Monday, February 25, 2013

Operasi memberus gigi jejebon

Share
haluuuuuuuuu....
Okeh mummy bz sebenarnya ni tapi nak update jugak. Mummy update lelaju okeh.


Hari minggu lepas tu cam biasa la operasi memandikan jejebon kan... Dan seperti yang telah diwar-warkan mummy juga akan menggosok gigi jejebon sekali. Oleh kerana jejebon ramai, mummy biasanya bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Jejebon Beso dan Kumpulan Jejebon Kecit.


Hari Sabtu adalah untuk Kumpulan Jejebon Beso. Maka satu persatulah jejebon yang beso seperti Bulat, Teteh, KakakBaby, Min, Mon, dan yang lelain dimandikan dan diberus giginya. Yang tak kena berus cuma Yaya sekor jer sebab dia dah sakit kan, mummy memang tak berani nak sentuh mulut dia. Hazab yer nak memberus gigi jejebon beso nih, badan memasing dah la besau gedabak pastu kuku keras kebatun, berus gigi sampai terpelanting-pelanting...



...dan semestinya tangan mummy yang halus mulus ini turut menjadi mangsa sobs..sobs...atit taw :'(



Walopon rasa macam dah putus asa nak menggosok gigi jejebon ni, keesokkan harinya bangun tido mummy seakan mendapat semangat baru. Jadi misi untuk menggosok gigi jejebon diteruskan juga dan kali ini giliran jejebon kecit pula. 


Tapi ALHAMDULILLAH! tanpa disangka jejebon kecit memberi kerjasama yang baik kepada mummy, lebih senang kerja nak memberus gigi mereka. Ada la sekor dua yang dok ketap mulut ketat-ketat tapi mummy berjaya mencungkilnya muahaha...dekat pukul 1 baru siap.







tengok! gigi menjadi lebih putih selepas diberus dengan berus gigi systema 0.02mm ahaks! yer betol! memang mummy guna berus gigi systema tu sebab berus dia lembut, mummy pon guna berus gigi yang sama eh! bukan berus gigi yang sama, mummy punya kaler pink jejebon punya kaler oren eheee




dapat amik gambar budak berdua ni jer...yang lain lepas keluar bilik air terus mencicit lari keluar terus tak nampak batang hidung lagi.  Trauma lettew kena gosok gigi kehkeh...

Eh! ok lah stop sini dulu. Sok lusa mummy stori mori lagi ekk...
Daaaa.......


[entri ditaip dengan kelajuan 66 patah perkataan seminit]

suka?

5comments: