Tuesday, January 29, 2013

Kisah Hari Minggu

Share
Assalammualaikum ^_^


Selamat hari Selasa!! Wahh bestnya kalau tetiap minggu start hari Selasa kan...takde la nak rasa monday blues bagai hakhak...


Cuti 3 hari lepas takde plan apa pon dok berehat kat rumah jer... Tapi kalau dah kat rumah tu bukan berehat sangat ponn....asik membibikkan diri jelah. Rumah ni kalau ada anak bebulus memang kerja rumah tu tak berenti. Adaaaa jer mende nak dibuat pasal yang tukang kecahnya ada..


Time hari cuti lah nak menyental segala bagai, segala kerusi meja kabinet tu semua nak kena polish kasi bersih berkilat balik. Segala alas barang-barang, alas kaki, kain lap semua kena basuh dan tukar baru.  Lepas tu kena vakum dan mop satu rumah. Rumah kalau ada anak bebulus ni memang penuh dengan buluuuu jelah. Kalau tak dibersihkan silap-silap boleh tenggelam dek bulu-bulu ittew HAHAHA....


Kalau time tengah mengemas tu haruslah jejebon dikurung. Yang jenis paham bahasa tu kite pegang vakum jer dah cabut lari keluar rumah. Yang jenis degil tak paham bahasa ni memang selamba jelah siap boleh baring telentang kat tetengah jalan menghalang lalu lintas dan kerja-kerja membersih dilakukan. Eeeee...sakit hati okeh!


Jadi sebelum mummy naik hantu, mummy kasi sumbat sekor-sekor jejebon ni kat dalam cage. Baru aman nak buat kerja muahahaha.....












bibik tengkorak kamu! 
mummy tonyoh kamu dengan batang mop ni karangggg!!!






suka?

6comments: