Wednesday, April 17, 2013

Rombongan Cek Kiah

Share
Hujung minggu lepas mummy join rombongan cek kiah ke Kelantan. Pegi ngan mak, makcik-makcik dan sepupu-sepapat pompuan. Rombongan khas untuk ore tino, hok jate keno tinggal rumoh ekeke...


Kalau dah sume pompuan tuu...tujuan khas mesti la nak sopin. Destinasi pilihan semua ke tempat shoping belaka. Bertolak malam Sabtu, subuh pagi tu sampai, mandi, solat, bersiap-siap terus ke Rantau Panjang. Puas bershoping kat Rantau Panjang bergerak ke Pasar Siti Khadijah sambung sopin kat sana. Malamnya sopin kat Wakaf Che Yeh pulak. Keesokkan harinya, masih tak jemu-jemu sambung sopin kat Pasar Payang, Terengganu lagi huhuu...dasar pompuan!




haa...tengok! kemain ceria muka mak saya dapat bershoping, dari hujung rambut sampai hujung kaki kemain mak yer...mementang abah bagi green light, bersopin sakan dia ewah ewah ewahhh..... saya sopin biasa-biasa jer tak berapa nak sakan sangat laa...maklum laa pegi pon tetengah bulan, pulus pon dah tak berapa nak ada hohoh!


gambar pon tak berapa sempat nak snap! al-maklum laa...saya ni tukang bawak barang saje, dihayak ke hulu ke hilir oleh mak saya. sampai rumah pagi isnin tu memang tak boleh nak buat pape terus pengsan tak menyedorkan diri. ingatkan cuti hari isnin tu nak kemas rumah, nak mandikan jejebon tapi dalam mimpi jelah. maka terselamatlah jejebon sekalian untuk minggu ini. Sekian...










suka?

5comments: