Friday, February 22, 2013

Sakit Mulut

Share
Assalammualaikum w.b.t




Ini Merah atau nama manjanya Yaya. Umur Yaya ni hampir 9 tahun. Kalau ada terbaca kisah Yaya sebelum ni mesti korang tahu yang Yaya ni sakit mulut dan tak boleh makan makanan keras. Sejak Yaya sakit dia suka menyendiri dan tak suka diganggu. Bila diusap pon dia akan menderam tanda dia tak suka.





Tapi dalam sebulan dua ni nampak sakit tu macam dah kurang, Yaya pon dah berani curi makan kibble. Mummy yang takut sebab pernah sekali tu sampai berdarah mulut dia. Mungkin Yaya jemu makan ayam rebus dan ikan rebus sahaja. Jadi mummy bagi jugak kibble tapi rendam dulu dengan air pastu lenyek-lenyek dengan wetfood. Kibble lenyek ni kiranya resepi baru Yaya la selain ayam rebus dan ikan rebus hehe... Alhamdulillah Yaya masih berselera makan, tengok badannya pon dah naik.


Penyakit mulut ni sebenarnya dikenali sebagai Gingivitis. Puncanya disebabkan sisa-sisa makanan yang tertinggal dalam mulut dan membentuk plak. Bila plak tidak dibersihkan tartar akan terbentuk. Pembentukan tartar inilah yang menyebabkan radang gusi (gingivitis) . Radang gusi menyebabkan gusi berwarna merah pekat. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan sekitar mulut sakit atau sensitif apabila disentuh dan kesulitan untuk mengunyah makanan.


Menurut kata Vet kebanyakkan kucing yang berusia akan mendapat masalah ini tetapi sebenarnya kucing yang berumur 3 tahun juga sudah berisiko mendapat masalah yang sama. Menurut kata vet lagi sebaiknya gigi kucing perlu dibersihkan melalui proses scalling sekurang-kurangnya setahun sekali.


Anggaran kosnya adalah diantara 150 hingga 200 ringgit. "Haaa..???" (terbeliak mata ternganga mulut) Dua ratus hengget?? Mummy buat scalling pon baru 40 hengget huhuu...


Kos yang tinggi tu disebabkan kucing perlu dibius pengsan sepenuhnya semasa proses scalling dilakukan. Seperti biasa kucing juga perlu dipuasakan untuk mengelak ia muntah. Bahaya yer kalau perut berisi sebab muntah tu nanti boleh masuk ke saluran pernafasan. Kerana itu lah bius perlu dilakukan ketika perut kosong.


Oleh kerana proses scalling perlu dilakukan dalam keadaan kucing dibius pengsan, kucing tua atau yang mengalami masalah hati tidak sesuai dilakukan scalling ini kerana bius bahaya bagi kucing itu sendiri.



 

Budak Omot ni pon mummy risau jugak sebab macam dah ada tanda-tanda ke arah tu. Mungkin Omot baru di peringkat permulaan sebab Omot masih boleh makan kibble macam biasa.Vet kat tempat mummy ni tak buat scalling pon dia cuma bagi antibiotik sahaja. Harapnya sakit Omot tak bertambah teruk lah. Risau mummy :(


Jadi sebagai langkah pencegahan, gigi kucing perlu dibersihkan atau diberus giginya sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Rasanya lebih baik daripada proses scalling yang memerlukan kos yang lebih tinggi betul tak?


Hmmm....tak pernah umur mummy gosok gigi jejebon tu. Nampaknya nak kena start gosok gigi dorang dari sekarang memandangkan  jejebon mummy dah terkena. Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat? 


Okeh jejebon! Siap sedia esok time mandi mummy akan gosok sekali gigi korang yang berkarat ituh muahaha...

suka?

6comments: