Thursday, January 17, 2013

Masalah Kutu Kucing

Assalammualaikum w.b.t 


Masalah kutu pada kucing kesayangan sering menghantui pemilik-pemilik kucing. Kutu adalah sejenis parasit di luar tubuh (ektoparasit) yang menghisap darah. Ia akan menyebab iritasi atau keradangan kulit. Kulit akan menjadi rosak dan boleh juga menyebabkan keguguran bulu kucing sehingga botak. Bila kulit dah rosak maka mudahlah virus, parasit dan bakteria berjangkit.


Jumlah kutu yang terlalu banyak pula boleh mengakibatkan anemia, berat badan menurun, hilang selera makan dan mengganggu kegembiraan kucing itu sendiri. Kasihan kan...


Tapi sebenarnya bukan kutu sahaja yang menjadi punca, hama juga terlibat sama. Ada beberapa kaedah yang biasa pemilik-pemilik kucing lakukan untuk menghapuskan kutu-kutu dan hama ni. Antara kaedah-kaedahnya adalah :

1) Suntikan anti parasit. 
Suntikan diberikan mengikut dos yang ditetapkan. Perlu ulang rawatan selepas 12-14 hari.
*Kos - RM15-RM30

2) Spot-on-cat
Ubat ini dititik di kawasan tengkuk. Selepas 24 jam, ia akan meresap keseluruh bahagian kulit. Ia dapat membasmi ektoparasit dan boleh bertahan 4 hingga 6 minggu di bahagian kulit badan. Perlu ulang semula selepas jangkamasa tersebut untuk perlindungan seterusnya.
*Kos – RM55-RM60

3) Mandikan kucing secara berkala.
Mandikan kucing dengan air suam dan syampu yang bersesuaian seminggu sekali.
Kos – sangat murah!

*kos adalah berbeza mengikut tempat


Antara kaedah-kaedah tersebut saya mengamalkan cara yang ketiga. Jika anda mengikuti perkembangan saya di blog atau di FB pasti anda semua tahu saya seeelaaaaluuuuu mandikan jejebon saya (seminggu sekali)


Bukan kerana rajin tetapi kerana saya dah nampak keberkesanannya. Alhamdulillah kucing-kucing saya bebas dari masalah KUTU!


TETAPI perlu diingat kucing yang sihat sahaja yang boleh dimandikan. Kucing yang sakit atau yang baru lepas menjalani surgery seperti pemandulan perlu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum boleh dimandikan dengan syarat tiada sebarang kompilasi pada luka pembedahan tu (eh! kompilasi? macam salah jek) Oh! maksud saya komplikasi. TIADA sebarang komplikasi pada luka tersebut yer...


Anak kucing yang terlalu kecil juga tak sesuai dimandikan. Jika terlalu kotor lap sahaja badan anak kucing tersebut menggunakan tuala lembab. Jika anak kucing tersebut ada ibu lagi senang tak payah mandikan langsung. Sebab si  ibu akan membersih dan memandikan anak-anaknya. Bila dah cukup dewasa dan dah pandai membersihkan diri sendiri maka boleh lah dimandikan.




Budak Tumi ni masa memula jumpa dulu badan dia penuh dengan telur kutu. Bulu dia kan putih memang nampak jelas, bila selak jer nampak bijik-bijik telor tu melekat kat bulu-bulu dia. Bila dah tetiap minggu kena sental hilang lenyap terus semua telor-telor kutu tu pueh ati! hambik kau!! dush dush dushh (hamboii geram bebenor dengan kutu-kutu tu yerk)



Jadi bagi pemilik-pemilik kucing di luar sana. Pilihan terletak di tangan anda. Lakukan yang terbaik untuk si comel tersayang. Jangan biarkan kucing-kucing anda diselubungi kutu dan hama. Sekian, salam kasih sayang dari saya untuk semua *wink wink*

16 comments:

Belle Ahpete said...

budak2 kt rumah tu xde problem kutu sbb dok dalam rumah je, tapi si bobo dengan kecik tu bercapok bulu die.. togel kt perut dgn ekor..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

guna Brewer yeast pun bagus. bagi sebijik sehari, kos dlm RM 60 1000 biji.

m.q said...

kitorg cats kat sini selalu pakai spot on saja. sbb kalau mandi kitorg cats suka buat cakaran manja.

BoBo Salem
Meow Meow Family

Cat-from-Sydney said...

Aunty Meoww,
Kutu kucing takpe, boleh diubati....tapi jangan jadi kutu rayau, kutu rempit, yang tu susah nak ubat. purrrr.....meow!

Mas Zull said...

assalamualaikum mummy..peringatan yg menarik ni...:)

Suara Kalbu said...

paling tak suka tengok diaorang menggaru-garu macam nak terkopak kulit syok sgt menggaru.

Akak letak ubat spot-on-cat dan mandikan tapi 2 minggu sekali huhuhuhuh

Misz Pinkie Winkie said...

mmemang sakit hatie kalo citer pasal kutu kucing nie..
mmg kena perangi habis-habisan..

Princesseira said...

hmmm..nak tny nie.. mandi pakai syampoo apa yg sesuai??

meowwmania said...

Princesseira,
apa-apa shampoo jer yg sesuai dgn kucing adik, yg penting shampoo kucing bukan shampoo org yer ;)

NaOMi said...

Thank you utk info bes nie...pasni mmg kena sental la sekor2 anak angkat kat rumah tu...

Iela Lullaby said...

bt mcm tu jgk kt ank2 bulus di rumah...walaupn amk masa sket utk hilang tp mmg puas atie..hehe..

cme bru2 ni dpt nsihat dr vet,dia ckp jgn mndiekn 1mggu skali tp 2mggu skali sbb nnti imun body bulus2 akn mnurun sbb terlalu kerap mndiekan...

eda shuid said...

jom follow my blog edashuid.blogspot.com :)

bella luna said...

Salam, bella singgah cari info psl kucing..almaklumlah lame xbela kucing. bella jadi geli. sbb ade kutu. Insyallah boleh mndykan die sminggu skali =)

glamorousbybellaluna.blogspot.com

Salhah Suhot said...

Mummy, camne kalo kutu kucing tu gugur..kat tilam misalnya. Ada cara x nak hapuskan kutu lompat2 ni? Dah vakum pun ada..cam x berkesan je ubat kutu kucing yg sy beli tu...

meowwmania said...

Salhah Suhot,
kutu lompat2?? alamak mummy tak pernah jumpa lak kutu lompat2 ni kat rumah hehe..

tapi mummy guna SuperCat Spray jer selalu, spray kat cage dan kat tmpt dorang tido so far ok tak jumpa lagi kutu lompat2 tu eheee

dameya said...

Bulus sy ni jenis masuk keluar rumah. Kdg2 outdoor. Betina and bunting. Skrg ni jd mcm bnyk pulak kutu dia. Kalau spot on cat tu ada apa2 problem tak