Thursday, May 23, 2013

Ada yakcakce!!

Share












Selama ni kan Juna dok perati jer abang-abang ngan kakak-kakak dia keluar masuk ikut catflap tu. Sekarang Juna dah pandai mengintai ke luar dari catflap, dah pandai terkuis-kuis nak bukak pintu catflap. Catflap tu memang dah loose pon dek dilanda todak jejebon tiap saat dan ketika, kalau Juna tolak sikit guna kepala dia memang dah boleh terbukak pintu catflap tu.


Jadi mummy selalu sergah-sergah Juna bila dia pegi kat catflap tu, memang saje takut-takutkan dia. Bimbang juga kalau Juna pandai keluar ikut catflap tu, nak keluar memang senang tapi nak masuk mungkin agak susah sikit, sebab keluar pintu tu jer terus jumpa tangga. Jadi nak masuk macam kena melompat sikit, pasti sukar bagi Juna yang masih kecil.


Untuk keselamatan mummy hanya lepaskan Juna ketika mummy ada di rumah. Bila mummy keluar bekerja mummy akan tinggalkan Juna dalam cage. Bila kena tinggal dalam cage mulalah Juna buat muka sedih, keluar suara seksi serak basah dia tu.


Selalunya mummy akan settelkan semua, last sekali baru mummy masukkan Juna dalam cage pastu mummy tanak dah lalu-lalang kat depan cage tu. Sebab kann.. si Juna pandai betul buat hati mummy cair, dia akan tengok mummy berjalan sampai terpusing-pusing kepala pastu mengeow perlahan. Memang tak sampai hati lah, rasa macam nak masukkan jer dia dalam handbag bawak pegi keje. Bertuah betol budak Juna ni kan!

suka?

7comments: