Friday, April 12, 2013

Tan Tin Ton

Assalammualaikum :)


Ingat lagi tak dengan anak-anak stray mummy. Alah bebudak yang sesuka hati buat rumah mummy macam rumah sendiri tapi tak boleh dipegang tuu... Bebudak ni seibu dengan ibu si Gegirl, muka, kaler dan corak badan pon iras-iras dengan Gegirl. Asalnya empat beradik dua jantan dan dua betina tapi sekor yang jantan tak panjang umur.


Walopon bebudak ni dah cukup selesa kat dalam rumah, tahu segala selok belok kat mana nak tido, kat mana nak makan, kat mana nak sembunyi mereka ni tetap tak mesra alam. Masih takut dan sukar didekati. Tapi sekarang ni dengan mummy dorang dah OK sikit lah cuma kalau ada orang lain datang rumah memang hilang lesap terus tak nampak bayang.


Dulu panggil anak-anak stray tapi macam tak syok pulak. Jadi mummy bagi la nama kat bebudak bertiga ni. Meh mummy kenalkan dengan anak-anak baru mummy Tan, Tin dan Ton...




Yang ni jantan mummy bagi nama Atan. Atan yang pertama berjaya mummy pegang dan berjaya dijinakkan. Atan lebih cool dan mudah dipujuk. Mummy juga dah berjaya mandikan dia sebanyak 2 kali huehue...



Yang ni Aton. betina. Mummy selalu panggil dia Ton jer.. Tonnn ooo Tonn...! Cantik kan Kak Ton ehehe... Mummy berjaya jugak pegang dia tapi masih gagal untuk dijinakkan. Masih takut-takut tetapi sangat manja dengan bebudak jebon.



haaa...yang dalam gambar dengan anak panah tu Atin. Antara 3 beradik Atin yang paling cantik dan paling montel. Tapi sayangnya sampai sekarang mummy gagal pegang dan jinakkan dia. Sangat sangat penakot dan garang. Pernah masa Atin sakit dulu, tangan mummy hancur digigit dan dicakar dengan Atin sebab mummy tangkap untuk bagi ubat pada dia. Punya la banyak darah keluar, menitis-nitis kat atas lantai..ngeri tengok darah sendiri huhuu...


Harapnya satu hari nanti bebudak bertiga ni dapat terima mummy sepenuhnya tak takut-takut lagi. Makin lama makin besar, kalau tak berjaya dijinakkan camana mummy nak sunat kan??? muehehe...

10 comments:

ctpayong said...


بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
السلم عليكم ورحمة الله

budak2 ni kalau ada mak memang tak mesra alam. kakCT ada 5 eko yg tak mesra alam tapi 3 eko dah ok dah boleh pegang2 tapi kalau nak dukung je terus melompat pergi.

yang anak yatim pulak...manja tak agak.

Mas Zull said...

assalamualaikum mummy...semuanya comel ...:)

Danini Soffi said...

Comey nyerr kak ton..hehehe

UniMeOw said...

amboih mummy,ada niat tsembunyi upanya..hehehe

p/s:comeynya kak ton! :p

Naz said...

tu motif utama mummy sebenarnya..nk sunatkan korang

aby said...

comei2 blaka ...
bila besar nanti glamer sume2 tu ..

Lara sushi said...

er er mummmy..bebudak 3c kat umah tu tak mesra alam..padahal indoor cat tu..bila time nak makan aje lah nampak mesra alam nye...hihi

Kak Lia said...

mata Aton lawaaaaa...tk mcm mata Kak Ton...hahahhaha

NaOMi said...

Tan,Tin,Ton dah tau niat mummy yg tersembunyi tu....

Mijoe said...

comey2 bebudak 3 ekor tuh...
Tin tuh rasanye bila dah dewasa dia akan jadi jebon yg paling manja dengan KK...skrg ni budak2 lagi, tu yg garang semacam tuh... :p