Thursday, March 7, 2013

Langkah-langkah sebelum dan selepas kucing dimandulkan ♫♪ step by step uu..bebeh ♪♫

Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter manakala bagi kucing betina adalah spay. Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang. Dan spay pula adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio dan ovari kucing betina akan dibuang.



Setelah membuat temujanji, berikut adalah langkah-langkah yang biasa saya lakukan :

  1. Mandi - bukan saya tetapi kucing :p  Selepas kucing dimandulkan biasanya kucing tidak boleh dimandikan dalam tempoh 2 minggu. Maka kebiasaannya saya akan memandikan kucing saya sebelum dimandulkan. Oleh kerana kucing-kucing saya dimandikan setiap minggu maka tak jadi masalah. Mangsa (kehkeh..) dimandikan pada hari Sabtu atau Ahad dan biasaanya saya membuat temujanji pada hari bekerja, saya akan call vet pada hari Isnin dan temujanji ditetapkan pada hari berikutnya.

  2. Ketip kuku (kerat/potong kuku) - saya akan pastikan kuku mangsa diketip sebelum pembedahan dilakukan. Memastikan kuku kucing pendek dan tumpul adalah penting untuk mengelakkan kucing mencederakan diri ketika dalam keadaan tidak sedar. Ada sesetengah kucing akan mencakar-cakar kawasan mulutnya kerana berasa kebas dan tidak selesa semasa dalam keadaan separuh sedar. Keadaan ini boleh mencederakan kucing itu sendiri jika kukunya panjang dan tajam.

  3. Puasa - Kucing perlu dipuasakan selama 8 hingga 10 jam sebelum pembedahan dilakukan. Jika kucing dibius dalam keadaan perut yang berisi boleh menyebabkan muntah atau sesak nafas. Kebiasaannya pembedahan dilakukan pada waktu pagi. Last saya akan bagi makan pada pukul 7 petang. Last makan tu memang special sikit lah, saya akan bagi si mangsa makan ayam, wetfood atau apa-apa saja makanan kegemaran si mangsa.

Setelah selesai pembedahan, kucing akan sedar selepas 4-5 jam atau mungkin lebih. Kesan ubat pelali tersebut akan hilang sepenuhnya selepas 24 jam. Sementara itu kucing akan kelihatan seperti mabuk, kadangkala muntah atau cirit birit bergantung pada jenis ubat pelali yang diberikan. Ada sesetengah kucing tidak mengerdipkan mata, jika ini berlaku perlu dititiskan ubat pada matanya (minta pada vet)

Pada ketika ini penting bagi kita untuk memastikan kucing tidak berada dalam kesakitan. Contohnya kucing meraung panjang atau berulang-ulang dan kelihatan sukar untuk duduk atau berdiri seperti dalam kesakitan. Jika keadaan ini berlaku perlu dirujuk semula pada vet. Kerana kebiasaannya kucing hanya akan mendiamkan diri sambil cuba untuk menggerak-gerakkan badan.  


Penjagaan selepas itu adalah penting dimana kita perlu sentiasa memantau untuk memastikan luka pembedahan tersebut tidak berdarah, bernanah atau bengkak. Jika keadaan ini berlaku ia perlu dirujuk semula pada vet yang bertanggungjawab dengan segera.

  • Seeloknya kucing yang baru lepas menjalani pembedahan dikurung di dalam sangkar untuk mengurangkan pergerakkan terutama untuk kucing betina kerana lukanya adalah lebih dalam berbanding neuter, maka penjagaanya juga perlu diberi lebih perhatian.

  • Pastikan keadaan dalam sangkar sentiasa bersih.  Jika dialas dengan kain atau kertas alas tersebut perlu ditukar setiap hari untuk mengelakkan jangkitan pada luka. Seeloknya sangkar ditempatkan di lokasi yang tidak bising dan sedikit gelap.

  • Jika menggunakan pasir jenis yang berdebu seelokknya ditukar kepada kertas untuk sementara kerana bimbang debu pasir tadi boleh mengakibatkan jangkitan pada luka.

  • Beri ubat penahan sakit yang dibekalkan doktor dan sapu krim antibakteria.

Nampak macam leceh dan menakutkan tapi kebiasaanya segalanya akan berjalan lancar, insya'Allah. Kucing jantan akan sembuh hanya dalam jangkamasa 3 hari manakala kucing betina akan sembuh dalam tempoh 7-10 hari. Dalam tempoh ini lawatan ke vet dilakukan untuk membuka benang jahitan. Ada juga vet yang menggunakan benang yang boleh tertanggal dengan sendiri jadi tak perlu dibawa berjumpa vet semula.
 

Kucing yang telah dimandulkan tak akan mengawan dan bunting. Kucing jantan juga tak akan menanda kawasan (spraying) selepas dimandulkan. Memandulkan haiwan peliharaan terdapat banyak kebaikkan dan saya amat menggalakkannya. Jangan la kata mandulkan kucing ni kejam. Kalau kucing kita tu membiak dengan jayanya, mampu ke kita nak menjaga kesemuanya?


Kucing betina bunting hanya dalam tempoh 60-65 hari (lebih kurang 2 bulan lebih sahaja) Kucing boleh mendapat 4 hingga 6 ekor anak dalam setiap kelahiran. Kata lah dalam tempoh setahun kucing tersebut bunting 3 kali, dah berapa ekor tuu? Tahun berikutnya pula anak kepada ibu kucing bersama ibu kucing tu sekali bunting serentak! Bayangkann.... mampu ke nak jaga?


Dan akhirnya bila tak mampu, kucing-kucing itu dibuang, dibiarkan berkeliaran dan tidak dipedulikan. Satu kesudahan yang amat menyedihkan dan tak patut berlaku. Bukankah lebih elok kita cegah sebelum ia terjadi daripada ia terbunuh setelah diberi nyawa. Tepuk dada tanya akal, jadilah tuan yang bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan sendiri ;)




64 comments:

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ said...

gud info

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ said...

gud info.. *clappp..clapp..clappp tp MM*

dah kasik link ni kat member.. hehehhe ;)

Misz Pinkie Winkie said...

gud info ;)

.::cik lin::. said...

mummy kalo la kite bekerja dan xdapat nak memerhati sepenuh masa, mcmne eh..risau pula rasanya...takut masa time kerja tu dia sakit ke...

Nur Misnan said...

Kopi tak jadi nak sunat coz tak sampai hati nak benarkan..

kelmarin belikan couple nak kahwinkan. Beli tak check terus bayar.. Nama KATY terus jadi KARIM.. kah3.. nasib ler Kopi tak kena call GAY

Mijoe said...

ada lagi ke jejebons KK yg belum cunat? :p

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

terima kasih banyak2 aras info ini. sudah buat temujanji, somewhere next week kakCT nak spaykan 2 sekali. doakan mereka ok ok semuanya.

how is gegirl?

aby said...

aby tengok SRK dah tk agresif mcm dulu lps kena sunat .. dah tk berani keluar dari rumah ... cuma main2 kt dalam pagar jer .. dah tk melompat mcm dulu .. kesian plak ..
Melody pula sekarang dah terlebih gebus ...

shameel Iskandar said...

Trima kasih MM ats perkongsian info. x pernah lagi kasi kucing, tp dgn info ni bolehlh sy jadikan panduan

Mas Zull said...

assalamualaikum mummy...betul2 tu...:)

UniMeOw said...

uni xnah mandulkan kucg..
& uni xnah buang pon kucg2 yg ramai 2..

(^_^)

cuma yg jantan slalu la kena bleter sb kencing merata2..haha

Callie O said...

Info bagus. Saya ada kucing jantan SIAM hampir satu tahun. Dah kurang nak kencing kat liter box. Suka kencing kat tempat berplastik. Kalau neuter, mana Vet kat Kelana
Jaya yang pakar? Pls help. Tks.

Callie O said...

Info bagus. Saya ada kucing jantan SIAM hampir satu tahun. Dah kurang nak kencing kat liter box. Suka kencing kat tempat berplastik. Kalau neuter, mana Vet kat Kelana
Jaya yang pakar? Pls help. Tks.

Callie O said...

Info bagus. Saya ada kucing jantan SIAM hampir satu tahun. Dah kurang nak kencing kat liter box. Suka kencing kat tempat berplastik. Kalau neuter, mana Vet kat Kelana
Jaya yang pakar? Pls help. Tks.

meowwmania said...

Callie O,
sy tak pasti kat mana Vet di Kelana Jaya sbb sy orang johor jg mmg sy tak tahu huhuu...

cuba tnya orang atau google ;)

Fifiey Zurra said...

Sy nk sunatkn qiqi sy pada ari slsa ni...bla sy bca apa yg ttulis d atas sy mjd tkt...

Andrey Sigley said...

Saya ingin bertanya: benarkah kucing jantan setelah dikebiri (neutered), jenis makanan keringnya harus diganti dengan yang spesial? [katanya agar tidak terjadi penyumbatan salurang kencingnya].

meowwmania said...

Andrey Sigley,

memang betul..kcg jantan yg disunatkan lebih berisiko mendapat batu karang atau kencing tak lawas

kalau boleh pilihlah makanan premium bkn makanan komersial yg byk terdapat di pasaraya yg mengandungi kandungan garam yg tinggi ;)

haszie gdot said...

Mcm mana nak elakkn kucing dr menjilat luka jahitan tu..sya bru je kasikan kucing betina saya..dh dipakai corong dileher..tp setiap kali tu gak dia tggalkan..dh cuba alih perhatian dia dr mnjilat dgn ajak brmain..tp sekejap je..sbb saya bekerja..x bleh la nk perhatikan dia je..dh x tahu nak wat pe ni..risau lukanya bengkak nnt bila dia jilat..hari ni dh hari ke 4 dikuarantin..

haszie gdot said...

De x cara nak elakkn dr dia mnjilat luka jahitan..dh dipakaikn corong kt leher..tp pandai plak dia buka.tiap kali buh ubat krim ..di jilatnya..dh cuba alihkn perhatian dia..dgn ajak main..tp kejap je..risau bengkak je...ni dh hari ke 4..mcm mana nk tahu luka dh ok..

meowwmania said...

haszie gdot,

kebiasaannya kcg mmg akan menjilat tmpt jahitan tu sbb rasa tak selesa atau gatal, selagi dia tak gigit tarik benang tu ok jer rasanya kot cuma kalau boleh jgn letak krim terlalu byk pd lukanya tu ;)

Norazlinr Azmi said...

salam awak, kt nak tanye la
kt baru mandulkan kucing betina kt ni,tapi harini kt pegi kije kt tak tinggalkan air dgn maknan die..

sebab die mengamok la nk kua dari cage tu..abis dia terbalik kan tpt maknan dgn air..

takpe ke kalau 1 ari ni die tak mkn dgn minum...kesianla plak ni

meowwmania said...

Norazlinr Azmi,
eh jangan...kena bagi makan dan minum, dia dalam proses pemulihan kena makan supaya ada tenaga untuk sembuh

Zarifah Muhamad said...

Salam. Kucing sy baru lepas kena spay. Jahitan dia bengkak dan keluar nanah. Sy sudah pergi vet dan doctor tlh membuka jahitan trsebut dan jahit sekali lagi. Kucing sy dh kena jahit utk kali ke 3. Skrg ni perkara yg sama berlaku lagi. Patutkah sy bwk ke vet lagi? Sy tak sanggup tgk kucing sy kena jahit utk kali ke 4. Sy tahu kucing sy menderita cuma dia tak boleh nk bercakap je. Tolong sy meowwmania :'(

meowwmania said...

Zarifah Muhamad,
Ya Allah kesiannya...camana boleh jadi camtu yer

rasanya elok dipakaikan e-collar pd kucing agar dia tak menjilat tempat jahitan tu dan cagekan utk kurangkan pergerakkan dia

letak krim antibiotik atau gel gamat pada luka tu dlm kuantiti sedikit tetapi kerap

tapi jika luka tu tetap tak elok mmg kena bawak jumpa vet juga :(

sy takde pengalaman kes mcm ni harap sedikit sebanyak dpt membantu..

shahrizan shah said...

Sy tinggal jer kucin sy dkt klinik vet supaya dapat penjagaan yg sempurna .. G ler jenguk2 Setiap hari klu sempat .. Selepas 2 minggu baru ambil.. Mmg makan kos jgk Tetapi puas hati klu kucin kita sihat..

shahrizan shah said...

Sy tinggal jer kucin sy dkt klinik vet untuk di pantau 2 minggu.. Takut x der mase nk jg waktu lepas pembedahan.. Dan takut nanti ader masalah jangkitan.. Mmg makan kos.. Tapi puas hati Kalau kucin kesayangan kita sihat ;-)

Mahfuz Maarof said...

Kucing saya dah 4 hari tak makan selepas dimandul kan..kenapa ye..

meowwmania said...

Mahfuz Maarof,
jangan dibiarkan segera bawak ke vet utk pemeriksaan yer..

hir ayiera said...

nikicet.. kucing sy baru lahir dalam sebuln lebih, bolh ke saya bwak g sunat.. n biase kos sunat die bape ek?

meowwmania said...

hir ayiera.

umur kucing yg sesuai disunatkan adalah pada usia 6 bulan (dan dalam keadaan sihat)

kosnya berbeza mengikut tempat, kalau di vet gomen mungkin lebih murah, vet swasta dlm lingkungan rm 60 jantan rm 120 betina

Nor Syahiza said...

Salam..soalan 1: sy nak tanya kucing saya masih lali selpas 2hr mlakukan spaying..dia langsung xnak mkn dan asyik tidur shj..hnya mnum air kdg2 bila dy bgun..adakan ini akan memudartkan keadaanya..?

soalan ke 2: kalo sy pergi kerja,,kalo dia kencing n kertas tu basah sy x dpt nak tukarkan..adakah kuman akan cepat merebak pd kucing sy tu?

meowwmania said...

@Nor Syahiza

normal kucing akan sedar dlm tempoh 4-6 jam. jika saudari kata selepas 2 hari kcg masih lali tentu ada sesuatu yg tak kena. seeloknya dibawa ke vet semula

air kencing kucing boleh menyebabkan pelbagai penyakit, boleh gunakan pampers sebagai alas jika keadaan memaksa

daifukubean said...

assalam... nk tnya skit bleh..? berapa kerap kita boleh/kena mandikan kucing kita? seminggu sekali? sebulan sekali? 3-4 bulan sekali? ada kesan apa2 x kalau kerap mandikan kucing kita, macam bulu kucing patah ke, apa ke...tq ^_^

meowwmania said...

daifukubean,
kalau bela kucing outdoor mcm sis ni biasanya sis mandikan seminggu sekali, kalau bela kucing secara indoor mungkin memadai sebulan sekali atau dua kali sahaja.

yg penting pastikan kucing sihat 100% sblm nak mandikan yer..

Haziq said...

Salam, saya ada satu soalan. Saya perlukan jawapan as soon as possible. Saya baru mandulkan kucing jantan saya dua hari lepas, persoalannya, kucing saya kerap muntah, adakah normal?

meowwmania said...

Haziq,
tak normal bawak ke vet utk pemeriksaan segera

zas zachary said...

Asmkm semua...sy nk tanya, sy baru memandulkn kucing betina sebelum pulang raya hari tu. Sebelum dimandulkn saya diberi taklimat oleh klinik ttg risiko & kawalan yg mana antaranya kucing tersebut perlu diberi vaksin terlebih dahulu (krn kucing sy belum lagi diberi vaksin) & kucing tersebut perlu dipastikn sihat. Jika tidak sihat maka proses permandulan tidak akan dibuat utk keselamatan. Sy kemudian diarah menandatangani borang menerima risiko yg bakal berlaku di sepanjang proses pemandulan terbabit. Slp pemandulan, saya dapati kucing sy sakit & selesema sehingga mengjangkiti kesemua anak2nya. Bila sy bawa semula kucing saya & anak2nya ke klinik tersebut pekerja klinik tersebut sahkan tiada vaksin diberikan sblm pemandulan. Hingga kini kucing sy masih sakit & kesemua anaknya yg dijangkiti telah mati. Sy nk tahu apakah Vet tersebut tidak mengikut prosedur dlm proses pemandulan tersebut?? Harap pihak doktor & kawan2 boleh beri penjelasan. TQ

ib said...

As salam... sy baru kasi kucing sy dlm lebih kurang seminggu... tp.. yg peliknya dia jalan mcm tempang... kaki belakang belah kanan dia mcm x leh tegak.. ini mmg normal @ abnormal?

ira//myee said...

Saya telah mandulkan kucing jantan saya kira kira sebulan yang lepas. Tapi perangai dia jadi lebih aggesif dan aktif, suka mengigit dan sombong. Dulu dia lebih manja dari sekarang. Kenapa ye?

meowwmania said...

@ira//myee,
tengok kucing kot sbb kucing sy ada jugak yg garang tp biasanya dia garang dgn kucing jugak la dgn saya dia masih manja

muhammad fadell said...

Salam, kucing sy cirit birit selama 4 hari.. Bagaimana nak buat? Setiap kali lepas makan mesti berak cair.. Saya berada di jordan sekarang ni..

mel said...

Thks for the useful info. Akak baru je neuterkan kucing peliharaan anak2. Doctor kata simpan dlm umah ....so akak pun letak sangkarnya kat loving hall supaya senang nak pantau sambil tengok tv. Bila dah baca blog baru tau kena letak kat tempat yg tak bising dan sedikit gelap. Patutlah sweetie asyik nampak tak selesa..

NAZRISAFWAN zainal said...

Assalammualaikum..
Sy berniat utk neuterkan kucing sy,tp selepas di rujuk dgn kekwn sy,mereka menyarankan sy menggemukkn kucing saya dahulu sebelum di neuterkan..betul kew?

meowwmania said...

@NAZRISAFWAN zainal,
gemukkan kucing dulu?? tak penah dengar pulak. Yg sy tahu kena pastikan kucing dlm keadaan sihat dan cukup umur

umur yg sesuai utk kasi@kembirikan kucing adalah pd usia 6 bulan

Carol May said...

Info ya sangat2 menarik untuk pecinta kucing. ..Saya sendiri ada pengalaman kucing deman teruk. .sampi saya sendiri menangis yoyooo. .heeeeeeeee. .Maklumla x sampi hati tengok berry terbaring kaku. ..bawa pergi vet kene injek rm150. .ambik ko. .tuan demam pun rm2.50 sen panadol. .sekarang ni ingat nak mandulkan tapi takut pulak x pandai jaga. .ingat kalau ada rezeki Lebih nak simpan jela kat vet Sampai dia elok. .tapi tu la. .takut mahal la pulak

haper said...

kucing saya bila antar tuk mandulkan dia jadi garang tpi di umah dia mmg manja. Da 2 kali anta vet tpi x berjaya. Umur da dekat 7 bulan, tempoh checkup da cukup tuk mandulkan. Sya siap boarding utk wat spay kot2 bagi dia biasakan suasana vet. Ada cara lain tak bagi jinakkan sebelum spaykan dia? Kadang kesian saya tgk dia mengiau2 seolah nk mengawan tp takut bila keluar umah nnti x balik2. Mohon pandangan. Terima kasih.

missfiey tailor said...

esok nak g vet n jumaa pg nak neuterkan kucing sy. hihi. doakan semuanya berjaya yee. kali nii dah 3ekor dineuterkan. perubahan stakat ni, kucing lg manje, kuat makan, bulu kembang, kuat tidur, paling penting gemukkk. ehehehe

Siti Amirah Mohd Saini said...

Salam. Kucing sy baru je neuter 2 hari. Dia kencing x lawas. Sy dduk dkt mlke. X bnyk vet buka 24 jam. Ape sy boleh buat utk bantu kucing sy? X sampai hati tgk dia meneran nk kencing tapi still urin x kluar. Help pleaseee

meowwmania said...

Siti Amirah Mohd Saini,

Adik seeloknya kucing adik perlu dirujuk semula ke vet. Itu yg terbaik sbb penyakit tak boleh kencing ni boleh membawa maut.

Sementara ni adik boleh cuba bagi ACV (apple cider vinegar)/cuka apple,

Nisbah ACV dan air adalah 1 bahagian ke 4 bahagian:
ACV = 1/2 sudu kecil dan Air = 2 sudu kecil.

Emergency Dose: Beri campuran di atas setiap 30 hingga 40 minit.

Maintenance Dose: Campurkan sedikit ACV ke dalam air minuman atau makanan dua atau tiga kali seminggu.

Dan adik kena stop bagi dia makan kibbles (makanan kering kucing frieskies whiskers dll) bagi dia makan dada ayam atau ikan(buang tulang) rebus sahaja. Seeloknya menten bagi ayam/ikan rebus dalam seminggu dua. Kalau boleh pilih makanan kucing dlm kategori premium, ia lebih elok dan kurang garam yg menyebabkan batu karang/kencing tak lawas.

Boleh rujuk entri akk berkenaan dgn ACV disini

http://meowwmania.blogspot.com/2013/06/khasiat-apple-cider-vinegar-untuk.html

semoga sedikit sebanyak dpt bantu adik dan semoga kucing adik dapat diselamatkan

ulala said...

Assalamualaikum , nak tanya
kucing betina sis saya ada sakit busung , boleh tak dikasikan? sebab kalau boleh nak kasikan segera , kesian cuba tarik perhatian kucing jantan sekor lagi ( dah disunatkan) , bukan tu je .. dia menderita dgn sakit busung lagii. ksiannn dengan x boleh nak kawal perasaan nk ngawan tuu. pls inform me segeraaa.
masa mula-mula ambil mmg dh sakit.. x boleh nk vaksin , nk kasikan dan x boleh buat apa dah. cuma bgi ubat ubatan hayat dia aja.
#sayayangkerisauan

meowwmania said...

@ulala

busung? rasanya kucing tu diserang FIP jenis basah. FIP basah akan mengakibatkan pengumpulan cecair dlm perut atau paru-paru atau kedua-duanya sekali.

Kucing yang diserang FIP jenis basah ini akan sukar bernafas atau mencungap, tidak memberi sebarang tindak balas terhadap rawatan antibiotik, penurunan berat badan, lemah, kurang aktif, tidak bertenaga, demam, hilang selera makan dan perut buncit.

Untuk kasikan kucing syarat yang pertama adalah kucing mestilah dalam keadaan sihat. Seeloknya adik bawa kucing berjumpa vet untuk diperiksa dan dapatkan nasihat dr doktor yg lebih pakar.

Myra Ellery9491 said...

Asslkm..nk tnye..kucing betina saya baru dimandulkan pg td....pemakanan die mcm mane ye???kne bg mkn keras / basah.....???....
Boleh putus susu ke???sbb die bru melahirkan baby meow 5 ekor smlm...plisss answer ASAP.....URGENT....

mr_ peace said...

assalam....boleh tak bg pencerahan sikit tentang penjagaan makanan selepas pembedahan di lakukan??
adakah kucing akn makan mcm biase or ade pantang
ade sapa2 bg pencerahan sikit plzzz?????

mr_ peace said...

assalam....boleh tak bg pencerahan sikit tentang penjagaan makanan selepas pembedahan di lakukan??
adakah kucing akn makan mcm biase or ade pantang
ade sapa2 bg pencerahan sikit plzzz?????

Unknown said...

Good info sisπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘mine just did spay just now,,,n I m worried ttg nak Beri makan utknye....berapa jam later Baru dia boleh mkn ye

Unknown said...

Biasanya lepas spay, kucing akan mamai kesan drpd bius. Lps die dah sedar sepenuhny dr bius & jalan seperti biasa(tidak terhoyong hayang) dah boleh bagi mkn mcm biasa. Ni ikut pengalaman saya spay my cat. Alhamdulillah, wpun saya cume ltk ubat luka tu skali dua shj(sbb kucing saya akan jilat tempat operation so decide xnk ltk ubat luka) tp lukanya cpt sembuh. Ada org ckp, air liur kucing pn ade healing effect jugk. Saya x ada pkaikan collar, x masuk dlm cage sbb kucing saya indoor shj. Pergi keje pn saya tawakal jer tnggalknand my cat very2 active! Lbh kurg 1 week luka pn dh sembuh..

Penyek Kentang said...

Assalam hai. Kucing saya jantan. Saya nak tanya. Kucing saya dah mula tanda tempat. Bila dimandulkan, adakah dia akan berhenti tanda tempat ?

jalinankasih said...

Selepas melahirkan anak, brp bln baru blh mandulkan?

nur iffah said...

Salam.nak tanya..saya baru mandulkan kcing jantan smalam..dia sdar2 tu try bg mkann tp xnak..smpai ptang ni pon xnak mkan n mnum..xpe ke?dah nmpk kurus sikit dia.bmbang plak..

Anies Semail said...

Sy nak tye, kucing jantan sy da sentahun di mandulkn, to hri ni tiba2 die gigit bantal n seolah macam tgh mengawan dgn bantal tu, sy pelik.. Kan da di mandul kn knpa tb2 die bole jd mcm tu.. Plssss help me runsing ni

Rina daziah said...

Info yg sngt membantu, terima kasih.kucing kesayangan sya c boboo baru je boarding utk dimandulkan...mga2 semua dipermudahkan..trpaksa mandulkn sebab pandai sngt bergaduh dn asyikkk le mngawan..hu3

azhani azhar said...

Info yang sangat berguna. Tq.

Syazmira Suhaimi said...

maaf bertanya.. kalau kucing masih mabuk selepas dibius.. boleh ke kita bagi minum? sbb dia mencari air.. normal ke klu dia kencing atau cirit air sedangkan belum makan? sudah lebih dari 6 jam.. kucing saya masih mabuk. harap dibntu