Tuesday, March 12, 2013

Luahan hati mummy

Share
Assalammualaikum.

Entri sebelum ni mummy cerita pasal seorang jiran mummy yang tolong jagakan Citam kan. Ni mummy nak stori-mori sikit. Mummy lebih suka orang macam jiran ni, bila rasa tak boleh atau tak mampu terus dia tak mahu bela sebab taknak sampai mengabai atau menganiaya kucing tu. Orang yang faham tanggungjawab ni macam tu la dia fikir, ada tu yang main ikut-ikut saja. Orang bela kucing dia pon nak bela tapi bila kucing sakit dibiarkan tak dibawa ke klinik, bila dah beranak-pinak banyak-banyak dibuang tak nak dikembirikan. Hilang nak dapat pahala bela kucing dapat dosa sebab abaikan haihh!


Bertanggungjawablah pada haiwan peliharaan masing-masing. Mereka tu bernyawa ada masa sihat dan ada masa sakit. Kita kena bersedia sejak hari pertama kita buat keputusan untuk menjaga mereka. Kalau tak mampu nak pikul tanggungjawab jangan bela. Kadang-kadang rasa terkilan bila ada yang emel atau hantar mesej pada mummy, "kucing saya jatuh... kucing saya excident... kucing saya dipatuk ular... apa nak buat? Astagfirullahalazim....bawak la pergi klinik, bawak jumpa vet!!


Kucing kamu sedang dalam keadaan bahaya masih ada masa nak emel, PM bagai. Diingatkan saya BUKAN VET. Apa yang ditulis dalam blog ini adalah kebanyakkkan berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri. Saya hanya berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu yang saya tahu.


Minta maaf mummy terpaksa luahkan di sini. Semua orang ada masalah, awak ada masalah saya juga begitu cuma tidaklah saya war-war semua masalahnya di sini. Cuma setakat berkongsi masalah tu dengan keluarga atau sabahat terapat. Kadang-kadang jadi stress bila baca emel dan mesej-mesej tu.  Tu belum lagi ada yang emel sanggup nak hantar kucing pada kita sebab dah tak boleh nak jaga lagi katanya. Mummy takde shelter yer..mummy takde pusat pelindungan kucing hanya tanah sekangkang kera yang mummy kongsi bersama dengan bebudak jebon di sini. Apa yang mummy lakukan sekarang adalah setakat yang mummy mampu. Setiap orang ada had kemampuan masing-masing kan...mummy juga begitu.


Jangan sewewang-wenangnya campakkan masalah kita pada orang lain. Mintak orang lain tolong selesaikan. Kalau rasa tak mampu nak pikul tanggungjawab jangan terima.  Jangan ambil jalan mudah. Tiada perkara yang mudah dalam hidup, semuanya perlukan usaha dan kerja keras.


Sekali lagi mummy mohon maaf, mummy penat.
Bukan penat dgn kucing tapi penat melayan kerenah orang.




Pengkasian dapat mengelakkan pertambahan populasi kucing yang tidak terkawal. Bila dah banyak-banyak macam ni mesti kita tak mampu nak jaga kan?




Saya yang penat, 
meowwmania #bukanVet #takdeShelter

suka?

9comments: