Monday, April 29, 2013

Kisah Tan Tin Ton

Share
Assalammualaikum :)



Alalaa....sucinya muka memasing dok dalam litter tray tu yer...sukati ko la nak! Bebudak ni memang suka main, tido dalam cage tu. Kenkonon mummy letak tray tu utk dorang poo pee tapi last last jadik tempat tido, dorang pandai membuang kat luar tak payah diajar. Asal pon dari luar kan, pandai bawak diri.





Budak Aton ni dah berani banyak dengan mummy. Kalo dulu jangan harap la dapat nak amik gambar dedekat camni. Baru mummy cangkung, dah mencicit dia lari. Hujung minggu aritu pon mummy dah berjaya mandikan dia. Terjerit-jerit kena mandi tapi tak mencakar hehe...baik sangat!







Gegirl pon dah semakin rapat dengan adik-adik dia. Suka mummy tengok! Bersatu balik dorang adik-beradik. Ibu Gegirl dah lama tak nampak, mummy fikir dan doakan yang baik-baik jelah. Semoga dia sentiasa dilindungi walau di mana berada.







Budak Atin ni pulak masih tak berubah, masih sombong dan garang. Atin join jugak dengan Atan, Aton dan Gegirl main kat dalam cage tu...tapi bila dengar tapak kaki mummy berjalan ke dapur jer, cecepat dia melompat keluar dari cage pastu standby berdiri depan cat flap. Entah apa yang dia takut sangat agaknya, geram mummy tengok dia! geram sebab tak dapat nak pegang, gerammm........

suka?

8comments: