Thursday, April 18, 2013

Budak Merah demok

Assalammualaikum :)













Kesihatan budak Yaya tinge kepet ekor tontot ni semakin baik, syukur alhamdulillah. Badan dia pon kussss semangat dah semakin berisi. Berbeza masa dia memula sakit dulu, susut teruk badan Yaya. Sedih tengok.


Masa tu mummy ingat dah takde harapan si Yaya ni nak sembuh. Yaya cuma boleh minum air jadi mummy cuma bagi a/d yang dibancuh dengan air cair-cair supaya Yaya boleh jilat makanan dia. Tapi semangat Yaya kuat, dia cuba jugak nak makan walaupon mulutnya sakit. Terjerit kengkadang bila tengah makan tu rasa sakit, kesian sangat tengok tapi Yaya tak serik dia cuba jugak nak makan lagi. Jadi mummy pon semangat nak sediakan makanan untuk dia, antara menunya adalah ayam/ikan rebus blender atau kibbles dan wetfood blender.


Lama-lama tu Yaya macam jemu dengan makanan yang mummy sediakan untuk dia. Yaya curi-curi makan kibbles adik-adik dia. Sampai berdarah kadang-kadang gusi dia tu. Jadi mummy stop blender makanan dia, kalau kibbles tu mummy cuma rendam dengan air dicampurkan dengan wetfood. Kalau ayam/ikan rebus tu mummy cuma carik-carikkan jer. Berselera dia makan kadang habis satu mangkuk, tengok lagi muka kite nak mintak lagi hehe...suka mummy tengok.




Semoga Yaya semakin sembuh dan bertambah sihat, amin....

9 comments:

Naz said...

mintak cikit

ctpayong said...


بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ

السلم عليكم ورحمة الله

vet larang kakCT letak ubat kuning masa rawat luka kucing. katanya bila meoww jilat, boleh buatkan lidah dia luka & boleh jadi ulcer mulut. gunakan opsite tapi spray ni mahal sket & susah nak dapat.

De'MeCake said...

mummy seorang mak yg sgt kuat semangat......

Lara sushi said...

memang demokk tau..berselera aje die..syabas mummy..

Suara Kalbu said...

Hi dak demok comel. Seleranya awak makan yer

UniMeOw said...

sakit mulut ke..ciannya...:'(

alhamdulillah la kalau dah sembuh..
makan makan & makan lagi!!yeah~ :D

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ said...

sian dia sakit..moga cepat2 sembuh yer budakkk hghehee

aby said...

alahamdulillah tengok yaya sihat walafiat ..

Mijoe said...

get well ASAP yer Yaya... :)