Monday, April 8, 2013

Apek Demam Panas

Share
Assalammualaikum :)





Tengok Apek ni, kesian tak? Kesian kan...sedih jer muka dia. Apek diserang demam panas sebenarnya. Suhunya mencecah sehingga 105.2°F Memang terkejut gajah masa vet bagitahu tu. Biar betol! panasnya...kesian Apek, patut la dia melepek tak larat.


Pagi hari Jumaat tu masa bagi makan, perasan Apek tidur jer langsung tak kisahkan nak makan. Apek ni pemakan, selalunya dia dulu kalau pasal makan ni dan yang paling last habis makan. Apek memang sentiasa berselera nak makan jadi bila dia tanak makan tu mummy dah agak ada sesuatu yang tak kena.


Bila mummy angkat dan dukung Apek, terasa bahang badan dia. Jadi sebelum pegi kerja tu mummy bagi ubat demam ngan antibiotik pada Apek. Tengahari balik cari cari Apek takde....petang balik pon takde. Cari punya cari jumpa Apek tidur dalam gelung kat bawah pokok rambutan.Terus mummy dukung dia bawak masuk rumah. Memang panas badan dia. Mummy suapkan dia makan wetfood pastu bagi ubat lagi. Malam tu mummy letakkan Apek dalam cage.


Esok paginya bangun bangun jer mummy terus pegi kat Apek. Ya Allah makin panas badan dia! Mummy terus amik air putih dalam petik sejuk dicampur dengan ais, rendam tuala dalam tu dan tuamkan kat kepala dan badan Apek. Oleh kerana klinik tutup mummy call dokter mintak tolong dia datang ke rumah, mujur vet nak datang kalau nak tunggu klinik bukak hari Isnin lama sangat kesian kat Apek.








Lepas cek suhu badan Apek dokter bagi injection untuk turunkan suhu. Dapat ubat demam, antibiotik dan ubat selera makan. Ubat tu untuk 5 hari, dokter kata kalau tak sihat lepas 5 hari tu kena bawak ke klinik semula.


Oleh kerana Apek tak selera nak makan kena force-feed dia jadi mummy beli setin a/d hills tu. Mummy suka bagi a/d  sebab tekstur dia halus senang nak disedut dalam syringe. a/d ni macam nutritional support untuk haiwan pulih daripada sakit, ia mengandungi protein dan bahan-bahan yang sangat mudah dicerna dengan kalori tambahan untuk membantu dalam pemulihan.


Kalau tengok ingredients a/d  mengandungi pork liver tapi ada yang kata untuk pasaran Malaysia ni takde pork Waallahualam...mummy pon tak tahu. Cumanya bila dah tahu ni, berhati-hati lah ketika mengendalikan a/d. Lagipon sekarang kan dah ada Sabun Taharah, kerja-kerja menyucikan diri menjadi  mudah *wink* Ubat telinga tu dokter suruh titiskan dalam telinga Apek sebab taik telinga Apek meleleh keluar dan berbau, dokter kata takut ada infection.


Alhamdulillah lepas 2 hari makan ubat nampak Apek semakin sembuh. Semalam lagi Apek dah mula makan sendiri tak perlu disuap lagi. Syukur sangat sangat! Cuma nampak Apek masih lagi lemah dia lebih banyak tidur dannn... terlebih manja pantang nampak muka mummy mengeow mintak manja hehe..



Al-kisahnya sepatutnya hari Sabtu tu ada jemputan kat Melaka tapi sebab Apek sakit mummy tak jadi pegi jadi tinggallah mummy sensorang, mak abah Mia dan adik-adik semua pegi. Bila dah tinggal sensorang tu nak masak pon takde mood jadi order KFC jelah senang huehue (alasan) Si Apek tengah tidur boleh terjaga mengeow mintak hehe...suka tengok dia macam tu dah nak sihat la tu kan ^^



tuu Apek sedang menjilat mulut lepas makan ayam hehe...walopon tak banyak Apek makan sekurang-kurangnya dah terbuka selera makan dia, dah nak makan sendiri itu yang buat mummy rasa lega sangat, senang lah sikit hati tengok ada perubahan positif...harap Apek cepat pulih semula seperti sediakala, amin...

suka?

6comments: