Tuesday, February 26, 2013

Mia & Molly

Share

















Mia dah setahun tiga bulan. Dah besar sikit ni dah kurang ganas bila main dengan jejebon. Dia dah faham bila kite cakap "jangan nanti meow sakit.." Cuma sesekali tu bila geram sampai tercabut jugak lah bulu jebon dikerjekan. Jejebon macam biasa pasrah jer huhuu...



video


Banyak jugak perkataan yang Mia dah pandai sebut. Tu tengah main-main nampak nenek terus cakap "aaaa nene.." Kadang panggil nenek kadang panggil mak sebab dia dengar kitorang panggil mak kan so dia pon ikut lah. Bila tanya nenek mana? Mia tunjuk nenek. Bila tanya mak mana? tunjuk nenek juga hehe...


Perkataan pertama yang Mia pandai sebut bukan mak, bukan ibu atau ayah tetapi LUBANG hahaha... Kat laman tu abah ada buat lubang air bawah tanah, abah cakap kat Mia tu lubang. Sejak hari tu bila keluar rumah jer terus cakap "ubaa...ubaa.." lubang la tu kikiki...


Yang bestnya kucing tak pandai sebut, meow pon tak pandai tapi bila kite cakap jebon Mia sebut "bo...aya boo.." Sayang jebon katanya hihih.....

suka?

4comments: