Wednesday, February 20, 2013

Anak-Anak Stray

Share
Assalammualaikum




Kenal tak budak ni? Siapa yang follow Facebook atau Instagram mummy mesti kenal. Budak ni adalah salah seekor daripada anak-anak stray mummy. Dorang ni sebenarnya adalah adik beradik seibu Gegirl yang dulu kengkononnya mummy nak adoptkan pada orang tapi tak jadi.


Bebudak ni sebenarnya liar tak boleh nak pegang langsung. Nampak jer kelibat mummy macam tak cukup tanah lari. Tapi mummy dapat umpan dorang ni duduk kat stor belakang rumah. Jadi dorang takde lah merayap jauh-jauh sebab mummy umpan dengan makanan kat stor tu. Maka membesarlah dorang berempat beradik kat situ.


Jejebon pon berkawan baik dengan anak-anak stray nih. Bila makin besar dorang makin berani ikut jejebon masuk rumah. Dorang keluar masuk ikut cat flap...main, makan kengkadang tidur kat dalam. Tapi bila nampak mummy, berterabur memasing lari keluar rumah. Gedegang! langgar cat flap huhuu...


Sebab dorang ni penakut sangat jadi mummy buat tak tahu jelah bila bebudak ni ada dlm rumah, buat tak nampak, jalan pon seslow tanak dorang rasa takut. Budak kuning yang kat atas ni paling berani dalam 4 beradik tu dan dia adalah budak pertama yang berjaya mummy pegang.





Budak ni jugak sangat manja dengan Apek. Apek kan penyayang, selalu nampak dia jilat (grooming) adik-adik stray dia. Apek lah tempat adik-adik stray dia bermanja.






Si Tumi pantang kalau nampak bebudak stray ni rapat dengan abang Apek dia, mesti menyelit sama. Jeles letteww.... Tapi jeles Tumi tu takde la sampai dibelasahnya bebudak stray tu kadang Tumi pon menjilat sama bila nampak Apek tengah meng-grooming adik-adik stray dia.





Budak yang ni pulak masih berani-berani takut dengan mummy. Masa mummy nak amik gambar dia tengah rilek menjilat-jilat bulu bila mummy rapat jer...tu tengok posisi untuk melarikan diri dah on kehkeh...





haa...bebudak yang kat tetengah tu yang paling penakot sekali. tengah elok tido pon boleh terbangun bila mummy datang dekat.




tengok! dah tegak jer kepala tu, penakot sangat! macam la orang nak apa-apa kan dia. haritu masa dorang kena flu memang bercalar-balar lah tangan akibat bersilat nak bagi ubat. Sehari dua kali pulak tu kena bagi memang hancur tangan ngan jari ni sampai terpaksa makan guna sudu sebab pedih bila kena lauk-lauk yang pedas huhuu... Tapi alhamdulillah bebudak ni sembuh, berbaloi rasa susah payah bersilat ngan dorang ngeee...





Budak kunin yang kurus ni pulak lepas baik flu tu kena sakit mata ngan ciri-birit teruk. Meleleh-leleh poo dia kat montot sian mummy tengok. 





Badan yang dulu montel cepat betul susut sampai nampak tulang. Lepas bagi ubat, alhamdulillah cirit tu dah stop tapi masih nampak macam berapa sihat.



Memula tu mummy letak dalam cage tapi budak ni tanak duduk dalam cage. Mengamuk, mengigit-gigit cage mintak keluar. Mummy tak sampai hati tengok jadi lepaskan, dia masih makan macam biasa cuma dia lagi suka duduk termenung kat bawah pokok rambutan kat luar tu. Masuk rumah cuma untuk makan jer...badan tak sihat makan pon sikit jer..





Dalam 4 5 hari itulah rutin dia tapi lepas tu dia menghilangkan diri. Puas mummy cari. Hati mummy kuat mengatakan yang si kunin ni dah takde. Mungkin sebab tulah dia mintak keluar sebab dia nak pergi. Mungkin lebih selesa berada di luar. Gambar kat atas ni adalah gambar terakhir yang mummy ada. Walaupon rasa terkilan dan sedih mummy cuma harap agar dia pergi dengan senang tanpa tersiksa :(


Sekarang anak stray yang bertiga ni mummy jaga. Ada lagi 3 ekor stray jantan yang memang makan tidur kat belakang ni tapi dorang semua kucing dewasa. Sekor tu mata tak berapa nampak mungkin sebab dah tua lagi dua ekor lagi masih muda mungkin dibuang orang. Jadi total semua sekali 22 hekor. Sebulan mummy beli blackwood 24kg plus lagi 10kg Kiska tapi sekarang pon macam dah tak cukup, memang kena top-up lagi lah nampaknya. Mummy cubalah buat yang terbaik dan termampu untuk mereka semua. Mummy akan kembirikan sekor demi sekor.


Mintak maaf yer mummy bukan nak mengeluh cuma kadang tu geram dengan perangai orang suka nak ambil kesempatan ni. Memang kita sukakan haiwan, kita suka kucing tapi jangan la suka-suka nak campak semua kucing tu pada kita. TOLONG la kembirikan kucing-kucing tu. Mandulkan kucing bukan bermakna kita nak menzalimi mereka tapi tujuannya untuk mengawal pembiakkan yang tidak terkawal tu. Dan pada mereka yang sukakan kucing dan ingin nak memelihara kucing ambillah kucing-kucing terbiar yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang di luar sana JANGAN beli. Kucing jenis apa pon jika mendapat penjagaan yang sewajarnya pasti akan menjadi cantik. Usah bazirkan duit dengan membeli kucing-kucing yang sengaja dibiakkan dan dijual dengan harga yang mahal.


"Tak payah nak berlagak sangat lah! bukan ko sorang yang jaga kucing banyak-banyak ni...!"


Yer...memang betul ramai lagi bukan saya sorang. Tapi sampai bila kita boleh bertahan? Kalau boleh memang kita nak selamatkan semua haiwan-haiwan terbiar ni, tak sanggup nak tengok mereka hidup terbiar. Perasaan kasihkan haiwan ni memang dah dianugerahkan tuhan pada kita,  memang kita tak boleh nak nafikan. Tapi setiap orang ada batasan dan kemampuan masing-masing. Memiliki haiwan peliharaan memerlukan komitmen yang tinggi dan berterusan. Terpaksa berkoban masa, tenaga, wang ringgit dan pergerakkan juga jadi terbatas. Semua tu perlu diambil kira. Kadang-kadang saya terfikir kalau lah ditakdirkan umur saya tak panjang macamana lah kucing-kucing saya semua. Nak mintak tolong ahli keluarga? kawan-kawan? kalau sekor dua boleh lah tapi kalau dah sampai berpuluh ekor? hmmmm....


Buat masa sekarang ni mummy cuma berharap agar diberi kesihatan yang baik agar dapat terus menjaga mereka semua sebaik mungkin. Mummy juga mendoakan rakan-rakan seperjuangan mummy sentiasa diberi kesihatan yang baik dan diperluaskan rezeki agar dapat terus melakukan apa yang kami lakukan sekarang. Semoga kita semua tak patah semangat untuk terus membantu makhluk tuhan yang tercipta yang paling seksi ni eh! bukan seksi...COMEL!


don't give up! chaiyok...chaiyok!!


insya'Allah....dengan izin Allah ;)


suka?

10comments: