama terpandang perkataan NuffnangX tapi buat tak tahu jer, e-mail pon ada dapat tapi malas nak ambil tahu hihuu..buruk betol perangai.


Ok lah ni nak bagitahu pada yang belom tahu, apakemendenya NuffnangX ini? Sebenarnya NuffnangX adalah application yang membolehkan kita berblog-reading atau membaca blog kegemaran pada smartphone tanpa perlu menunggu loading blog yang lama akibat daripada layout sesebuah blog itu terlalu berat. Contoh macam blog meowwmania ni lah... blog bapak berat segala gadget nak diletak... sama naik la berat dengan tuan blog dia ngeee..


Jadi NuffnangX ni macam dashboard kat smartphone kita lah. Ala ala macam Instagram atau Twitter jugak, dengan mudah kita dapat melihat entri-entri terkini blog-blog yang kita follow. Ngertik ibu ibu dan bapak bapak sekalian??


Kalau udah ngertik bagus yaa....kalau masih ngak ngertik ngertik lagi. Ibu ibu dan bapak bapak sekalian boleh lah menonton video NuffnangX di bawah ini yaa...




klik jangan males! 


Ok sekarang dah faham, langkah seterusnya korang perlu muat turun NuffnangX pada smartphone korang. Applikasi ini adalah untuk semua pengguna Apple dan Android. Free sajerk...


lepas selesai download ikon seperti ini akan muncul


Seterusnya dengan menggunakan komputer, layarilah NuffnangX.com untuk mendaftarkan diri.
Tip: kalau korang dah ada akaun Nuffnang, korang boleh terus daftar masuk dengan e-mel dan kata laluan yang sama!




Sila ikut arahan yang diberikan dan setelah berjaya mendaftar masuk, pada gambar profil korang kat bahagian kiri atas tu klik “claim your blog.



Lepas tu korang hanya perlu taip nama blog korang dan mengesahkannya mengikut arahan seperti yang ditunjukkan di rajah bawah ini.




Kod yang diberikan seperti langkah ketiga di bawah perlu disalin dan ditampalkan di bahagian “add a gadget” di halaman “layout settings” blog korang. Cuma klik “add HTML/Java Script” dan tampalkan kod tersebut sebelum meneruskan ke langkah terakhir pendaftaran NuffnangX!





Setelah, selesai membuat pendaftaran, sila ikut semua blog kegemaran korang di NuffnangX hanya dengan satu klik! Seterusnya, layari blog mereka dan cari logo NuffnangX. Dengan satu klik sahaja, blog mereka akan segera disenaraikan sebagai ‘Favourite‘ korang! Cool kan? ;)

So lepas ni bila korang menggunakan aplikasi NuffnangX, semua blog yang korang follow akan dipaparkan mengikut turutan entri terkini.




Contoh paparan dari smartphone



Oleh itu tunggu apa lagi Nuffnangers? Jom muat turun aplikasi NuffnangX sekarang!


Friday, November 16, 2012

Untuk GAZA

Assalammualaikum w.b.t


Hari Jumaat pertama di tahun baru 1434 Hijrah. Syukur alhamdulillah kita masih dapat hidup aman dan selesa di bumi Malaysia. Semoga negara kita akan dapat terus mengekalkan keamanannya, Insya'Allah.


Saya terpanggil untuk berkongsi status-status tentang apa yang berlaku pada rakyat di Palestin dari page IKRAM Siswa Universiti Teknologi Malaysia. Di bumi Gaza kini, saudara kita sedang berhadapan dengan musuh, bertarung dengan maut, demi mempertahankan akidah. Sedih dan sayu hati melihat saudara seislam kita ditindas di sana. Betapa beruntungnya kita hidup di bumi Malaysia ini.





Ayuh kawan-kawan kita titipkan doa untuk keselamatan rakyat Gaza dan kehancuran Zionis laknatullah. Bacakan Qunut Nazilah untuk saudara-saudara kita di sana...


*klik untuk bacaan yg lebih jelas


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher 
musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada 
kejahatan-kejahatan mereka 
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa 
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah 
Ya Allah 
Ya Allah 
Ya Allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka 
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka 
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin.....





KECAMAN BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM!!


مَن لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْر المُسلمين فَلَيْسَ مِنْهم

Kecaman dari  Nabi S.A.W sendiri;

Maksudnya: Sabda Rasulullah SAW :  

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia sebahagian daripada mereka"
Riwayat Thabarani di dalam ( المعجم الأوسط ) dan Hakim di dalam ( المستدرك ) daripada Huzaifah r.a.


BUKANLAH DIA SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA (ORANG ISLAM!)



Bahkan di dalam buku Fiqul Awlawiyyat (fiqh keutamaan), Yusuf Qardhawi menerangkan bahawa prioriti menyelamatkan nyawa dan membantu umat Islam yang tertindas, mahupun dilanda bencana di seluruh dunia (dalam kes ini, rakyat Palestin) melebihi dari keutamaan mengerjakan ibadah haji. ini disokong dalil dari Al-Qur'an;

سُوۡرَةُ التّوبَة
۞ أَجَعَلۡتُمۡ سِقَايَةَ ٱلۡحَآجِّ وَعِمَارَةَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ كَمَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَجَـٰهَدَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ لَا يَسۡتَوُ ۥنَ عِندَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (١٩) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَـٰهَدُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٢٠)

Maksudnya: Surah Al-Tawba

" Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim. (19) (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (20) "


***



Ketika membaca status rakan-rakan di FB, saya gembira kerana ramai yang prihatin tentang apa yang sedang berlaku di bumi Palestin. Antara status yang menarik perhatian saya adalah :


"You don't have to be a Muslim to care and aware about the plights of the Palestinians. You just need to be a human"


Friday, November 9, 2012

Nobody but YOU!

Assalammualaikum w.b.t



Jumaat datang lagi...jom cari pahala sunat! Banyakkan berdoa, selawat dan baca Surah Al-Kahfi. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari penghulu segala hari ini ;)


Hari ni hari terakhir mummy bekerja sebelum bercuti panjang. Mummy akan bertugas semula pada 19hb nanti. Jangan jeles okeh ngeh..ngeh..ngeh


Puas lah nak melayan Mia dengan jejebon nanti hehe.... Cerita pasal Mia, budak Mia ni sekarang tak boleh berenggang langsung dengan jejebon. Hari-hari mesti nak datang main ngan bebudak jebon. Modal dia melalak jelah, bila melalak kompem ibu dia bawak datang ke rumah jumpa bebudak jebon. Bijak..bijak... anak sedara siapa la tuh keh..keh..




macam ni la cara Mia sayang bebudak jebon, dah sayang habis la kalau macam tuu





tengok! muka hepi sangat la tu bila dah tersengih nampak gigi. yang kesiannya bebudak jebon lah... habis dikenyam-kenyamnya. Si Gegirl ngan Apek yang paling takut bila Mia datang, mesti memanjat tingkap nak menyelamatkan diri huhuu... yang paling tahan kena buli dengan Mia, si Oneng jerlah... sebab tu Oneng boleh jadik bestpren Mia heeee.....





I want nobody but You!!

Thursday, November 8, 2012

Entri merepek di pagi hari. Mohon jangan baca.

Assalammualaikum...



*menguap*


letihnya badan....kalau dapat urut ni sedapnya.... *menguap lagi*


Mummy dah kembali dari bertugas di luar stesen. Hari ni kerja macam biasa *mengeliat*


Subuh tadi nak bukak mata macam kena gam, melekat! Tapi bila dengar suara bebudak jebon dah terjerit-jerit kat luar, menyakar-nyakar pintu bilik, gagahkan jugak diri untuk bangun.


Semalam petang, balik tu pergi rumah mak dulu jumpa adik nak tanya khabar jejebon sebab adik yang tolong jagakan jejebon sepanjang saya tiada. Lepas berborak lebih kurang terus menonong balik rumah. Bukak pintu jer kena serbu ngan jejebon kecik yang enam hekor tu. Memasing mengeow-ngeow, entah apa lah yang dibebelkan agaknya hihih...comel jer!


Lepas belek sesekor tengok semua OK terus bukak wetfood bagi upah sebab semuanya selamat. Bila semua dah terlentang kekenyangan baru lah mensinsing lengan membibikkan diri untuk mengemas romah yang dah macam tongkang pecah iteww....


Mengelap...menyapu...memvacum...mengemop...mencuci... membibikkan diri... maghrib baru siap. Mandi, solat, tengok berita, terlelap Zzzzz..... azan Isyak, terjaga, solat terus pengsannnnn kroh krohhhhh..................






Moral of the story, saya sangat jeles dengan budak ini!


Moral of the stori la sangatttt.....apa lah yang aku merepek nih! Nasib korang lah yang baca nih... pape pon terima kasih sudi baca *sambung tido bawah meja*

Monday, November 5, 2012

BabyMushuk The Hunter

Assalammualaikum


Selamat hari Isnin!! :)

Hari ni mummy bertugas di luar stesen. Dah peluk cium sesekor sebelum pergi tadi, hari Rabu nanti mummy balik ler...





Burung pipit yang sudah tidak bernyawa. Innalillah....kesian...mintak maaf yer tak sempat mummy nak selamatkan kamu.






Sape punya keje kalau bukan si BabyMushuk nih! Tak habis habis lagi tabiat memburu dia. Yang peliknya tak pernah balik tangan kosong, ada jer yang menjadi mangsa. Kalau panjang umur mangsa tu saya perasan sempat lah selamatkan, kalau tidak...jumpa jumpa dah tak bernyawa. macam burung pipit ni kesian...





Yang geramnya dah berjaya tangkap tu bukan nak makan pon. Dah susah payah tangkap pastu bawak balik pastu carik blackwood jugak haihh!



Apa lah masalah kamu ni BabyMushuk?
hinsss.......!!!

Saturday, November 3, 2012

Mia si pencinta meoww....

Assalammualaikum :) 


Selamat datang November!!

huhh poyo jer kan...dah berapa haribulan baru sibuk nak selamat datang bagai hakhak... Ok sebenarnya nak citer pasal budak Mia ni haa... 1 November hari tu birthday Mia. Dah setahun dah Mia...cepat jer masa berlalu. Mia dah pandai jalan, masa umur 10 bulan lagi Mia dah pandai menapak. 11 bulan bertatih...setahun ni dah laju lah dia berjalan. Penat la pulak nak mengejornya huhuu...



kalau dia datang rumah tu memang jejebon jelah yang jadik sasaran. Tapi bagus lah tu dah nampak sifat animal lover-nya. WALOPON habis dikenyam-kenyam saja jejebon tu semua huhuu...




Tapi yang bagusnya budak Mia ni berani, bila time jejebon lak kenyam dia langsung tak takut atau menangis. Kengkadang bila bergurau tu kan jejebon ni keluarkan kuku, mengeget-geget walaupon tak gigit bebetul terasa sakit la jugak kan... tapi Mia rilek jer cuma dok cakap "uuuuu...uuuuu...." sambil buat muka cemas hehe...


haa...tengok Mia nak tolong maklong cuci telinga jebon..



bagus Mia! nanti boleh take over tempat maklong scoop poopee jejebon pulak yer kehkeh....







Semoga Mia membesar sihat dan menjadi anak yang solehah kepada ibu dan ayah yer sayang :)

Friday, November 2, 2012

3 dalam 1

Assalammualaikum w.b.t


Kenapa 3 in 1? Sebab dalam 1 entri ni ada 3 cerita jimat! haha...jimat la sangat. Dasar pemalas! :p






Okok...cerita yang pertama ni pasal budak Dedel a.k.a Gegirl. Entah macam mana dia bermain? dengan siapa? sampai luka kat mata belah kiri...dah sepet jer mata sebelah tu. Ganeh betol! Kena kat mata pulak bahaya tuu...dah la malam malam ahad memang ler takde Vet yang bukak kat sini. Atas nasihat rakan-rakan animal lover, untuk sementara saya lapkan mata budak Dedel ni dengan air suam yang dicampur garam (air garam bertindak sebagai antiseptik semulajadi)




macam biasa Apek sentiasa berada di sisi Gegirl di saat suka mahupon duka eceh!




Esok petang tu baru dapat bawak Gegirl ke Vet. Mak dah suspen jer...yelah mata kann...bimbang jugak kot buta ker hape ker.. Bila dokter tengok "Ohh takde apa-apa ni sikit jer.." kata tuan dokter sambil menepuk-nepuk kepala Gegirl. Lepas titiskan ubat terus boleh balik huhuu.... Biasa laa kita ni, mak mak memang tahu sangat cara nak cemas, selalu nak bayangkan yang bukan bukan padahal takde yang serius pon kann ngeeee....



Alhamdulillah selang sehari tu udah bolat semula mata budak Dedel nih hehe...senang hati ^_^




Ni cerita pasal si budak Apek pulak. Dok belek-belek dah besar betul buah-buahan (balls) si Apek ni, sedang elok dan masak ranum buahnya. Dah pandai jugak mengeget-geget tengkuk si Gegirl. Bahaya...bahaya...ini lagi satu bahaya. Sebelum perkara yang tidak diingini berlaku baik lah saya hantar budak Apek ni untuk disunatkan ngeh..ngeh..ngehh



bolat mata! takut la tuh hehehe.....




Appointment pukul 9 dalam pukul 9.40 dah selesai. Terus boleh bawak balik rumah. Apek pon dah sihat sekarang dah jadik dewasa. Tak boleh panggil budak Apek lagi, kena panggil Abang Apek kehkeh...




Ini pulak cerita pasal jamban canggih SmartSift. Dah 2 minggu beli mendealah ni. Beli dengan KittyWorld. Sebenarnya saya lebih suka menggunakan cara tradisional iaitu dengan mencedok bahan-bahan buangan jejebon ni..HAHA tradisional la sangattttt.


Entah la bagi saya lebih puas hati ngeee...tetapi memandangkan kadangkala saya terpaksa bekerja di luar stesen maka SmartSift ni adalah untuk memudahkan sesiapa yang mengambil alih tempat saya. Yelah kita mintak tolong orang kan, mintak tolong buat kerja-kerja kotor pulak tuu...jadi saya fikir SmartSift ni amat amat perlu untuk saya miliki cewahh!


gelagat jejebon dengan jamban canggih mereka..




Sekian, terima kasih sudi baca ^_^